Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 January 2009

PKBM - Slot Bersama Mentor

Suasana hijau yang nyaman. Kami tiba di Sungai Chongkak sekitar jam 0930 (9.30 pagi). Lihat kiri, lihat kanan. Ambil angin sedikit sebelum kami memunggah bagasi masing-masing ke dalam bilik penginapan (berbentuk dorm).

Setelah minum pagi, mentor kami, Ustazah Sahlawati tiba bersama suami dan dua orang puterinya. Kemudian, kami memulakan aktiviti pertama seperti yang telah dirancang, 'Slot Bersama Mentor'.

Aktiviti pertama yang diatur ustazah ialah... Lupalah pula namanya. Tetapi setiap seorang daripada kami dikehendaki mengambil sepasang daripada selipar rakan masing-masing dan kemudiannya dikehendaki oleh tuan empunya selipar/kasut/what everlah untuk mencari siapa yang mengambil seliparnya itu.

Aktiviti yang kedua ialah setiap seseorang perlu mencari satu benda semulajadi yang terdapat di sekitar kawasan kem tersebut dan kemudiannya descript benda tersebut sesuai dengan diri masing-masing.

Aktiviti ketiga pula ialah berada di dalam satu kumpulan, setiap seseorang perlu memikirkan satu objek sekitar dan kemudiannya semua ahli pasukan perlu sampai ke setiap objek yang difikirkan tanpa memberitahu kepada ahli kumpulannya sendiri apakah objeknya itu.

Aktiviti yang keempat, aktiviti mengumpat. Hehehe... Aktiviti ini yang lebih saya minat berbanding aktiviti lain. Setiap peserta perlu melukiskan tapak tangan masing-masing di atas sehelai kertas A4 kemudian pass kepada setiap rakan-rakan. Setiap orang dimestikan menulis satu sikap negatif dan satu sikap positif terhadap diri kita...

Agak-agak, dapat tak fikirkan apa objektif keempat-empat aktiviti ini?

Objektif aktiviti pertama ialah tentang sesuatu kelebihan atau nikmat yang selalu digunakan tetapi apabila ia hilang, barulah kita terngadah. Misalnya, selipar. Selama ini kita 'pijak-pijak', kita jarang 'menghargai' kelebihan yang ada padanya, tambahan pula kedudukannya dibawah. Bila ia hilang, barulah kita 'sumpah-seranah' orang yang mengambilnya, mencurinya. Kita perlu hargai setiap kurniaan, setiap penerimaan dan sebagainya sebagai satu konsep bersyukur. Bersyukur bukan sahaja terhadap sesuatu benda yang baharu kita terima, tetapi juga kepada sesuatu yang selalu kita gunakan. Hargai kesemuanya.

Aktiviti kedua banyak objektif dan kesimpulan. Kita boleh fikirkan sendiri sekiranya kita mencuba aktiviti ini.

Aktiviti ketiga pula mahu melihat sejauh mana penyatuan kita dalam sesuatu kumpulan, organisasi atau masyarakat dalam melahirkan hasrat kita terhadap sesuatu. Setiap seorang ada hasrat, pandangan dan cadangan tetapi bagaimana mahu direalisasikan kesemua rancangan tersebut? Melalui aktiviti inilah, kita dapat mencari jawapannya.

Aktiviti keempat, simple. Kita mengetahui apakah sikap yang disukai rakan-rakan yang terdapat dalam diri kita dan juga sikap yang kurang disenang. Kalau maklumbalas di dalam kertas itu tidak penuh atau kurang, maknanya kita kurang dikenali dalam kalangan rakan-rakan.

Sungai Chongkak, Hulu Langat

30 January 2009

PKBM - Sesi Taklimat

Insya-Allah, esok kami akan bertolak ke Sungai Congkak untuk mengadakan Program Eksplorasi Bersama Mentor (PKBM). Alhamdulillah, saya baru sahaja menyampaikan taklimat mengenai atur-jalan atau tentatif program dan juga hemat pemakaian yang sepatutnya dipakai sewaktu program.

Ustazah Sahla kemudiannya menambah saki-baki yang saya terlepas pandang seperti menjelaskan secara terperinci tentang adab dan pergerakan serta pakaian para peserta.

Program santai, tiada slot-slot yang berat diselitkan. Cuma, masih lagi ada keraguan dalam hati. Manalah tahu, apa yang dirancang selama sebulan ini tidak menjadi dan akhirnya menyulitkan keadaan ketika di sana kelak.

Ya Allah! Kauberilah kami sebagai urusetia program ini kelancaran perjalanan. Moga rakan-rakan yang lain selesa dan santai sepanjang menjalani program ini. Amien.

Bandar Seri Putra, Bangi

28 January 2009

CGPA 4.00 Hanya Atas Kertas

Sistem pembelajaran kita lebih menjurus kepada sistem berpaksikan kepada peperiksaan. Penggunaan cara pembelajaran sebegini dapat mengukur sejauh mana tahap pengetahuan seseorang pelajar atau mahasiswa terhadap apa yang telah dipelajari selama ini.

Pada pendapat saya, penggunaan sistem sebegini sebagai melemahkan penguasaan sesuatu ilmu yang dipelajari secara menyeluruh. Seseorang mahasiswa itu lebih terjurus untuk belajar semata-mata untuk mendapatkan pointer yang tinggi dan akhirnya menipu mereka sendiri. Keputusan peperiksaan ini sebenarnya tidak menunjukkan penguasaan mereka terhadap apa yang dipelajari.

Mahasiswa kebanyakannya hanya akan mengulangkaji ilmu-ilmu dan pelajaran dan memfokuskannya hanya untuk cemerlang dalam peperiksaan. Persoalannya ialah, adakah mereka dapat mengadaptasikan apa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian? Mereka hanya mencari ilmu yang hanya berkaitan dengan kursus-kursus dan program-program yang berkaitan sahaja, yang berkaitan dengan ilmu di dalam dewan kuliah dan kelas-kelas tutorial sahaja, dan akhirnya mereka melupakan majlis-majlis ilmu yang alternatif seperti kuliah-kuliah agama di surau-surau mahupun di masjid-masjid, forum-forum ilmu, pembacaan bersifat ilmiah, dan sebagainya. Dari situ, mereka sebenarnya kekurangan ilmu yang berkaitan dengan masyarakat dan isu-isu semasa. Ada juga sebilangan mereka yang tidak mengetahui sesuatu perkara walaupun perkara tersebut berada di dalam bidang yang dipelajarinya di kuliah!

Penguasaan dalam keputusan peperiksaan ini akhirnya menjadikan diri mereka tertipu dengan kebodohannya sendiri. Mereka juga cenderung untuk mempertahan keputusan dan hujah-hujah mereka walaupun tanpa asas-asas ilmu dan sumber yang kukuh. Ini melanggar disiplin ilmu di mana kita perlu kepada sumber-sumber yang sahih dalam memberikan pendapat atau mempertahankan sesuatu perkara. Keadaan mereka inilah yang akhirnya akan menghancurkan masyarakat sekiranya mereka memegang tampuk jawatan tertinggi yang mempunyai kuasa authority seperti jawatan ahli majlis fatwa dan jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.

