Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

27 August 2009

Ramadhan 1430H

Sebuah syarikat telah mengalami krisis ekonomi hampir 11 bulan. Dagangan yang dilakukan nampaknya tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Masakan pekerjanya yang culas dan malas walaupun diberikan insentif, bonus, dan OT. Kadar keuntungan syarikat tersebut nampaknya semakin hari semakin menjunam.

Pekerjanya sering kali tidak amanah terhadap kerja yang dilakukan. Jika ditetapkan check-in jam 8.30 pagi, ada antara mereka yang memenuhkan kafe mamak berhampiran walaupun mereka sudah punch card sebelum itu.

Entah macam mana, 5 hari lepas, CEO syarikat tersebut menawarkan bayaran yang berlipat kali ganda kepada pekerja yang benar-benar rajin bekerja, masuk ke pejabat tepat pada masanya, dan kepada mereka yang sudi mengambil OT. Keadaan semasa yang semakin menyempitkan, harga komuditi barangan yang semakin melambung, kos pergerakan yang semakin mahal, ditambah dengan kos pencegahan wabak terbaru membuatkan pekerja syarikat berebut-rebut memohon OT dan bekerja dengan lebih amanah dan rajin.

Mana tidaknya... Jika CEO berjanji akan membayar sehingga 700 kali ganda. Bayangkanlah. Sekiranya gaji seorang mak cik cleaner syarikat tersebut serendah RM 800, mak cik cleaner tersebut mampu membeli sebuah kereta Audi A4 (pergh... kereta idaman tu...). Itu baru mak cik cleaner. Bagaimana pula dengan accountant? Pembantu Pengarah? Pengurus Pengarah? atau apa sahaja jawatan pegawai di dalam syarikat tersebut? Mungkin mereka mampu membeli sebuah kereta Bugatti, kereta terlaju di dunia dengan kelajuan yang hampir menyaingi sebuah pesawat tempur!


Siapa CEO itu? Begitu bermurah hati membayar gaji pekerja setinggi itu?

Dialah Allah, pemilik syarikat bernama kehidupan yang fana' ini. Siapa pekerja itu? Merekalah manusia, yang diberi tanggungjawab mentadbir dunia. Jika mereka tidak amanah dalam menjalankan kewajipan, maka urusan dunia menjadi semakin kalut, carca-merba, punah-ranah, jahanam, porak-peranda, dan pelbagai lagi yang boleh digambarkan kepada dunia.

Alhamdulillah, setakat malam kelima ini, ramai manusia yang mengimarahkan masjid untuk tarawih berjemaah. Masing-masing khusyuk sujud menyembah Allah Yang Maha Esa, mengalunkan alunan Kalam-Nya yang agung, memanjatkan doa mohon keampunan agar dibersihkan diri dan hati daripada sebarang dosa noda.

Bagai yang dijanjikan, Allah pasti membayar dengan ganjaran pahala. Ibadat sunat ibarat ibadat fardu. Yang fardu pula digandakan 700 kali.

Cuma bayaran Allah itu bolehlah kita terjemah sebagai 'hutang' yang bakal dibayar oleh-Nya pada kehidupan selepas mati nanti.

Rebutlah selagi ada daya upaya kurniaan-Nya.

Saya, bagaimana? Alhamdulillah, setakat ini belum pernah miss lagi tarawih di masjid. Sebelum ini, pasti ada miss walaupun pada lima malam pertama. Cumanya, Allah menambahkan ujian dengan 'mengurniakan' demam kepada diri ini. Tambah parah lagi bila doktor di Klinik Kesihatan BBB beri pil Tamiflu, sebab ada simptom H1N1. Wallahu a'lam. Doakanlah wahai sahabat-sahabat sekalian buat diri ini agar terpelihara daripada wabak berbahaya itu, Amien...

Doakan juga agar kita semua bertemu dengan 'jayanya' dengan malam 1000 bulan, malam yang menjanjikan keredhaan Allah di dalamnya buat hamba-hamba-Nya yang sanggup mengorbankan masa rehat, masa bersama keluarga, masa study, dan sebagainya untuk 'berdating' dengan Allah swt. Mudah-mudahan kita semua juga dipilih oleh-Nya untuk beribadat sepenuh jiwa raga pada malam yang paling mulia tersebut.

Seboleh-bolehnya, tumpukanlah ibadat kita hanya untuk rahmat dan keredhaan-Nya. Kita masuk ke dalam syurga adalah kerana rahmat, kasih sayang, dan keredhaan-Nya, bukan kerana amalan kita yang seciput.

Sedikit ingatan buat hati ini yang lalai walaupun diingatkan oleh-Nya dengan simptom H1N1.

والله أعلم بالصواب

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

20 August 2009

Silap Kita Ketika Ramadan


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غُفر له ما تقدم من ذنبه أو كما قال
Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penghayatan, diampunkan segala dosanya yang telah lalu
HR asy-Syaikhan

Baru sebentar tadi diisytiharkan oleh penyimpan mohor besar Raja-raja (erm... saya tak ingat namanya) tarikh mula berpuasa pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu. So, esok (Jumaat, 21 Ogos) masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara sudah mula mengadakan solat sunat tarawih. Marilah bersama-sama mengimarahkannya...

Sebelum kita melangkah memasuki malam pertama Ramadan kali ini, marilah kita renung kembali, apakah salah kita selama ini ketika berpuasa? Kita berpuasa tetapi dalam pada yang sama kita tidak mampu menjadikan puasa kita puasa yang sempurna akibat kekurangan ilmu yang kita miliki.

APA SALAH KITA?

Pertama, kita tanpa segan-silu makan minum dengan bebas setelah 'ter'batal puasa secara sengaja (bukan kerana uzur yang dibenarkan Islam). Sesiapa yang batal puasanya secara sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan air mani secara secara sengaja, merokok, makan, minum, dan sebagainya, mereka dilarang untuk terus makan dan minum atau melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari itu. Mereka dikenakan denda kerana kesalahan mereka dengan terus menahan diri mereka sebagaimana mereka yang berpuasa. Puasa mereka tetap batal dan mereka diWAJIBkan menggantikan puasanya itu pada satu hari yang lain.

Kedua, Bersahur pada tengah malam kerana malas bangun pada waktu dekat-dekat subuh. Barangsiapa yang bersahur pada penghujung malam, maka mereka akan mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan sendiri oleh Nabi Muhammad saw malah tindakan mengawalkan 'bersahur' bercanggahan dengan sunnah Baginda saw. Perkataan "sahur" itu sendiri dari sudut bahasa Arab membawa maksud waktu terakhir pada hujung malam. Sebahagian ulama menyebut waktu sahur yang sesuai dengan sunnah Nabi saw ialah pada 1/6 waktu malam yang terakhir. Melewat-lewatkan waktu bersahur, menurut Imam Ibn Hajarm akan lebih mampu seseorang itu mencapai objektif puasanya yang telah digariskan oleh Nabi saw.

