Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 September 2018

Filem Munafik 2

Pagi semalam, sekitar jam 11.56 pagi, saya menerima satu mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada seseorang, mengajak saya untuk menonton filem Munafik 2 yang baru sahaja keluar di pawagam, 30 Ogos lepas.

Saya bersetuju. Kemudiannya saya terus membeli tiket secara atas talian.

Memang saya nak tengok sambungan filem Munafik, tapi takkan nak tengok sorang-sorang. Tunggu kawan ajak, barulah pergi.

Kami tonton filem Munafik 2 di TGV Dpulze, Cyberjaya jam 11.00 pagi tadi.

Pada saya, secara keseluruhan, filem ini wajar mendapat 5 daripada 5. Jalan ceritanya agak sarat dengan pengajaran dan teguran buat kita, selain daripada babak seram dan jumpscare, maklumlah, cerita seram.

Tidak peliklah bila cerita yang best seperti ini berjaya mengutip jualan sehingga RM 5 juta hanya pada hari pertama tayangan termasuk tayangan awal.

31 August 2018

Entry ke-543

"Mie, (arwah) Pak Long meninggal 2010 atau 2011?"

Mak tiba-tiba tanya. Tak tahu mengapa. Saya kebetulan berada di hadapan laptop terus melayari laman sesawang Blogger untuk membuat carian berkenaan Pak Long. Dapatan daripada carian tersebut menemukan satu catatan saya berkenaan kematian Pak Long yang pernah saya tulis di blog ini.

"15 April 2009," saya membacakan tarikh selepas menjumpainya.

2009, ketika itu saya masih ketagih dan ligat mengemaskini blog, semacam satu trend ketika itu jika ada blog. Kini, masyarakat netizen beralih kepada medium yang lebih mudah seperti Facebook, Instagram, dan Twitter untuk menzahirkan sesuatu atau menyimpan kenangan.

Ramai di kalangan rakan blogger saya suatu ketika dahulu sudah meninggalkan dunia blogging, saya juga sejak kebelakangan ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa ada kewajarannya untuk saya menghidupkan kembali blog saya ini walaupun orang dah tak nak baca lagi dah. Hahaha...

09 July 2018

Entry Ke-542

Nampaknya blog ini kembali bersawang. Kemaskini terakhir dibuat pada 19 Februari tahun lepas.

Mungkin zaman memblogging sudah berlalu. Netizen kini lebih tertarik dengan aplikasi yang lebih mudah dan ringkas seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Mungkin juga komitmen saya makin bertambah saban waktu, membataskan ruang dan peluang untuk saya terus menulis. Ini ditambah dengan keadaan komputer riba yang  seringkali 'meragam', mengurangkan lagi peluang untuk mengemaskininya.

Namun, bila sudah lama tak menulis, mood menulis tu semacam sudah hilang, terbang entah ke mana. Mungkin makan masa juga nak 'panaskan enjin' untuk mula menulis semula. Pembaca setia pun macam dah tak ada, kebanyakkan mereka juga mungkin sudah beralih kepada medium pembacaan yang lebih ringkas.

Dengan izin Allah, saya akan cuba untuk menghidupkan semula blog ini, walaupun tidak sekerap suatu ketika dahulu.