Tidak salah sekiranya kita ingin mencapai markah atau pointer tertinggi tetapi yang lebih awla, kita sepatutnya menjaga keberkatan ilmu itu sendiri. Keberkatan ilmu itulah yang dapat mengukur penguasaan ilmu seseorang melalui pengamalannya seharian, bukannya di dalam dewan peperiksaan!

Oleh itu, wahai sahabat sekalian, usahlah dirimu tertipu dengan mainan dunia melalui ilmu. Walaupun kita dituntut mencari ilmu sedalam mungkin, tetapi yang paling penting ialah barakahnya, bukan pointernya.

والله أعلم بالصواب
Bandar Seri Putra, Bangi
1302 090128

22 January 2009

Tahniahlah Buat Antum Semua...

Alhamdulillah... Majlis pembubaran lajnah baru selesai. Saya di sini mengucapkan tahniah kepada MT dan biro-biro yang baru dilantik. Jalankanlah amanah yang diberi dengan penuh bertanggungjawab dan adil. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kalian dalam menjalankan tanggungjawab... Amien...

20 January 2009

Kayanya Kita Atas Kubur Warga Gaza

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك. قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس


Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya “Di manakah mereka ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: Di Baitul Maqdis dan di sekelilingnya. HR Abdullah bin Ahmad dan Thabrani

Moga kita semua mendapat rahmat daripada Allah swt terhadap perbahasan ini...

Sebelum ini, saya ada menerima beberapa (lebih daripada satu) artikel-artikel, makalah-makalah, perbincangan, buletin, emel, dan sebagainya dan saya rasa terpanggil untuk memberikan respons.

Ia berkaitan dengan larangan memboikot barangan yang memberikan keuntungan kepada pihak Zionis.

Pada saya, usaha memboikot produk-produk mereka adalah sesuatu KEWAJIPAN, bukan suatu kemestian.
Relakah kita hidup dalam kesenangan, kekayaan, keselesaan sedangkan saudara kita berjuang BERMATI-MATIAN dalam mendapatkan hak mereka untuk hidup di bumi al-Quds?

Adakah kita masih tidak bersedia hidup SUSAH akibat daripada usaha kita melumpuhkan sistem ekonomi mereka yang sedia rapuh walaupun kita terkena tempiasnya? Sedangkan para sahabat sehelai sepinggang berhijrah ke Madinah tanpa harta walau sedinar.

Apakah jawapan kita di hadapan Allah swt kelak sekiranya ditanya saudara kita dari bumi al-Quds tentang usaha kita membantu mereka? Adakah kita mampu pergi mengangkat senjata berhadapan dengan mereka? Tiket kapal terbang pun belum tentu mampu kita beli.
Jangan kita asyik sibuk dengan periuk nasi kita tetapi tidak pernah memikirkan nasib saudara kita yang mungkin akan hilang nyawanya bila-bila masa. Kita lihat usaha Tun Mahathir pada 1980an dahulu dengan memperkenalkan dasar 'Buy British Last' dengan cara mengutamakan barangan dan kepakaran timur, adakah ekonomi kita meleset?

Jadi, usaha yang terbaik ialah dengan MEMBOIKOT barangan-barangan mereka. Dengan ini, mereka lemah dari segi kewangan dan akhirnya dapat membantutkan usaha zalim mereka ke atas umat Islam di al-Quds.

Dan ingatlah, bumi al-Quds itu adalah tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. Adakah kita rela Makkah dan Madinah dinodai sepertimana yang dilakukan pihak Zionis ke atas Masjidil Aqsa?

Renungkanlah kembali...

Semoga Allah memberikan jalan yang terbaik kepada kita...

والله أعلم بالصواب

Pelajar Sanggup Dipenjara Demi Sunnah Rasulullah s.a.w.

Seorang pelajar sekolah pondok memilih untuk dipenjarakan setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban. Persoalan kini, apakah ini petanda bahawa institusi kehakiman negara masih bermentalitikan penjajah?

Berita
PELAJAR PONDOK PILIH PENJARA DARIPADA BAYAR DENDA

KOTA BHARU, 19 Jan - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.


19 January 2009

Mengira Detik Perpisahan

Sayu bila terfikir yang saya akan meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan di sini. Mana tidaknya, kami sudahpun berada dalam penghujung tahun tiga. Lebih memilukan hati saya apabila saya terpaksa meneruskan sisa-sisa perjuangan kerana saya masih ada tinggal beberapa subjek yang terpaksa diambil ekoran pertukaran program pada saat-saat akhir pengajian saya.

Tetapi saya masih lagi bersyukur kerana Allah memberikan kelebihan kepada saya selepas saya memasuki program yang baru. Walaupun hati saya berat bertukar, tetapi kerana memikirkan tentang survival saya di sini, saya terpaksa menabahkan hati menempuh kesannya. Pada awalnya, saya memikirkan betapa sukarnya saya berada di tempat baru. Tetapi setelah setengah tahun, saya sedar, suasana di sini lebih baik berbanding dahulu. Alhamdulillah. Semoga Allah menambahkan lagi ketabahan dalam hatiku ini.

Walaupun saya bergelar mahasiswa semester 6 tahun ketiga pengajian, tetapi pada hakikatnya saya seperti mahasiswa tahun pertama. Masih banyak lagi kursus-kursus dan subjek-subjek yang perlu saya ambil untuk menyelesaikan sesi pembelajaran di sini. Mungkin ada hikmahnya saya terpaksa menempuh suasana sebegini.

Kesedihan ini sebenarnya telah terubat dengan sikap rakan-rakan sekuliah. Bagi saya, mereka perfect. Memang benar tidak ada manusia yang sempurna, tetapi bagi saya, mereka tidak seperti classmates yang terdahulu. Tidak dinafikan percanggahan pendapat antara mereka masih wujud (terutamanya mahasiswi), tetapi secara zahirnya, saya melihat mereka mampu mewujudkan suasana pembelajaran, bukannya suasana pasar malam ketika di dalam kuliah. Mereka mampu berganding bahu dalam berhadapan dengan tugasan dan sedaya upaya cuba menyelesaikan sesuatu perkaran secara sempurna.

Akhlak mereka ini pula tidaklah seperti kebanyakkan mahasiswa-mahasiswa lain. Setahu saya, mereka masih lagi menjaga mulut mereka daripada hamburan perkataan-perkataan yang kurang sesuai sebagai mahasiswa Islam. Hubungan dengan guru-guru turut dijaga.

Keadaan ini menjadikan ramai lecturer yang mengajar saya selesa dengan sikap yang mereka tonjolkan. Dari situlah terzahirnya barakah dalam belajar. Memang itulah yang saya dambakan semasa menuntut ilmu.

Tetapi sekiranya saya mengenangkan mereka akan meninggalkan saya, hati ini remuk. Di mana lagi akan diperoleh sahabat-sahabat sekelas sebegini? Yang hanya di sekeliling hanyalah kawan yang hanya mengambil kesempatan terhadap kelebihan diri dan mengabaikan ketika susah. Bukan diinginkan mereka yang dapat memberikan tumpuan kepada diri ini ketika larat, tetapi tidak mahu kemampuan dan kelebihan diri ini dijadikan asbab kepada hubungan persahabatan. Tiada siapa mahu begitu.