Ketiga, hanya bangun pada penghujung malam untuk bersahur semata-mata dengan makan dan minum, sedangkan ibadat sunnat lain ditinggalkan (senang cerita, tidak berqiamullail). Ini juga merupakan kesilapan ramai umat Islam (termasuk juga saya) kerana tidak merebut peluang untuk bersolat malam dan beristighfar.

المتقين في جنٰـت وعيون. ءاخذين ما ءاتٰهم ربهم ۚ إنهم كانوا قبل ذٰلك محسنين. كانوا قليلا من الليل ما يهجعون. وبالأسحار هم يستغفرون
Sesungguhnya mereka yang bertakwa akan ditempatkan ke dalam syurga yang mana terdapat mata air yang terpancar di dalamnya. Mereka akan sentiasa mendapat nikmat dan rahmat daripada Tuhan mereka, sesungguhnya mereka ketika di dunia dahulu selalu melakukan kebaikan. Mereka juga hanya mengambil sedikit sahaja waktu malam untuk tidur dan mereka menggunakan waktu akhir malam mereka untuk beristighfar memohon ampun kepada Tuhan.
Adz-Dzariyat 51:150-18

Keempat, tidak menunaikan solat fardu ketika berpuasa. Ini sememangnya satu kesalahan yang MAHA BESAR. Walaupun solat bukanlah syarat sah puasa, namun, ia adalah tonggak kepada keislaman seseorang. Seseorang yang sengaja memontengkan solatnya akan menyebabkan pahala puasanya akan menjadi kurus kering.

Kelima, tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana solat Tarawih. Ramai antara kita tidak mengetahui kelebihan menunaikan solat fardu secara berjemaah berbanding solat sunat. Solat fardu itu lebih dikehendaki dilaksanakan secara berjemaah berbanding solat sunat. Kita hanya mementingkan solat Tarawih berjemaah berbanding solat fardu yang lebih dituntut dilakukan secara berjemaah. Alang-alang bangun bersahur, solatlah Subuh berjemaah.

Keenam, menunaikan Tarawih di masjid atau surau hanya kerana mahu memeriahkannya. Ingatlah, setiap amalan yang diterima Allah swt adalah amalan yang ikhlas dilakukan hanya kerana-Nya.

أنما الأعمال بالنيات
Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niatnya.
HR asy-Syaikhan

Ketujuh, tidak produktif dalam melaksanakan kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Kerja-kerja yang dilakukan pada siang hari dengan niat ibadat sepatutnya mampu meningkatkan lagi keberhasilan dan produktiviti, bukannya makin lemah dan layu. Rasulullah saw dan para sahabat mampu mengalahkan tentera Musyrikin dalam Perang Badar yang mana kapasiti tentera musuh tiga kali lebih ramai daripada mereka. Umat Islam mampu menang walaupun ketika bulan Ramadan!

Kelapan, memperbanyakkan tidur pada siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sesungguhnya, hadith yang menyatakan tidur adalah ibadat pada waktu siang adalah hadith yang amat lemah.

Kesembilan, menganggap waktu Imsak adalah waktu penamat kepada waktu sahur. Waktu Imsak sebenarnya waktu amaran yang ditetapkan oleh para ulama supaya ia dapat mengingatkan kita kepada hampir tamatnya waktu untuk bersahur. Ia bukanlah waktu penamat untuk bersahur kerana waktu penamat yang sebenarnya adalah ketika masuknya waktu Subuh.

Kesepuluh, wanita bertarawih beramai-ramai di masjid atau surau tanpa menjaga aurat. Ramai wanita yang keluar untuk bertarawih akan menyinsing kaki ketika berjalan menuju ke masjid. Keadaan ini akan menjadikan fadilat bertarawih di rumah bagi wanita adalah lebih tinggi berbanding di masjid kerana akan mendatangkan fitnah buat jemaah lelaki.

Kesebelas, memasukan Ramadan dalam keadaan hartanya masih dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan bunga pinjaman, kad kredit, insuran, pelaburan, dan segala perkara yang melibatkan riba. Juga yang tidak ketinggalan kepada mereka yang sering berjudi dan menikam ekor (walaupun jumlah mereka tidaklah ramai). Keadaan ini akan memberi kesan yang negatif dalam kualiti ibadat puasa dan yang lain-lain ketika Ramadan. Status mereka yang terlibat dengan riba adalah sama dengan mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, tanpa berazam serta berubah dengan segera ketika Ramadan. Sekiranya ia dibiarkan, mereka yang terlibat kemungkinan bakal gagal untuk kembali ke pangkal jalan setelah tamatnya Ramadan.

Rasulullah saw pernah bercerita:
Menyebut tentang seseorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, rambutnya kusut-masai, mukanya berdebu, dia mengangkat tangan ke langit untuk berdoa: Wahai Tuhanku... Wahai Tuhanku... Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia dibesarkan dengan harta yang haram. Maka, bagaimana mahu Kami mengabulkan doanya?
HR Muslim

Oleh itu, bagaimana Allah swt mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa menerima amalannya sedangkan keretanya dibeli dengan cara haram, rumahnya turut haram, kad kredit diambilnya dengan kaedah haram, insurannya haram, dividen simpanannya di bank turut haram, dan pendapatannya juga haram? Tidak dinafikan kita perlu bersangka baik kepada Allah tetapi sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Hasan al-Basri:

Bersangka baik kepada Allah tanpa meloloskan diri daripada riba yang haram adalah penipuan.

Dan yang terakhir, kedua belas, Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini juga satu kerugian yang kerap dilakukan oleh kita. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil, mereka yang berpuasa sehingga berbuka, dan doa orang yang dizalimi.
HR at-Timidzi

Oleh itu, marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti ibadat puasa kita agar ia diterima oleh Allah swt dan yang paling penting dan utama, kita mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Selamat berpuasa dan selamat beribadat. Tingkatkan amalan kita, mudah-mudahan kita akan berterusan dirahmati dan diredhai oleh Allah swt, Amien, hendaknya...

والله أعلم بالصواب

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

Sila rujuk al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca petikan ayat yang diberikan bagi mengelakkan daripada kesilapan dalam pembacaan.

19 August 2009

Etika Penyampai Maklumat

Pilihanraya masih belum lagi reda. Ingatkan Manek Urailah yang terakhir, rupanya tidak. Permatang Pasir kemudiannya menyusul. Bukan mahu menghalang demokrasi, tetapi saya sendirilah tidak tahan membaca beribu perkataan beserta hamburan fitnah, caci maki, kutukan, dan tidak ketinggalan juga ada yang menggunakan bahasa kesat dan lucah.

Saya tidak tuding jari arah siapa, baik pihak Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, ataupun pihak yang berkecuali. Saya menuding jari ke arah mereka yang benar-benar melakukannya.

Bermula daripada fitnah, dan seterusnya kata-kata kesat dan lucah pula dikeluarkan.

Sudah kehabisan hujahkah sehinggakan terpaksa memaki hamun? Ada kalanya, mereka yang tidak terlibat, tidak bersalah terpaksa menerima akibatnya.

Melalui kata-kata dan penulisan inilah, pembaca dapat mengetahui sejauh manakah keperibadian diri kita. Jika selalu menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya, adalah boleh seseorang itu dikatakan baik moralnya, baik akhlaknya? Secara kasarnya, TIDAK. Adakah seseorang yang suka menabur fitnah itu amanah, adil? Secara kasarnya, TIDAK.

Jadi, di manakah kedudukan kita. Tidak kira sama ada kita orang awam, student, jemaah surau, imam, penghulu, ketua masyarakat, tokoh korporat, ahli politik, pemimpin negara, dan sebagainya, kita tetap tidak boleh bersikap seperti itu, tabur fitnah, berkata nista, menipu, mencarut, dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi jika kita menghina Islam. Saya sendiri tidak akan membiarkan apatah lagi menyokong mereka-mereka yang menghina Islam SECARA JELAS. Ini pendirian. Biarpun mereka itu nampak alim dan warak pada zahirnya. Bukan sekadar mereka yang non-Muslim, mereka yang Muslim juga saya akan 'cantas'.

Memang lumrah bagi non-Muslim itu menghina Islam. Yang peliknya, ada juga di kalangan yang mengaku Islam sanggup menggadaikan maruah Islam! Bukan sekadar tidak mahu menegakkan panji Islam, hukum Islam, akhlak Islam, kehidupan secara Islam, bahkan turut bertindak supaya mereka yang bukan Islam memandang serong terhadap Islam! Kita sendiri sengaja membiarkan mereka tidak memahami Islam yang sebenarnya. Apa yang mereka nampak, Islam itu terrorist, Islam itu memaksa, Islam itu menindas wanita, Islam itu ekstrimis, Islam itu menyekat hak, Islam itu menyekat kebebasan, Islam itu..., Islam ini... Kesannya, wajah Islam itu akhirnya bagai diconteng arang, gelap, dan tidak berseri dengan nur kesucian.

Jangan disalahkan mereka yang bukan Islam secara keseluruhannya jika mereka memijak Islam. Puncanya daripada diri kita sendiri.

Kita sepatutnya berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu. Sama ada ia manis bak madu atau pahit ditelan, pastikan ia adalah satu kebenaran. Menyampaikan sesuatu maklumat kepada umum hendaklah dilakukan dengan penuh adab, tatasusila, dan etika. Terdapat beberapa adab yang mesti dipatuhi dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Pertama, seseorang itu hendaklah ikhlas dalam menyampaikan apa juga bentuk maklumat. Ingat, jika kita bermula dengan niat yang buruk, ketahuilah bahawa Allah swt itu memerhati dan akan memberikan apa yang setimpal dengannya.

Kedua, jangan berkata nista atau berbohong. Jangan menyembunyikan fakta yang sebenar lalu mengungkap atau menukilkan sebarang andaian atau cereka yang penuh dengan dusta dan hasad. Walaupun niat 'ikhlas', tetapi jika berdusta, ia tetap menjadi kemurkaan Allah. Ingatlah! Mereka yang berdusta, secara 'logiknya' tempat akhirnya adalah neraka, na'uzubillah min zalik.

Ketiga, berbudi bahasa dalam bertutur atau berkarya. Ingat, kebenaran yang disulami kata-kata kesat, celupar, dan fitnah itu akan ternoda, pastinya ia akan ditolak si penerima.

Keempat, setiap penyampai berita, terutamanya kepada mereka yang berkarya sama ada melalui makalah, blog, atau seumpama dengannya, hendaklah bertanggungjawab atas tulisannya. Setiap tulisan yang bertanggungjawab mestilah diketahui siapa penulisnya.Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini.

Kelima, seperti yang saya katakan di atas, gaya pertuturan dan penulisan menggambarkan keperibadian seseorang.

Dewasa ini, ramai antara kita yang gemar menyebar luaskan berita-berita berisi fitnah. Ada juga dikalangan penabur fitnah ini tidak mempunyai matlamat khusus melainkan untuk mendapatkan habuan dan jawatan tanpa rasa ditemani Tuhan di sisinya. Mereka seolah-olah bebas berbuat apa sahaja tanpa memikirkan natijah atau risiko yang bakal mencetuskan kekacauan akibat keceluparannya. Mereka sendiri tidak peduli kadang-kala sahabat mereka sendiri remuk hati memendap perasaan angkara perbuatannya.


Mereka yang suka menyebarkan berita atau maklumat atau fakta, ingatlah! Asas yang perlu dipegang ialah tanggungjawab, tanggungjawab terhadap kata-kata atau tulisan yang disebarkan dan ia hendaklah bertunjangkan kebenaran berdasarkan fakta dan nas. Berjiwa besarlah agar kata-kata atau tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa, jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan. Oleh itu, berkatalah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik.

Walaupun begitu, bersabarlah! Terkadang yang benar itu akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi seperti mereka yang penuh dengan hasad, fitnah, kata-kata kesat, dan celupar serta sumpah seranah. Itu semua lumrah dunia.

والله أعلم بالصواب

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

18 August 2009

Tempurlah Wahai Pemuda!

Cerita ini adalah rekaan semata-mata berdasarkan daripada situasi semasa.

Pemuda gagah bersiap siaga. Pemudi turut sama memberikan sokongan kepada pasukan tempur. Kedua-dua pasukan telah mengetengahkan penglima masing-masing, menunggu laungan takbir bertempur dengan musuh yang jauh lebih kuat dengan sokongan daripada pasukan tambahan dan meriam-meriam yang bisa memberikan tekanan yang hebat buat tentera yang menggempur. Panji-panji dikibar di segenap medan peperangan, medan perjuangan yang bakal menentukan syahid ataupun menang dengan bantuan Allah tatkala Ramadan yang mulia.

Pasukan tempur Muslimin kali ini terpaksa mempertahankan sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja yang kafir. Bukan atas tekanan ataupun paksaan, tetapi ia lebih kepada kesejahteraan rakyat jelata yang hidup di bawah naungan seorang raja yang 'kononnya' mahu mencontohi keperibadian Khalifah Umar Ibn Abd Aziz, seorang pemerintah kerajaan Islam dan hamba Allah yang tawadhuk kepada Penciptanya. Pasukan ini turut dibantu oleh sepasukan yang lain yang hanya bertopengkan kesejahteraan rakyat sedangkan merekalah yang menumbangkan Kerajaan Darul Ridzuan yang ditadbir Sultan Nizar yang bersempadan dengan kerajaan ini. Pasukan Muslimin sebenarnya 'tersepit' dengan dua kumpulan ini dan mereka menyerahkan segala-galanya kepada Allah, baik buruknya tindakan mereka mempertahankan kerajaan ini.