Ya Allah. Aku memohon daripada-Mu, kurniakanlah aku sahabat-sahabat seperti mereka selepas daripada mereka meninggalkanku nanti...

13 January 2009

Usul Mengecam Serangan Zionis

UCAPAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, Y.A.B. DATUK SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DALAM USUL MENGECAM SERANGAN ZIONIS ISRAEL DI DEWAN RAKYATSAYA mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang hadir walaupun notis dikeluarkan mengenai sidang ini adalah secara tergempar. Saya berterima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, tidak mengira agama, bangsa atau haluan politik, yang bersedia membahaskan bersama satu isu yang sangat rapat di hati rakyat Malaysia iaitu penderitaan semasa yang dialami rakyat Palestin dan masa depan keamanan dan keselamatan bagi negara Palestin. Semua telah menjadi terancam akibat serangan berterusan ke atas wilayah Palestin oleh rejim Zionis di Israel.

Sesungguhnya, tindak-tanduk tentera Israel, khususnya pengeboman, pembedilan dan pemusnahan harta benda, tanpa sebarang timbang rasa, yang sedang dilakukan oleh mereka di wilayah Gaza perlu dikecam dan dikutuk oleh seluruh dunia. Perkara ini membabitkan isu pencabulan undang-undang antarabangsa, pencerobohan dan kezaliman ke atas manusia yang dilakukan oleh manusia juga.

Demi mempertahankan kredibiliti negara, kita harus bersepakat menjelaskan kepada seluruh dunia akan pendirian Malaysia terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, khususnya mereka yang berada di wilayah Gaza.

Maka dengan ini saya ingin mencadangkan bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3) Dewan ini mengambil ketetapan berikut:

  • Bahawa Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan operasi 'cast lead' pada 27 Disember 2008 ke atas wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dari udara dan diikuti dengan serangan oleh pasukan tentera darat bermula pada 3 Januari 2009;

  • Bahawa serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza adalah tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia adalah jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 Perlindungan Orang Awam Dalam Masa Perang;

  • Bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan kukuh bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin di Gaza dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza; dan

  • Bahawa rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB, untuk menghentikan serta-merta keganasan negara Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.

    Dengan ini, Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

    (1) Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, termasuk bayi dan warga tua dan menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

    (2) Menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata itu;

    (3) Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas Perhimpunan Agung PBB � 'uniting for peace' - di bawah resolusi 377a (v) sekiranya pelaksanaan ketetapan Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapannya yang diputuskan pada 8 Januari 2009;

    (4) Menggesa pihak yang terbabit supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

    (5) Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara sependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam PBB dalam menangani konflik yang berlaku di Asia Barat sekarang;

    (6) Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

    (7) Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

    (8) Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk wilayah Palestin di Gaza dengan serta-merta;

    (9) Menggesa Perhimpunan Agung PBB untuk menubuhkan dengan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa untuk Palestin bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang disyaki terbabit dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan

    (10) mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana membenarkan Dewan yang mulia ini membahaskan isu serangan Israel ke atas wilayah Gaza.

    Israel melancarkan serangan yang diberi nama 'cast lead', dengan izin, pada 27 Disember 2008, menggunakan kelengkapan perang yang serba canggih, termasuk jet pengebom F-16. Tentera udara Israel telah membunuh lebih 200 orang rakyat Palestin pada hari pertama itu saja.

    Lapan hari kemudian, pada tanggal 3 Januari 2009, serangan ke atas Gaza diperhebat oleh Israel dengan menggunakan tentera darat, termasuk serangan dan bedilan oleh beratus kereta kebal besar. Pada hari ini, sekurang-kurangnya 800 orang telah mati di Gaza. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran.

    Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dalam satu laporannya pada tarikh 5 Januari 2008 menyatakan bahawa keadaan kehidupan manusia di Gaza sangat membimbangkan kerana makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan asas yang lain terlalu kurang bagi penduduk setempat.

    Pada 8 Januari 2009, atas permintaan dari Malaysia dan Brazil, Presiden Perhimpunan Agung PBB atau UNGA, dengan izin, mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan sidang tergempar UNGA dan mengambil sesuatu keputusan yang sesuai, khususnya untuk mendesak Majlis Keselamatan PBB, supaya bertindak untuk mengisytiharkan gencatan senjata tanpa syarat dan memaksa pihak Israel berundur dari bumi Gaza.

    Seolah-olah bertujuan menghalang berlakunya Perhimpunan Agung PBB - hasil permintaan dari Malaysia dan Brazil itu - Majlis Keselamatan berjaya bersidang dan meluluskan satu ketetapan atau resolusi pada 9 Januari 2009.

    Harap Ahli Yang Berhormat sekalian ambil perhatian bahawa Majlis Keselamatan hanya bertindak setelah mereka membiarkan serangan Israel berlaku selama dua minggu tanpa sebarang keredaan dan kita semua tahu mengapa Majlis Keselamatan tiada maya untuk bertindak. Israel tidak mahu Majlis Keselamatan bertindak dan dia ada penyokong kuat dalam Majlis Keselamatan yang menghalang Majlis Keselamatan mengambil tindakan.

    Sebenarnya, mengenai isu Palestin, Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya sebanyak 28 kali dalam tempoh 36 tahun sejak 1973, iaitu menyekat Majlis Keselamatan supaya tidak dapat bertindak.

    Marilah kita bersama-sama menyeru bakal Presiden, Barack Obama, melakukan sesuatu yang benar-benar membawa pembaharuan. Amerika Syarikat mengaku negara demokrasi yang terulung di dunia. Mengapa ia menolak keputusan pilihan raya umum di Palestin pada 2006 yang memberi kemenangan kepada parti Hamas. Amerika Syarikat mengaku dirinya jaguh mempertahankan hak asasi manusia. Mengapa ia membiarkan Israel membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita biasa serta orang awam lain, semuanya tidak berdosa.

    Benar, pada 9 Januari 2009, Majlis Keselamatan meluluskan Resolusi Nombor 1860 (2009) yang mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza, mendesak supaya semua pihak mematuhi gencatan senjata dan tentera Israel diarah undur keluar dari wilayah Palestin. Tetapi resolusi ini senyap saja mengenai kepungan atau 'blockade' yang dikenakan oleh pihak Israel ke atas Palestin.

    Tetapi, ada dua perkara yang sangat tidak memuaskan bersabit resolusi ini. Pertama, semua 14 negara anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong resolusi berkenaan melainkan Amerika Syarikat yang mengambil keputusan mengundi berkecuali. Kedua, resolusi itu tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk mengadakan satu pasukan antarabangsa, sama ada satu kumpulan pengawasan atau satu pasukan tentera 'peace-keeping', dengan izin, untuk menyelia gencatan senjata dan menentukan segala arahan dipatuhi.

    Oleh kerana tiadanya kumpulan atau pasukan antarabangsa, maka tiada siapa untuk menentukan supaya tentera Israel berundur keluar dari wilayah Gaza. Tiada siapa untuk menentukan bahawa gencatan senjata benar-benar berlaku. Inilah kelemahan Resolusi Nombor 9567 itu.