Pasukan tempur Muslimin terpaksa berhadapan dengan pasukan tentera daripada Empayar Putrajaya yang cuba melemahkan Kerajaan Mutiara agar kerajaan kecil ini tunduk sujud kepada mereka dan membayar ufti tahunan. Tentera Empayar jauh lebih hebat, megah, selaras meriamnya mampu memusnahkan dua puluh rumah batu sekaligus, badannya yang tegap, dan ia bagaikan tiada tandingan jika dibandingkan dengan tentera Muslimin yang kecil, dan kekurangan alatan peperangan. Walaupun begitu, tentera Muslimin tetap berpegang dengan janji Tuhan bahawa kemenangan adalah berpihak kepada mereka selagimana niat menegakkan sebuah empayar Islam yang Agung tidak lari.

Medan tempur telah dikenal pasti, terletak satu batu dari pintu Kota Permatang Pasir. Sejak kebelakangan ini, keadaan sekitar Kota Permatang Pasir menjadi kelam-kabut dan porak-poranda setelah kematian pemimpin kota itu, Hamdan akibat diserang hendap. Hamdan diserang oleh sekumpulan pemberontak yang diupah oleh empayar bertujuan untuk memeras ugut rakyat kota tersebut supaya berpaling tadah dan memberontak. Keadaan ini akan memberikan satu kelebihan buat empayar untuk menjajah Wilayah Mutiara daripada Raja Lim.

Maharaja Empayar Putrajaya, Maharaja Najib bersungguh-sungguh mahu menawan Kota Permatang Pasir ini kerana mahu menggugat seteru utamanya, Anwar. Anwar merupakan seorang pemimpin revolusi yang ingin menumbangkan Empayar Putrajaya yang dianggapnya sebagai zalim dan tidak bertamadun. Sasaran Kota Permatang Pasir begitu strategik kerana ia terletak di dalam Wilayah Permatang Pauh di mana gabenornya adalah Anwar.

Penduduk Kota Permatang Pasir kebanyakkannya bersiap sedia dengan bekalan untuk berhadapan dengan tentera Muslimin yang mewakili Raja Lim dengan pasukan tentera Empayar yang dihantar oleh Maharaja Najib.

Maharaja Najib telah memilih Panglima Rohaizat untuk mengemudi pasukan tentera Empayar. Pasukan tentera Muslimin pula dipimpin oleh Panglima Salleh, seorang saudagar.

Anakanda kepada Maharaja, Raja Muhyi telah lama menyebarkan propaganda kepada rakyat Kota Permatang Pasir supaya mereka belot dan memberontak sebelum mengupah sekumpulan pembunuh supaya membunuh pemimpin mereka. Propaganda ini terus-menerus ditiupkan untuk menimbulkan kebencian rakyat-rakyat yang sebelum ini menyokong pemimpin revolusi mereka, Anwar. Kesannya, ramai rakyat-rakyat terutamanya rakyat bawah naungan Empayar termakan dengan khabar angin yang ditiupkan itu.

Pasukan tentera Empayar kini sedang bergerak menuju ke Kota Permatang Pasir bagi memecahkan pintu kota. Pasukan Muslimin pula sedang menunggu bantuan pasukan tambahan daripada Kerajaan Darul Ehsan, Darul Naim, dan Darul Aman untuk berhadapan dengan tentera Empayar.

Kehadiran Syeikh Aziz, seorang ulama dan Khalifah Kerajaan Darul Naim di Kota Permatang Pasir tempoh hari dikatakan memberi semangat buat Panglima Salleh dan pemuda-pemuda yang menyertai pertempuran. Panglima Salleh berjanji akan mempertahan kota ini walaupun terpaksa membayar dengan darah dan nyawa. Keberanian Panglima Salleh ini menambahkan lagi semangat juang pemuda-pemuda yang bagai menggilakan syahid.

Sekiranya disingkap kembali, tentera Muslimin sebelum ini hampir tewas di Kota Manek Urai gara-gara rakyat kota tersebut terpedaya dengan propaganda yang dimainkan Empayar. Kali ini, mungkin pihak Muslimin terpaksa lebih berhati-hati dalam menangani propaganda yang tersebar.

Panglima Salleh kali ini menubuhkan kumpulan ilmuan dan pemikir bagi berhadapan dengan serangan lisan daripada pihak Empayar. Kumpulan ini cuba meyakinkan rakyat Kota Permatang Pasir bahawa mereka pasti akan diperintah seorang pemimpin yang zalim dan amanah sekiranya membiarkan tentera Muslimin kecundang. Perisik-perisik kumpulan ini cuba mengungkai peribadi panglima yang memimpin tentera Empayar bagi menawan kota ini.

Adakah tentera Muslimin berjaya menundukkan tentera Empayar yang dipimpin Panglima Rohaizat, seorang penipu dan tidak amanah? (klik di sini) Adakah propaganda Raja Muhyi berjaya melemahkan pemimpin revolusi, Anwar dalam usahanya yang mahu menumbangkan Empayar Putrajaya? Adakah Kerajaan Mutiara di bawah naungan Raja Lim akan tumbang sepertimana tumbangnya Kerajaan Darul Ridzuan pimpinan Sultan Nizar? Adakah mereka akan melaga-lagakan pembesar Kerajaan Darul Ehsan?

Ingatlah, tentera Badar mampu mengalahkan musuh yang tiga kali ganda lebih besar tatkala Ramadan. Ia sebenarnya adalah rahmat Allah ke atas para pejuang. Yang pastinya, tentera Islam kini tidak sabar menempa nama dan kejayaan yang bakal diraih ketika berpuasa Ramadan. Juga tidak sabar untuk gugur syahid di medan jihad. Takbir... Allah Akbar!

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

16 August 2009

Hanyut Dalam Angan-angan Daulah


Sejak Pilihanraya Umum ke-13 8 Mac 2008, negara kita bagaikan dilanda satu fenomena 'berpilihanraya'. Bermula dari satu pilhanraya kecil ke pilihanraya kecil yang seterusnya, rakyat Malaysia bagaikan tidak henti-henti menghadapinya.

Bermula dengan perletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi laluan buat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda '16 September'nya yang bermatlamatkan untuk mengambil alih teraju kepimpinan negara melalui 'pembelotan' 30 orang BN Backbenchers. Agenda ini tidak lain hanyalah satu mainan politik semata-mata, tiada apapun yang menjadi realiti. Setelah berjaya memenangi kerusi Permatang Pauh, Anwar terus dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Negara.