    Akibatnya, pada ketika ini - iaitu sudah empat hari sejak gencatan senjata diisytiharkan - iaitu pada masa Dewan yang mulia ini sedang bersidang, serangan hebat Israel ke atas Gaza masih berlaku dan berterusan. Orang di Gaza terus mati dan cedera. Bilangan yang mati bertambah hari demi hari. Bilangan yang cedera dan kehilangan rumah tangga serta harta benda bertambah hari demi hari.

    Bekalan makanan, bahan bakar, ubatan dan keperluan asas terus berkurangan hari demi hari. Bekalan bantuan dari dunia luar tidak dapat sampai kepada mangsa peperangan yang memerlukannya kerana jalan-jalan ditutup dan tidak selamat bagi pembantu-pembantu untuk bergerak bebas. Barang bantuan juga tidak dapat sampai menerusi Pantai Gaza kerana lautan sekeliling Gaza di kepung atau, dengan izin, di 'blockade' oleh Israel.

    Serangan ke atas wilayah Gaza kali ini adalah yang terburuk pernah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Palestin sejak penaklukan wilayah itu pada 1967. Kanak-kanak Palestin ada yang mati terbunuh kena tembak, dengan izin, 'sniper fire'. Pengeboman dan bedilan kereta kebal Israel secara rambang telah kena tiga buah sekolah yang ditadbir oleh United Nations Relief and Works Agency dan serangan ini mengorbankan berpuluh anak sekolah. Kekejaman tentera Israel terhadap orang Palestin tiada tolok bandingnya.

    Malaysia berasa amat sedih dan kesal dengan situasi yang berlaku di Gaza akibat serangan dan tindakan kejam tentera Israel. Beratus orang rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa. Serangan ini melumpuhkan sebuah wilayah kecil yang tidak berupaya mempertahankan dirinya daripada serangan kejam yang bertubi-tubi. Sekatan atau dengan izin, 'blockade', yang dilakukan oleh tentera laut Israel menyekat bantuan tiba melalui laut wilayah Gaza. Malaysia hampa dengan kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan menghentikan serangan ini, terutama kegagalan Majlis Keselamatan PBB.

    Seperti yang sering dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen Malaysia di Dewan yang mulia ini, Israel sering kali dan secara berterusan bersikap angkuh melakukan tindakan agresif dan kejam ke atas rakyat Palestin sejak sekian lama. Pelbagai resolusi dilulus oleh Majlis Keselamatan tetapi tidak dihiraukan oleh Israel. Namun, Israel lebih memilih untuk tidak mengendahkan dan membelakangi undang-undang antarabangsa. Sebaliknya, Israel mengambil langkah lebih biadab dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.

    Malaysia pernah menaruh harapan akan usaha pihak Amerika Syarikat untuk membuka jalan penyelesaian melalui proses damai Annapolis yang diadakan pada 27 November 2007. Ketika persidangan Annapolis itu, persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak, Palestin dan Israel, bagi mengadakan rundingan berterusan agar dapat mewujudkan negara Palestin yang bebas dan berdaulat pada akhir 2008.

    Persetujuan semasa persidangan itu disaksikan oleh masyarakat antarabangsa, termasuk oleh Malaysia yang turut dijemput menyertai. Kita berasa amat kecewa apabila proses damai Annapolis menemui jalan buntu.

    Masyarakat antarabangsa merata-rata mengutuk tindakan rejim Israel menyerang Gaza. Demonstrasi dan protes bagi mengecam tindakan Israel itu diadakan di beberapa negara. Malangnya, ada juga pihak yang bersikap serong dan meletakkan tanggungjawab bulat-bulat ke atas pejuang Hamas di Gaza yang melancar roket ke arah Israel. Tetapi, Ahli Yang Berhormat sekalian haruslah sedar bahawa ini adalah tindakan orang yang terkepung, tidak boleh bebas dan merentas sempadan wilayah mereka sendiri.

    Pada 27 Disember 2008, Profesor Richard Falk, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di wilayah yang diduduki, menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai pencabulan besar terhadap perundangan kemanusiaan antarabangsa seperti ditetapkan oleh Konvensyen Geneva.
    Bagaimanapun, Malaysia tetap tidak berputus asa. Kerajaan, melalui Kementerian Luar Negeri sudah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke PBB di New York supaya terus berusaha demi keamanan dan keselamatan bumi Palestin. Khususnya, beliau sudah diarah bekerjasama dan berurusan rapat dengan wakil negara anggota OIC dan NAM.

    Sekiranya gencatan senjata terus tidak berkuat kuasa dan keadaan buruk di Gaza tidak berubah, maka negara yang sependapat dengan Malaysia mestilah berusaha semula untuk meminta Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar Perhimpunan Agung berlandaskan Resolusi No.377 a (v) tahun 1950 � 'uniting for peace'.

    Saya sendiri juga sudah mengutus kepada Setiausaha Agung PBB, Presiden Perhimpunan Agung PBB, Ketua-Ketua Kerajaan negara anggota Majlis Keselamatan, negara anggota OIC, negara NAM serta beberapa tokoh seperti Pope Benedict XVI, Barack Obama dan Jimmy Carter, untuk membantu dalam usaha mencari kedamaian di Asia Barat amnya dan di Gaza khasnya.

    Kementerian Luar Negeri juga secara rasminya sudah mengaktifkan 'Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin' bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kerajaan sudah menyumbang AS$1 juta kepada penduduk Gaza melalui Mercy Malaysia.

    Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada Ahli Dewan yang mulia ini untuk turut membantu usaha murni ini dengan menggalakkan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat Palestin yang kini berada dalam keadaan yang amat daif akibat serangan tentera rejim Zionis.

    Selaku masyarakat Malaysia yang sentiasa prihatin dan simpati kepada kesengsaraan golongan yang tertindas, marilah kita sama-sama menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

    Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada yang maha Esa agar bencana kemanusiaan ini dapat dihentikan serta-merta. Malaysia akan terus memantau perkembangan krisis di wilayah Palestin di Gaza.

  • 08 January 2009

    Israel Boleh Lumpuh Dengan Serangan Kuasa Ekonomi?

    Kenyataan Tzipi Livni pada 4 Januari lalu amat keras bersulam benang kesombongan dan dengan bongkaknya, Livni berkata, itulah padahnya jikalau Hamas berani menyentuh Israel lagi.

    Kata Livni, "Saya harap hasil daripada operasi (membedil Gaza) ini akan memberi kesan jangka panjang. Saat mereka melepaskan tembakan, kita akan membalas dengan serangan besar-besaran.

    Mungkin beberapa operasi diperlukan bagi mencapai matlamat ini. Kita telah lama berjuang dan kita mesti lakukan secara kekerasan dari semasa ke semasa."

    Livni dalam wawancara bersama sebuah stesen penyiaran Israel itu telah secara lantang, menolak perbincangan bersama Hamas. Menurut Livni, selama ini dia cuma berpura-pura bagi memastikan seluruh dunia memandang kerajaan Hamas sebagai tidak sah.

    "Saya menolak mengadakan perbincangan dengan Hamas. Sejak Hamas berkuasa tiga tahun lalu, saya hanya berpura-pura agar seluruh dunia melihat Hamas sebagai tidak sah. Helah itu berjaya dan saya tiada hasrat untuk menukarkannya sekarang," katanya.

    Di sebalik kesombongan itu, Livni juga mengakui bahawa mungkin rejim Israel tak akan dapat mencapai apa-apa yang dicita-citakan mereka melalui serangan itu. Wawancara itu berlaku, kira-kira sehari sebelum berlakunya serangan darat di Gaza.

    Amerika melalui dutanya ke PBB, Alejandro Wolff, telah pun mengecam Hamas dengan berkata, "Majlis Keselamatan beberapa kali melahirkan kebimbangan mengenai serangan Hamas ke atas Israel."

    "Piagam pertubuhan ini menghormati hak setiap anggota mempertahankan dan hak Israel mempertahan diri tidak boleh dirunding," kata Wolff lagi. Sikap ini menunjukkan kepada kita dengan jelasnya bahawa umat Islam tak boleh lagi mendesak badan bukan Islam itu menerajui apa-apa perubahan di wilayah bergolak itu.

    KUASA BESAR ISLAM DI MANA?
    Prof Dr Ahmad Atory Hussain dalam suatu wawancaranya berkata, berkata, umat Islam hari ini tidak boleh lagi berharap kepada orang bukan Islam bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri.

    "Orang Islam dan Palestin mesti selesaikan masalah sendiri. Saya lihat, orang-orang Arab asyik salahkan Barat. Tapi, masalah dalaman mereka sendiri, tak pernah diperbaiki.

    "Selain itu, mesti wujudkan kuasa besar Islam atau dua buah tiga negara Islam yang mesti disokong orang Islam sendiri. Bukan untuk berperang tapi cukup sekadar menggerunkan Amerika," kata beliau lagi.

    Selain itu, tambah Dr Ahmad Atory, masyarakat atau negara bukan Islam seperti Rusia, Perancis dan China keruh hubungannya dengan Amerika dan Israel perlu dilibatkan.


    Di samping itu, kita dapat melihat betapa betapa banyaknya syor dan cadangan itu. Sama ada syor itu bersifat tindakan yang boleh dilaksanakan di peringkat rakyat bawahan atau pun peringkat kerajaan atau pihak atasan.

    Contohnya, Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar diwujudkan suatu pasukan tentera pengaman OIC sendiri. Tapi syor begini, siapa yang mahu lobi agar ia dapat diwujudkan? Idea banyak, tetapi seolah-olah tiada orang yang menggerakkan, melobi idea itu.

    Misalnya, pendapat Dr Ahmad Atory tadi, rasanya pernah disuarakan oleh bekas Presiden Iran, Khatami dahulu dengan namanya Islamic Union yang mirip kepada European Union (EU), iaitu sebuah pakatan ekonomi dan politik di rantau Eropah.

    Hasil pakatan EU itu antaranya telah melahirkan mata wang Euro sebagai saingan kepada mata wang Dollar Amerika.

    MAHATHIR TIDAK ENDAHKAN ISLAMIC UNION?
    Tapi, Mahathir tidak endahkan gagasan itu dan akhirnya gagasan itu sepi begitu saja. Dan dalam kalangan pemberita, wartawan arus perdana pula tidak tergerak pula mereka untuk menggarisbawahkan isu itu menerusi akhbar mereka.

    Tetapi akhir-akhir ini, dalam kenyataan terbaru, Dr Mahathir kembali semula dengan idea memulaukan mata wang dollar Amerika itu. Ini sememangnya syor yang baik juga.

    Mahathir berkata, antara lain kenapa Dollar Amerika mesti dipulaukan, ialah kerana mata wang itu tiada disandarkan apa-apa nilai terhadapnya.

    "Jika anda berhenti mengguna matawang itu, Amerika tak dapat berdagang dan tak dapat banyak duit. Dengan ini, negara itu akan terus menjadi miskin dan Amerika akhirnya akan berhenti menghasilkan senjata-senjata," katanya.

    Tetapi, Mahathir mengakui bahawa usaha memulaukan matawang Amerika ini menuntut kepada hubungan kerjasama yang erat di seluruh negara di dunia.

    Adakah Mahathir atau Yayasan Perang Jenayah KL Yayasan Kepimpinan Perdana berdaya membawa seruan ini kepada negara-negara dan mampu melobi tindakan ini kepada seluruh kerajaan?

    "Tindakan ini tidak terbatas kepada Malaysia saja. Ini tidak akan berkesan. Seluruh dunia mesti terlibat. Kerajaan-kerajaan tak akan bertindak kerana mereka takut kepada Amerika Syarikat," kata beliau seperti menyindir dan mencabar kerajaan Malaysia sendiri.

    Adakah Tun Mahathir boleh menyarankan kepada Najib sebagai Menteri Kewangan agar tidak lagi mengguna mata wang dollar Amerika dalam urusan perniagaan sedunia.

    Tidak salah ingatan saya, Mahathir pernah menggesa agar ringgit Malaysia diikat kepada RM3.30 untuk setiap dollar Amerika, tetapi Najib berkata bahawa ringgit Malaysia mahu nilai ringgit itu teruskan ditentukan oleh pasaran sahaja.

    Tak salah ingatan saya juga, Iran sudah menjalankan urusniaga minyak dalam mata wang Euro dan bukan lagi Amerika Syarikat. Adakah kita bersedia menggunakan Euro?

    Tak salah saya juga ada satu laporan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu menyimpan sejumlah wang di dalam akaun bank di Israel. Adakah wang itu masih tersimpan atau pun sudah dikeluarkan, tidaklah diketahui pula.

    Inilah antara masalah kita sekarang. Watak-watak yang mempunyai buah fikiran terbaik, tetapi ternyata ada konflik lewat tindakannya yang tersendiri.

    EU sudah wujudkan Euro. Jika wujud Islamic Union itu, mungkin boleh ada wang dinar emas yang akan dipersetujui pemakaian dan penggunaannya dalam hubungan kerjasama perdagangan antara negara-negara Islam. Tun Mahathir juga setuju dengan dinar ini.

    Perjalanan kita membantah Israel sungguh panjang. Tapi, umat Islam masih gagal meraih wacana yang betul-betul kuat dan mantap. Yang tidak banyak melibatkan pemikiran agak senang dilakukan seperti membakar bendera dan berdemo.

    Sedangkan, dalam 60 tahun belakangan ini (1948 hingga 2008) pemikir-pemikir Yahudi Zionis telah menyusun protokol-protokol mereka mengguna pemikiran yang tinggi. Jadi, seminggu berdemo dengan semata-mata tenaga belum tentu dapat menyaingi mereka.

    Tinta berdakwat: Kadang-kadang, benda-benda macam ni kita tak ambil perhatian, tapi kalau kita betul-betul menyerang mereka dengan metode ni, insya-Allah, mereka mungkin berfikir dua kali sebelum menyentuh Gaza...