Pesta pilihanraya bagaikan tidak terhenti apabila Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail meninggal dunia ketika bermain badminton. Pilihanraya seterusnya diadakan pada awal tahun 2009 di mana calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas di tangan ADUN Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endot yang juga Bendahari PAS Negeri.

Kejayaan ADUN Wakaf Mempelam merampas kerusi Parlimen daripada genggaman BN merupakan satu-satunya kejayaan manis Pakatan Rakyat daripada kesemua pilihanraya kecil yang diadakan sejak Mac 2008.

Setelah penat berkempen di Kuala Terengganu, jentera parti-parti politik kemudiannya berhadapan dengan 3 pilihanraya kecil yang diadakan serentak bagi 3 kerusi, kerusi Parlimen Bukit Gantang, kerusi DUN Bukit Selambau, dan kerusi DUN Batang Ai.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong kerana kematian Ahli Parlimen PAS, Roslan Shaharum akibat serangan jantung pada 9 Februari. Kerusi DUN Bukit Selambau pula kosong akibat perletakkan jawatan wakil rakyat PKR, V. Arumugam yang mendakwa menerima banyak ugutan sepanjang menjadi ADUN, juga pada 9 Februari. Pembantu Menteri Sukan Sarawak, Datuk Dublin Unting kemudiannya meninggal dunia pada 24 Februari akibat strok, lalu terkosonglah kerusi DUN Batang Ai yang disandangnya.

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang yang terletak di Perak berkebetulan seiringan dengan Krisis Perlembagaan Perak yang berlaku ketika itu dengan pengisytiharan 2 orang ADUN dari PKR dan seorang dari DAP yang keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menjadi wakil rakyat bebas yang 'menyokong BN' (sungguh aneh kenyataan ini). Ramai politician dan penganalisis politik berpendapat bahawa Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang ini menjadi ukuran terhadap sokongan rakyat Perak terhadap Kerajaan Barisan Nasional Perak yang ditegakkan atas dasar mengkhianati hasrat dan pilihan majoriti rakyat Perak itu sendiri. Undi terhadap calon PAS di Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Besar kesepuluh yang digulingkan oleh BN meningkat hampir 2000 undi. Kempen BN ketika itu, "Memohon Restu Rakyat" bagaikan tidak direstui pengundi-pengundi di Bukit Gantang dan rampasan kuasa itu ibarat tidak mendapat 'berkat' rakyat. Wallahu a'lam.

Tiga pilihanraya ini tidak langsung merubah kedudukan Ahli Parlimen dan DUN yang terlibat.

Pilihanraya Kecil di Penanti dan Manek Urai menyusul kemudiannya. Kedua-duanya dimenangi oleh parti yang menyandangnya, PKR dan PAS.

Di Manek Urai, di mana ia dibawah seliaan Kerajaan Persekutuan melalui agensi KESEDAR dikatakan berjaya memberikan suntikan moral kepada penyokong BN kerana berjaya mengurangkan jumlah undi PAS yang banyak dan hampir berjaya menawan kerusi DUN tersebut. Ini membuatkan Tan Sri Muhyidin terharu kerana pertama kali diucapkan 'tahniah' kerana kalah pilihanraya. Pada saya, sebahagian besar pengundi di Manek Urai memiliki akal yang panjang. Mengapa saya berkata demikian? Lihatlah sendiri janji yang ditabur UMNO, sekiranya mereka menang pilihanraya ini, akan dibina satu jambatan menggantikan jambatan usang lama pada keesokkan harinya. Jika diundi PAS, pastinya mereka tidak dapat jambatan tersebut. So, apa salahnya diundinya calon UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat yang juga merupakan bekas (kalau tak silap saya) pegawai KESEDAR di mana beliau selalu bersama penduduk Manek Urai (maklumlah, Manek Urai di bawah seliaan KESEDAR) daripada mengundi calon PAS, seorang pemborong ikan. Apa yang ada pada seorang pemborong ikan berbanding seorang pegawai KESEDAR yang memiliki taraf pendidikan yang tinggi (inilah kempen yang dijalankan oleh UMNO yang mana menyerang peribadi calon lawannya).

Yang terbaru, Pilihanraya Kecil Permatang Pasir di Permatang Pauh. Permatang Pauh menyaksikan tiga pilihanraya kecil sejak Mac 2008 bermula dengan PRK Permatang Pauh diikuti PRK Penanti dan yang akan menyusul PRK Permatang Pasir pada bulan Ramadan ini.

Selamat berpilihanrayalah kepada semua calon dan parti politik. Ingat tatasusila dalam berkempen. Adab-adab sebagai seorang Muslim hendaklah dipelihara, terutama ketika berpuasa di bulan Ramadan. Jangan ponteng puasa semata-mata kerana penat berkempen. Sekiranya itu yang berlaku, ingatlah bahawasanya Allah swt sesekali tidak akan meredhai mereka yang demikian dan pastinya azab seksa-Nya amatlah berat buat si pemonteng puasa.

Saya bukan seorang yang suka berpolitik, cuma ada segelintir yang mengatakan saya seperti itu. Saya cuma mengambil tahu hal ehwal politik dan perjalanan pentadbiran negara, itu sahaja. Mahu tidak mahu, aspek politik juga perlu dilihat dari perspektif yang neutral.

Sekiranya ada yang mengatakan Barisan Nasionallah yang layak memerintah, itu hak dia. Sekiranya ada yang mengatakan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR-DAP-PAS yang benar dan layak memerintah, itu juga hak dia. Sekiranya ada yang mengatakan jangan asyik sebuk berpolitik nanti lupa akan kebajikan rakyat, itu juga hak dia. Yang penting, tidak lupa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, memilih wakil mereka yang benar-benar layak untuk duduk di kerusi. Mereka yang dipilih tidak semestinya mereka yang berpendidikan tinggi, tetapi mereka hendaklah memiliki pendidikan agama yang tinggi dan berpegang teguh dengannya serta tidak menggadaikan Islam (bukan menggadaikan Melayu). Setidak-tidaknya mereka yang cenderung kepada Islam, tidak semestinya hanya Muslim sahaja. Jika terdapat percanggahan wakil rakyat, mereka sepatutnya menggunakan pertimbangan akal yang waras yang berpandukan wahyu yang Allah swt turunkan.

Cumanya ada segelintir manusia yang menjatuhkan hukum kufur terhadap sistem demokrasi di Malaysia ini. Memang benar sistem demokrasi ini diadaptasi daripada sistem pentadbiran Barat yang mana rata-rata mereka berpegang kepada sistem kapitalis. Mereka sememangnya kufur kepada Allah swt. Tetapi adakah kita tidak boleh mengadaptasi apa-apa yang datang daripada mereka?