    07 January 2009

    Bagaimana Bermulanya Yahudi Menguasai Palestin?

    Ketika rencana ini ditulis kita tidak tahu bagaimana akhrnya nasib penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikepung, diseksa dan dibunuh oleh rejim Israel, pada ketika yang sama pemimpin dunia Islam, khususnya dunia Arab, hanya 'terkebil-kebil' mendengar dan melihat penyeksaan rejim Yahudi ini di kaca TV.

    Kutukan demi kutukan dari pemimpin umat Islam, dari anggota OIC dan NGO-NGO hak-hak asasi manusia. Sementara Kesatuan Eropah dan Bangsa-Bangsa Bersatu serta Amerika hanya meminta tentera Israel tidak menyerang kawasan penduduk awam, ertinya bolehlah menyerang untuk sasaran militan Arab di Gaza saja.

    ULANG TAYANG

    Peristiwa serangan ini adalah ulangan tindakan Israel sejak puluhan tahun lalu dan hingga kini, iaitu sejak zaman Presiden Richard Nixon, malah sebelum itu lagi, hingga zaman Barack Obama yang sesetengah orang diharapkan ada perubahan.

    Kini serangan itu berterusan, ratusan rakyat Gaza terbunuh setiap hari, mayat bergelimpangan, bangunan runtuh, hospital musnah, tiada jalan keluar bagi rakyat Gaza untuk mendapatkan makanan.

    Mesir juga menutup sempadannya untuk tidak membenarkan pelarian Palestin tumpang lagi ke negara itu. Syria, Libya, Jordan dan negara Arab lain tidak lagi mampu menerima pelarian yang berjumlah berjuta-juta banyaknya.

    Ini adalah episod yang sangat mememilukan, sebuah tragedi kemanuiaan yang tidak ada tandingannya, bahkan tragedi kemanusiaan ini melebihi pembunuhan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi di Eropah.

    Tiada siapa yang ditakuti oleh rejim Tel Aviv sekarang, justeru kerana Amerika, di bawah presiden barupun tetap menyokong mereka. Malah Amerika terus menerus melindungi kepentingan Yahudi.

    Maka jadilah rakyat Paletin di Gaza itu 'bahan ratahan' tentera Israel. Anak-anak muda Palestin meluru ke jalan-jalan raya melemparkan batu ke arah tentera dan kereta kebal Israel, lalu dari muncung kereta kebal Israel itu memuntahkan peluru meriam yang membunuh mereka dengan mudah.

    Bayangkan bagaimana anak-anak muda Palsetin yang hanya bersenjatakan batu di tangan boleh melawan tentera Israel dengan segala peralatannya. Namun itulah yang terjadi. Inilah pemandangan ngeri yang berterusan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa seluruh dunia.

    ADAKAH HARAPAN BUAT OBAMA?

    Adakah rakyat Palestin ini mempunyai masa depan? Ini pertanyaan yang sangat sukar dijawab, walaupun daripada pakar mengenai Asia Barat sendiri. Memang ada sesetengah pihak mengharapkan Obama yang berkulit hitam itu melakukan sesuatu dalam menyelesaikan isu Palestin, namun nampaknya rejim tentera Tel Aviv, pimpinan menteri pertahanannya yang sangat ganas, Ehud Barat, tidak mungkin bersedia menghentikan serangannya. Ini kerana dia tahu, Amerika dan sekutunya akan terus menyokong Israel.

    Jika begitu keadaannya, bagaimana masalah ini dapat diselesaikan? Israel menuduh para pejuang Hamas melancarkan roket ke kawasan Israel, ada yang mengena sasaran dan ada yang tidak. Namun hujan roket dari Israel, di samping meriam kereta kebal mereka terus menerus membunuh rakyat Palestin.

    Sementara itu bagaimana sikap pemimpin umat Islam, khususnya pemimpin dunia Arab? Selagi mereka masih kekal dengan sikap assobiyah Arab mereka, tidak bersatu atas nama Islam untuk memerangi rejim Yahudi, maka tidak mungkin rejim itu boleh berundur.

    KERDILNYA NEGARA ARAB

    Bayangkan setiap tahun negara Arab membelanjakan beratus bilion dollar Amerika untuk membeli senjata api tercanggih dari pelbagai negara Barat, khususnya Amerika. Namun negara Arab tidak juga mampu memperlihatkan kekuatan tentera mereka untuk menghadapi Israel.

    Akhirnya negara Arab hanya menjadi 'pengguna' setia senjata moden Barat, sementara senjata itu tidak juga menolong memperlihatkan 'izzah' (keunggulan, kehebatan) negara Arab sehingga menggerunkan Israel.

    Inilah yang berlaku terus menerus, pada ketika yang sama, siapapun yang menjadi Presiden Amerika, negara itu terus melindungi kepentingan Israel.

    Benarlah kata ulama tersohor, Sayyid Hasan Ali An-Nadawi dalam bukunya "Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam" bahawa negara umat Islam perlulah memiliki ilmu dan kekuatan senjata yang cukup disertai kemajuan teknologi supaya dengan kekuatan itu mereka mampu memimpin dunia.

    Malangnya, kata An-Nadawi, hampir semua kekuatan ini kini tidak dimiliki oleh umat Islam, pada hal di zaman dulu, umat Islamlah yang memiliki semua kekuatan ini. Kini, katanya, pemimpin negara Arab hanya memikirkan kepentingan negara masing-masing, dilatari oleh sikap assobiyah, atau perkauman Arab yang semakin menebal.

    Perlu diingat, kata An-Nadawi lagi, sikap ini menyebabkan runtuhnya Daulah Islamiyah Turki pada tahun 1924, iaitu di tengah-tengah Assobiyah Arab yang tebal itu, ia bertembung pula dengan assobiyah Turki kerana ketika itu Turki juga sangat angkuh dan merasakan ia adalah bangsa besar. Inilah kesan buruk yang dialami sehingga keadaan menjadi begini.

    MULA TERGADAI

    Sementara itu, ketika menyaksikan penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim Irael itu, kita teringat bagaimana mulanya tanah atau bumi Palestin ini tergadai dan dijual kepada Palestin.

    Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah digubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Uthmaniyyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi.

    Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, justru kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.

    Namun setelah kejatuhan Daulah Uthmaniyyah Turki, undang-undang itu dimansuhkan oleh Kamal Attaturk yang merampas kuasa. Lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka.

    Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

    Tanah itu kini didiami oleh orang Yahudi, ditambah pula wujudnya penempatan baru, iaitu tanah yang dirampas dari rakyat Palestin sendiri. Demikianlah sejarah hitam bumi Palestin.

    Maka itu ketika Israel menguatkan cengkamannya di bumi para anbia ini, dalam usaha mereka hendak menghapuskan rakyat Palestin, wajar kita merenung semua sejarah pahit ini. Namun pandangan An-Nadawi ini sangat wajar diberikan perhatian.

    Tinta berdakwat: Al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih... Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Zaman sekarang, bukan Islam yang memimpin tetapi sifat kebangsaan. Sifat inilah yang memakan semangat persaudaraan Muslim yang mana suatu jke

    06 January 2009

    Baling Kasut Sunnah Para Anbia'

    Dilihatnya sekawan awan mendung bersepah di dada langit. Dan, dengan tiba-tiba datang angin keras yang menyapu awan-awan mendung itu. Angin Disember hari itu telah mula menyatu dengan firman Tuhan.. Lalu, Bush dengan jiwa batinnya yang duka lara merebus tangkai hatinya untuk dibawa berlari.

    Mendung di hatinya jauh lebih berat. Bush dengan linangan air matanya, keluh hatinya berbisik, "Sampai hati si dia membaling kasutnya ke arahku."

    Tidak kusangka, akan dapat penghinaan sebegini rupa! Dua kali mendapat balingan pulak tu!

    Muntazer al-Zaidi!! Namamu sentiasa terpahat di hatiku selalu. Akan kucatat namamu dalam diari gelapku ketika aku menyundal dunia ini dengan kegelapan pemerintahanku, demikian jeritan batin si Bush.

    Bush tidak pernah membaca sejarah Islam agaknya. Bush kononnya hanya pernah membaca Islam Hadhari lalu.. dengan tidak semena-mena dia menyokong Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi. Namun, dia belum sempat berguru lebih lanjut dengan Abdullah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dibaling batu.

    Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu di Taif ketika menyampaikan usaha dakwah. Kata orang, putih serban dan jubannya ketika berpergian dan mencurah merah darah ketika pulangnya. Demikian penghinaan ke atas sosok besar itu.

    Tapi, Bush masih bernasib baik. Pemimpin Arab Iraq yang bodoh ini masih mahu menangkap Muntazer al-Zaidi.

    Dalam bidalan pusaka Melayu ada disebutkan juga, baling batu sembunyi tangan. Tapi, dalam kes Muntazer al-Zaidi, beliau telah baling kasut dan masuk ke dalam lokap, lalu terpaksa menantikan hukuman!

    Tidak kusangka, akan dapat penghinaan sebegini rupa! Dua kali mendapat balingan pulak tu!

    Muntazer al-Zaidi!! Namamu sentiasa terpahat di hatiku selalu. Akan kucatat namamu dalam diari gelapku ketika aku menyundal dunia ini dengan kegelapan pemerintahanku, demikian jeritan batin si Bush.

    Bush tidak pernah membaca sejarah Islam agaknya. Bush kononnya hanya pernah membaca Islam Hadhari lalu.. dengan tidak semena-mena dia menyokong Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi. Namun, dia belum sempat berguru lebih lanjut dengan Abdullah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dibaling batu.

    Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu di Taif ketika menyampaikan usaha dakwah. Kata orang, putih serban dan jubannya ketika berpergian dan mencurah merah darah ketika pulangnya. Demikian penghinaan ke atas sosok besar itu.

    Tapi, Bush masih bernasib baik. Pemimpin Arab Iraq yang bodoh ini masih mahu menangkap Muntazer al-Zaidi.

    Dalam bidalan pusaka Melayu ada disebutkan juga, baling batu sembunyi tangan. Tapi, dalam kes Muntazer al-Zaidi, beliau telah baling kasut dan masuk ke dalam lokap, lalu terpaksa menantikan hukuman!

    BALING BATU KE ARAH IBLIS ADALAH SUNNAH NABI IBRAHIM A.S.

    Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

    Tindakan wartawan penyiaran Iraq itu (beliau pun mungkin tak sedar) sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

    BUSH ADALAH IBLIS BESAR ABAD INI

    Maka, sikap Muntazer al-Zaidi hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

    Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

    Nabi Daud ketika kecilnya pernah membaling batu kepada Jalut (Goliath) sehingga tumbang musuh Allah itu. Kini, kanak-kanak di Palestin pula membaling batu kepada tentera-tentera Israel. Sekali lagi, ini fitrah, sunnatullah dan sunnah perjuangan orang soleh yang terdahulu daripada kita.

    فهزموهم بإذن الله وقتل داود جالوت وآتـه الله الملك والحكمة وعلمه مما يشآء

    Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. AQ 2:251

    Mengapakah kita katakan hal membaling batu ini sebahagian daripada fitrah, sunnah dan sunnatullah? Perhatikan dalil-dalil di bawah ini.

    ءأمنتم من في السمآء أن يخسف بكم الأرض فإذا هي تمور. أم أمنتم من في السمآء أن يرسل عليكم حاصباً فستعلمون كيف نذير

    Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaran-Ku?" AQ 67:16 - 17

    Ada juga kaum yang dibaling batu oleh Tuhan kerana kengkarannya. Ini kerana, mereka melakukan amalan seks bebas dan menjalin hubungan seks sesama jenis, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

    Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

    Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu.

    Lihat pula kepada contoh-contoh nas lain pula berhubung hal membaling, merejam dengan batu yang ada kaitan dengan tindakan wartawan penyiaran Iraq; Muntazer al-Zaidi yang membaling kasutnya ke arah Bush itu.

    NAS ATAU DALIL BALING DAN MEREJAM BATU

    وأمطرنا عليهم مطراً فسآء مطر المنذرين

    Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran. AQ 26:173

    إنّآ أرسلنا عليهم حاصباً إلآ آل لوط نجينهم بسحر

    Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam. AQ 54:34

    Lihat pula di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 31 hingga 37 ada disebutkan ceritanya sebagai di bawah ini:

    1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
    2. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
    3. "Supaya kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
    4. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
    5. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
    6. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
    7. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

    Ternyata, sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dilempar batu di Taif, moyangnya Nabi Ibrahim pernah diugut dilempar dengan batu dengan sebab baginda enggan menghentikan dakwahnya itu.

    "(Azar) menjawab: "Patutkah engkau membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa." --- (Maryam: 46)

    Lihat pula tekanan yang diterima oleh Nabi Syuaib a.s..

    "Mereka berkata: "Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidak kerana kaum keluargamu, tentulah kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukan orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!" --- (Hud: 91)

    "Tidakkah kau melihat Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia kumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." --- (an-Nur: 43)

    "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganaiaya diri sendiri." --- (al-Ankabut: 40)

    "Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan." --- (al-A'raff: 84)

    Malah, ada pula manusia yang terlalu biadap sehingga mencabar Tuhan agar melemparkan mereka dengan batu..!!

    "Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Mekah) berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." --- (al-Anfaal: 32)

    "Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." --- (Hud: 82-83)

    "Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." --- (al-Hijr: 74)

    "Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?" --- (al-Israa': 68)

    Antara sunnatullah, sikap Allah ke atas kaum yang ingkar adalah Zat Yang Mahu Agung Lagi Perkasa itu akan mengirimkan unggas seperti burung Ababil untuk menjahanamkan pasukan tentera Abrahah.

    "Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia (batu itu) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat." --- (al-Fiil: 4 - 5)

    Latihan membaling kasut kepada Bush di http://www.sockandawe.com
    Apa gunanya hidup ini tanpa latihan berperang. Sesudah letih berceloteh bicara, setelah menekuni nas-nas dan dalil al-Quran di atas, apa kata kita rehatkan diri sebentar sambil bermain suatu permainan yang menyeronokkan.