Sekiranya apa-apa yang berasal daripada kuffar Barat haram digunapakai, maka kita juga langsung tidak boleh bertapak di Malaysia. Mana tidaknya, kebanyakkan sistem di negara kita ini dasarnya adalah dasar Barat! Sekiranya kita terikat dengan perjanjian jual beli dengan pihak bank, dasar perjanjian itu adalah dasar daripada Barat, hanya yang Islamik pada nama dan sebahagian daripada pengamalannya. Sekiranya terdapat konflik, maka kita masih tertakluk kepada Common Law. Common Law inilah yang ditiru oleh kita daripada penjajah, British. Sekiranya begitu, bolehkah kita membuat 'pinjaman Islam' atau kaedah jualbeli? Secara kasarnya, TIDAK!.

Sebagaimana fatwa haram dikeluarkan oleh sesetengah puak dan pertubuhan terhadap demokrasi, begitu juga haramlah membeli kereta atau rumah dengan sistem jualbeli. Begitu juga dengan penggunaan wang kertas yang jelas bercanggahan dengan sistem dinar emas yang diamalkan ketika zaman hayat Baginda saw.

Akhirnya, mereka yang mengharamkan sistem demokrasi kuffar (pada mereka) turut menuduh UMNO sebagai sebuah parti sekular, asobiah, dan sebagainya (saya mungkin setuju dengan ini). PKR pula dituduh mereka sebagai parti sekular juga. MCA, MIC, dan DAP (serta parti yang lebih kurang dengan mereka) sebagai parti kuffur (ini saya setuju melalui dasar yang mereka gunakan).

PAS YANG BERGELUMANG DENGAN SEKULAR DAN KUFFAR

Apa pula pandangan mereka terhadap PARTI ISLAM SE-MALAYSIA, PAS?
Mereka berpandangan bahawa PAS sama sahaja dengan mereka. Mengapa? Sebab PAS berkomplot dengan mereka yang sekular dan kuffar. Penyertaan PAS ke dalam ruang lingkup politik tanah air tidak lain hanya untuk melukut di tepi gantang, tiada fungsi.

Mereka juga menuduh PAS Kedah kerana tidak mampu mengangkat pentadbiran Islam dan undang-undang Islam seperti hudud dan qisas (hanya ta'zir semata-mata walaupun ke atas jenayah hudud!). Pada saya, mereka ini jumud! Kerajaan PAS Kedah sebenarnya tiada kuasa untuk menguatkuasakan enakmen undang-undang hudud dan qisas kerana masih terikat dengan Perlembagaan Persekutuan di mana tiap-tiap hukuman dalam mana-mana enakmen dan ordinan hendaklah denda tidak melebihi RM 500 atau 6 bulan penjara. Lihatlah Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan PAS Terengganu sebelum ini yang telah meluluskan enakmen hudud negeri di mana enakmen itu akhirnya dimuziumkan oleh Perlembagaan Persekutuan itu sendiri dan ada juga kalangan munafik dan fasiq yang mahu menyaman Kerajaan PAS Terengganu kerana meluluskan enakmen tersebut!

Mereka menuduh PAS tidak mampu menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan arak kerana campurtangan parti-parti sekular dan kuffar ini (ini saya tak mahu ulas sebab pernah diutarakan sebelum ini, klik sini untuk ke artikel tersebut).

Kita ketepi dahulu halal-haram menyertai sistem demokrasi di Malaysia ini.

Kosongkan minda kita daripada fakta-fakta yang menyetujui atau menentang pengamalan sistem demokrasi ini.

Kali ini kita gunakan logik akal, apakah yang akan berlaku sekiranya tiada pihak khususnya pihak yang berdakwah tidak menyertai arus demokrasi 'kuffur' ini. Ia adalah menjadi satu kewajipan kepada kumpulan dakwah melalui jalur politik masa kini. Sekiranya dibiarkan, maka tiadalah walaupun satu tiang syariat yang dapat ditegakkan dalam dasar pentadbiran negara, hanya yang bersifat kosmetik semata-mata.

Sekiranya ada ulama yang benar-benar ikhlas berdakwah dalam jalur politik, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menempatkan diri mereka ke dalam kumpulan penggubalan perlembagaan, undang-undang, dan dasar-dasar dan seterusnya menjadi majoriti dalam kumpulan tersebut kerana berdirinya kerajaan berasaskan demokrasi berdasarkan daripada keputusan dan sokongan majoriti. Akhirnya negara akan terus bergelumang dengan kemaksiatan hasil daripada kegagalan umat Islam itu sendiri menggunakan saluran yang 'agak selamat' untuk merubah dasar dan pentadbiran kerajaan sesebuah negara.

Zaman ini, mahu tidak mahu, kita terpaksa juga menerima palitan najis maksiat daripada 'Asi (عاصي) sama ada suka ataupun tidak. Adakah kita berdakwah apabila lalu di hadapan kedai nombor ekor? Adakah kita menjelaskan keharaman riba apabila berhampiran dengan mereka yang terlibat dengan transaksi tersebut? Adakah kita mampu mengarahkan pramugari Muslim agar mengenakan pakaian menutup aurat? Adakah kita berupaya meruntuhkan empayar ekonomi Barat dengan agenda 'boikot' kita yang penerimaannya agak suram? Adakah kita mampu menggertak dunia dengan idea Daulah Islamiyyah seperti yang dilaksanakan ketika zaman hayat Rasulullah saw dan Khulafa-ur-Rasyidin dahulu? Adakah kita mampu? Adakah kita...?

DAULAH ISLAMIYYAH ATAU MIMPI INDAH?

Saya menyokong penubuhan Daulah Islamiyyah seperti yang pernah dilaksanakan oleh Rasulullah saw di Madinah al-Munawwarah dan Khulafa-ur-Rasyidin dahulu. Cuma, kita kini masih terikat dengan sistem demokrasi yang mereka gelarkan sebagai 'kuffur' itu. Apa cara lagi selain penglibatan dalam kancah 'peperangan' demokrasi. Mahu mengangkat senjata untuk menegakkan 'Daulah Islamiyyah'? Lihatlah Islamifobia yang masih menyelubungi masyarakat antarabangsa dan kaitan Islam dengan keganasan. Bagaimana pula menggunakan propaganda 'angan-angan' untuk menegakkan 'Daulah Islamiyyah'? Adakah ia berjaya menggerakkan umat Islam negara ini dalam merubah sistem dengan menggantikan Perlembagaan Persekutuan kepada 'Perlembagaan Syariah Islamiyyah' yang menjadi teras Daulah Islamiyyah yang diidam-idamkan? Kedua-duanya tidak akan mampu merubah (melainkan dengan izin Allah, tetapi ia pasti mustahil pada akal manusia). Satu-satunya cara, kita terpaksa berhadapan dengan musuh di medan demokrasi, di situlah pergerakan dan pasukan dakwah akan berhadapan dengan serangan bertubi-tubi pihak yang mahu menggagalkan usaha memartabatkan syariat.

Bagaimana pula isu PAS berkomplot dengan parti sekular (PKR) dan parti kuffar (DAP)? Itu hanyalah taktik peperangan. Dalam peperangan, kita perlu menggunakan segala peluang yang ada (asalkan ia tidak berlaku zalim) demi mencapai kemenangan dengan memacakkan kibaran bendera syariat di atas puncaknya. Saya yakin, sekiranya PAS gagal mendaulatkan syariat setelah berjaya menawan puncak pemerintahan di Malaysia bersama-sama pakatan PKR-DAP, pastinya mereka akan keluar daripada pakatan tersebut (seperti apa yang pernah dijanjikan oleh kepimpinan ulama' sebelum ini ketika memutuskan untuk bersama-sama PR). Ingatlah, PAS adalah parti pembangkang terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia, bukannya PKR mahupun DAP. Kerajaan yang dibina atas pakatan PAS dengan PKR-DAP pastinya runtuh sekiranya PKR-DAP menghalang hasrat PAS untuk mendaulatkan undang-undang Islam.

Tugas kita, bersama-sama dengan mereka yang berdakwah dalam bidang politik ini, bukan menyalahkan mereka.

Politician berperanan dalam politik. Hakim berperanan dalam kehakiman. Aktivis kemasyarakatan berperanan dalam isu sosial dan kemasyarakatan. Polis dan tentera berperanan dalam pertahanan. Penulis berperanan dalam penulisan. Usahawan dan tokoh korporat berperanan dalam ekonomi dan muamalat. Masing-masing ada peranannya yang tersendiri. Yang penting, kita bertindak sesuai dengan kedudukan kita. Sekiranya ia langsung tidak mendatangkan hasil yang dicita-citakan, maka hendaklah kita bertukar posisi kepada kedudukan yang sepatutnya supaya kita mampu merai kejayaan mencapai matlamat.

Bukannya cok cek berderai-derai, tapi tiada hasil. Eloklah dikuburkan sahajalah idea 'Daulah Islamiyyah' yang langsung tiada visi dan misi. Dan hentikan jualah menyalahkan pihak lain sekiranya kita sendiri berpeluk tubuh tanpa tindakan.

والله أعلم بالصواب

Parcel 9, KUIS, Bandar Seri Putra, Bangi

13 August 2009

Pergi Tak Kembali... Lagi...

Ustaz Asri Dalam Kenangan (3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009).

[DSC_7715.JPG]

Hari ini, negara kita kehilangan seorang lagi mutiara dalam perkembangan dan penyebaran dakwah, Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz Asri Ibrahim lebih kurang sejam lepas (sekitar 1130) akibat serangan jantung. Menurut berita online (klik di sini dan di sini, juga maklumat tambahan di sini), Allahyarham meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika memberi ucapan dalam sidang media program Syahadah di RTM Angkasapuri. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai Bangsar.

Satu lagi mutiara yang telah pergi meninggalkan kita.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri atas pemergiannya pagi tadi, semoga Allah swt merestuinya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan para syuhada'. Amien.
Al-Fatihah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfeeSRULfSjvm-6SDCQRPEezK8A6rS8SH7NzCL4GISrbflMrS2G5A93PAWFM1oJvNC58NLwiIWFel5Pm_DwXfiuN5xVFtengxMBRxNHhWbnIxnjg9zkoCvG0TQVxaRyORKxrweTkhyIJA/s320/alfatihah.jpg

Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang Selangor .


Bandar Bukit Mahkota, Bangi

11 August 2009

Maha Baikkah Allah?


Kalau Allah itu Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Pengasih, mengapa Dia Buat Neraka?

Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama.

Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

09 August 2009

Menghalalkan Pengharaman Arak

قال الله تعالى في كتابه العزيز
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يَسئلونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ ومنــفعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ويَسئلونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيــتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu "Apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)?" Katakanlah "Dermakanlah apa-apa yang berlebih daripada keperluan kamu." Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
AQ 2:219

Isu arak yang tengah panas di Selangor hendaklah difahami sebagai isu kawalan penjualan arak, bukan isu pengharaman arak. Arak adalah haram di sisi Islam. Meminum, menjual, mengangkat, dan apa-apa yang bersifat menyokongnya adalah haram dan berdosa besarlah bagi setiap Muslim yang melakukannya.

Jika sebuah negara itu penduduknya Islam semuanya, maka tidak boleh ada walaupun satu kedai yang dibenarkan menjual arak. Undang-undang Islam mengenainya adalah ketat seketat yang dikehendaki Allah, Tuhan yang menciptakan arak lalu mengharamkannya ke atas manusia.

Adapun jika sebuah negara umat Islam itu turut didiami non-Muslim yang menghalalkan arak dalam kehidupan mereka, maka hak untuk mendapatkan bekalan arak itu hendaklah diberikan. Oleh kerana wujud ketakutan ia mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam, maka penjualan dan pengedaran arak di kalangan masyarakat non-Muslim hendaklah dikawal oleh kerajaan yang memerintah.

Oleh kerana hampir tiada negara umat Islam hari ini yang tegak tanpa non-Muslim minority, maka undang-undang pengawalan penjualan arak haruslah diterima pakai dan hendaklah sentiasa disemak agar ia memberi dan menepati keadilan dan hak kepada semua rakyat.

Hikmah pengharaman arak adalah terlalu jelas. Allah swt menyebutnya dalam al-Quran agar ia jelas dan menutup kekeliruan manusia terhadap pengharamannya. Tidak ada agama yang tidak mengharamkan arak. Yang menjadikannya halal hanyalah penganut agama masing-masing bergantung kekuatan mereka mengamalkan agama mereka.

Di negara kita, arak adalah 'halal'. Kerajaan menjadikannya hasil mahsul ekonomi negara. Sedikit kawalan ke atasnya oleh undang-undang negara adalah sekadar untuk mengesahkannya sebagai 'halal'. Ia seperti undang-undang menyekat zina, riba' dan rokok. Barang halal yang terkawal, bukannya barang haram yang terkawal.

Justeru itu dalam Islam, ia adalah isu menghalalkan yang haram. Ia satu dosa besar dan dibalas kehinaan, kemurkaan, dan neraka Tuhan. Redha ke atas ketetapan ini juga adalah haram dan teramat besar dosa dan kehinaannya di sisi Allah swt. Justeru itu, sebarang usaha, seruan, dan sokongan ke atas pengharaman dan pengawalannya daripada berlegar-legar dalam kehidupan umat Islam di negara kita adalah wajib dan diganjari redha dan ganjaran Allah. Ia melepaskan kita daripada dosa yang dikembangkan oleh pemerintah Islam yang derhaka kepada Allah.