    Silakan membaling kasut anda kepada Bush di laman sesawang berikut dan sebarkan alamat ini kepada rakan-rakan anda..

    Lempar kasut anda kepada Bush di http://www.sockandawe.com sebelum tibanya kesempatan anda untuk membaling kasut kepada Bush secara langsung, secara 'live' kelak. Itu pun kalau-kalau Bush berani hadir ke Malaysia!

    (Sekadar syor: Mungkin boleh bina patung replika batu Bush atau tiang macam Jamratul Aqabah, Wustha, Sughra di mana-mana untuk memudahkan kita membaling kasut, batu kepadanya sebagai tanda protes!)

    ### Hujan batu dalam pepatah Melayu, sebuah monolog ringkas Bush
    "Sampainya hati mereka menghina daku dengan batu dan kasut," hatinya langsung berbicara. Perit dan pedih yang mengikat jiwanya masih belum pudar.

    Di dalam bidalan kata dan pepatah Melayu ada disebutkan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri."

    Tapi, bagi Bush, hujan batu dan hujan kasut sahaja yang akan memberi pengajaran kepadanya di mana-mana juga beliau berada!

    Baling batu ke arah iblis adalah sunnah nabi Ibrahim

    Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

    Tindakan wartawan penyiaran Iraq itu (beliau pun mungkin tak sedar) sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

    Bush adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap Muntazer al-Zaidi hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

    Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

    Nabi Daud ketika kecilnya pernah membaling batu kepada Jalut (Goliath) sehingga tumbang musuh Allah itu. Kini, kanak-kanak di Palestin pula membaling batu kepada tentera-tentera Israel. Sekali lagi, ini fitrah, sunnatullah dan sunnah perjuangan orang soleh yang terdahulu daripada kita.

    "Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.." --- (al-Baqarah: 251)

    Mengapakah kita katakan hal membaling batu ini sebahagian daripada fitrah, sunnah dan sunnatullah? Perhatikan dalil-dalil di bawah ini..

    "Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" --- (al-Mulk: 16 - 17)

    Ada juga kaum yang dibaling batu oleh Tuhan kerana kengkarannya. Ini kerana, mereka melakukan amalan seks bebas dan menjalin hubungan seks sesama jenis, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita.

    Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

    Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu.

    Lihat pula kepada contoh-contoh nas lain pula berhubung hal membaling, merejam dengan batu yang ada kaitan dengan tindakan wartawan penyiaran Iraq; Muntazer al-Zaidi yang membaling kasutnya ke arah Bush itu.

    Nas, dalil baling dan merejam batu
    "Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran." --- (Asy-Syu'araa': 173)

    "Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam." --- (al-Qamar: 34)

    Lihat pula di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 31 hingga 37 ada disebutkan ceritanya sebagai di bawah ini:

    1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
    2. Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
    3. "Supaya kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
    4. "Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya)".
    5. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
    6. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
    7. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

    Ternyata, sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dilempar batu di Taif, moyangnya Nabi Ibrahim pernah diugut dilempar dengan batu dengan sebab baginda enggan menghentikan dakwahnya itu.

    (Azar) menjawab: "Patutkah engkau membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa. AQ 19:46

    Lihat pula tekanan yang diterima oleh Nabi Syuaib a.s..

    Mereka berkata: "Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidak kerana kaum keluargamu, tentulah kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukan orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!" AQ 11: 91

    Tidakkah kau melihat Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia kumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. AQ 24:43

    Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganaiaya diri sendiri. AQ 29:40)

    Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. AQ 7:84)

    Malah, ada pula manusia yang terlalu biadap sehingga mencabar Tuhan agar melemparkan mereka dengan batu!

    Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Mekah) berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisi-Mu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." AQ 8:32

    Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. AQ 11:82-83

    Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. AQ 15:74

    Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? AQ 17:68

    Antara sunnatullah, sikap Allah ke atas kaum yang ingkar adalah Zat Yang Mahu Agung Lagi Perkasa itu akan mengirimkan unggas seperti burung Ababil untuk menjahanamkan pasukan tentera Abrahah.

    "Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia (batu itu) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. AQ 105:4 - 5

    Latihan membaling kasut kepada Bush di http://www.sockandawe.com
    Apa gunanya hidup ini tanpa latihan berperang. Sesudah letih berceloteh bicara, setelah menekuni nas-nas dan dalil al-Quran di atas, apa kata kita rehatkan diri sebentar sambil bermain suatu permainan yang menyeronokkan.

    Silakan membaling kasut anda kepada Bush di laman sesawang berikut dan sebarkan alamat ini kepada rakan-rakan anda..

    Lempar kasut anda kepada Bush di http://www.sockandawe.com sebelum tibanya kesempatan anda untuk membaling kasut kepada Bush secara langsung, secara 'live' kelak. Itu pun kalau-kalau Bush berani hadir ke Malaysia!

    (Sekadar syor: Mungkin boleh bina patung replika batu Bush atau tiang macam Jamratul Aqabah, Wustha, Sughra di mana-mana untuk memudahkan kita membaling kasut, batu kepadanya sebagai tanda protes!)

    ### Hujan batu dalam pepatah Melayu, sebuah monolog ringkas Bush
    "Sampainya hati mereka menghina daku dengan batu dan kasut," hatinya langsung berbicara. Perit dan pedih yang mengikat jiwanya masih belum pudar.

    Di dalam bidalan kata dan pepatah Melayu ada disebutkan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri."

    Tapi, bagi Bush, hujan batu dan hujan kasut sahaja yang akan memberi pengajaran kepadanya di mana-mana juga beliau berada!

    Gaza Terpotong Menjadi Dua

    Kemaraan tentera darat serta kereta kebal zionis Israel telah bergerak jauh ke dalam Jalur Gaza, memotong wilayah itu menjadi dua bahagian.

    Dengan serangan bom dari angkatan laut, udara dan darat, pasukan Israel merebut posisi-posisi di kedua sisi bandar Gaza, dan sepanjang jalan timur-barat.

    Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, awal pagi semalam tentera Yahudi berkenaan telah mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 500 orang dan 2,500 lainnya cedera.

    Seorang ibu Palestin dan empat orang kanak-kanaknya dilaporkan terbunuh dalam satu serangan terbaru rejim Zionis di Gaza pada petang Ahad (4/1/09). Setidaknya 17 orang terbunuh dan 130 cedera ketika roket-roket Israel ditembakkan ke bahagian selatan Gaza.

    Menteri Kesihatan Palestin, Dr Fathi Abumoghli, mengatakan tentera Israel mengekang pergerakan ambulans, yang menyebabkan para korban meninggal dunia sebelum mereka mendapatkan perawatan.

    Badan amal Inggris, Oxfam, juga mengatakan bahawa seorang perawat yang bekerja untuk organisasi bantuan mereka juga maut dan dua lainnya cedera dalam pengeboman Israel tersebut.

    Banyak berita tidak dapat dilaporkan dengan jelas. Israel telah melarang para wartawan antarabangsa masuk ke Gaza dalam usaha mereka untuk menutup hal kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan di sana.

    Tinta mencoret: Orang Islam sendiri tak bersatu, tu pasallah diorang ambil kesempatan atas kelemahan kita.