Ia bukan isu sensitiviti. Ia isu iman. Ia sama ada syurga atau neraka.

Undang-undang negara mengenai arak hari ini adalah menepati kehendak masyarakat non-Muslim yang langsung membuang hukum agama mereka berkenaan arak. Untuk mereka agama mereka. Tetapi agama mereka bukan untuk kita. Malangnya, pemerintah negara kita yang mengaku beragama Islam bertindak sebaliknya. Ia kemalangan yang menghinakan umat Islam di negara sendiri.

Kerajaan Kelantan yang diterajui YAB Tuan Guru Nik Aziz selama hampir 20 tahun telah menyaksikan peraturan ke atas kawalan penjualan arak dilaksanakan. Orang Islam dilarang menjual arak, apatah lagi meminumnya. Kebenaran menjual arak adalah terhad kepada sebilangan premis non-Muslim yang tertentu dengan syarat-syarat yang menjamin penyalah gunaannya yang boleh melibatkan umat Islam.

Selepas lebih 10 tahun perlaksanaan berjalan, masyarakat non-Muslim telah memohon supaya ditambah bilangan premis mereka yang dibenarkan menjual arak kerana bertambahnya kependudukan masyarakat non-Muslim terutama di bandar Kota Bharu. Kerajaan telah menyemak semula dan akhirnya meluluskan penambahan kouta selepas perundingan yang agak memakan masa kerana ketelitian termasuk soal-soal penyalah gunaan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Penguatkuasaan kawalan penjualan arak di Kelantan pada awalnya telah mendapat tentangan masyarakat non-Muslim yang bimbang hak dan kebebasan mereka dirampas. MCA pernah berhasrat menganjurkan pesta minum arak terbuka sebagai bantahan ke atas perlaksanaan enakmen tersebut, tetapi akhirnya dibatalkan apabila akur dengan tempelak YAB Tuan Guru yang tidak menghalang, malah menyuruh mereka berpesta minum sampai pecah perut. Ketegasan YAB Menteri Besar Kelantan yang mahukan perlaksanaannya berjalan akhirnya telah diterima baik dan berjalan lancar.

Malah, selepas perlaksanaan berjalan, YAB Tuan Guru menerima panggilan dan ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga banyaknya daripada masyarakat non-Muslim terutamanya golongan wanita yang mendakwa rumah tangga mereka lebih berseri tanpa arak dan judi yang menghantui suami dan keluarga.

Masyarakat Islam selamat daripada mendekati dan didekati arak dan masyarakat non-Muslim mula belajar budaya hidup sihat tanpa arak melampau dan mula memahami sensitiviti umat Islam terhadapnya. Yang lebih penting, mereka mula mengenali bahawa masyarakat Melayu yang mengharamkan arak adalah jauh lebih menyayangi mereka berbanding masyarakat Melayu (baca UMNO) yang menghalalkan arak.

Pastinya arak bukan lagi punca dan ancaman besar kerosakan akhlak dan sosial di Kelantan.

Beberapa hari ini, kita digembarkan dengan isu arak yang berlaku di Selangor yang diterajui YAB Tan Sri Khalid. Kita semua berhak bimbang dan bertindak balas.

Perlaksanaan nilai Islam oleh PAS di Selangor tidak akan semudah di Kelantan, malah kesukarannya mudah pula dilihat. Justeru itu, jalan terbaik ialah berusaha mengurangkan jurang selisih melalui perbincangan yang harmoni dan berterusan, selagi kedua-dua pihak bersetuju begitu.

Mungkin wujud beberapa kesilapan bersifat teknikal daripada PAS. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila–bila sahaja kerana kesilapan kecil adalah tanda kita ini manusia, bukan malaikat. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pernah dicabar di mahkamah oleh pemilik premis muslim yang mencabar peraturan Islam yang dilaksanakan. MBKB-BRI kalah dan terpaksa membayar puluhan ribu ringgit. Tetapi PAS telah menang dalam politik dan kesungguhan untuk melaksanakan kewajipan ketika berkuasa.

Daripada kesilapan yang diakuri, banyak sejarah kejayaan yang sudah diukir daripadanya.

DAP pula harus belajar untuk mengendurkan ketegangan yang tidak perlu. Akur bahawa kawalan penjualan arak adalah hak umat Islam yang terabai. Selama ini, UMNO menggadai dan menjual hak ini sekian lama demi kuasa serta menjual agama semurah yang mereka mahu.Kita akur bahawa banyak hak orang Islam dan hak non-Muslim telah dilenyapkan selama ini.

Usaha PAS Selangor semestinya perlu disokong semua pihak, tidak kira sama ada dia PAS, DAP, UMNO, MCA, dan sebagainya. Jika ada parti politik merasakan ia tidak menyebelahi mereka, maka mereka bukanlah parti rakyat kerana kawalan penjualan arak adalah hak rakyat dan mengharmonikan rakyat. Arak, bahayanya tiada yang menyangkalnya.

Artikel ini diadaptasi.
Pautan tambahan klik di sini.
Sila rujuk al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca petikan ayat yang diberikan bagi mengelakkan daripada kesilapan dalam pembacaan.
Bandar Bukit Mahkota, Bangi

H1N1 @ KUIS? Part 4

Sambungan daripada artikel sebelum ini.
Untuk perhatian, artikel ini tiada kena mengena dengan H1N1 seperti artikel siri pertama dan kedua, cuma catatan diari penulis semata-mata. Harap maklum.

Sekarang ini, sudah 103 jam saya bercuti gara-gara wabak Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai selesema babi. Bosan, memang bosan!

Sekiranya kampus dibuka, sekurang-kurangnya saya boleh menghabiskan masa di
library mengumpulkan bahan-bahan ilmiah untuk menyiaplan tesis. Sekiranya kampus dibuka, sekurang-kurangnya saya terasa bagaikan ada satu tanggungan yang berat di belakang badan saya untuk dipikul, maklumlah kena jumpa penyelia, menyiapkan latihan assignment dan task yang diberikan melalui bahan-bahan yang terdapat di dalam khazanah KUIS sendiri.

Semua itu dugaan, ujian Tuhan.

Sebelum itu, marilah kita sama-sama memanjatkan doa khas buat Ustaz Fauzi, pensyarah Akademi Islam kerana beliau didapati positif H1N1, semoga beliau bebas dan lekas sembuh serta dibebaskan daripada wabak selesema babi tersebut. Amien.

Sabtu, 8 Ogos, saya bersama Solihin dan Faris ke Bengkel Keusahawanan (Workshop on Entrepreneuship - betul tak saya eja?) di Auditorium Mini UIAM, Gombak. Alhamdulillah. Elok jugalah kami mendaftar seminggu sudah walaupun ketika itu kami sendiri tidak yakin dan 'berhajat' untuk ponteng sehari kelas pada pagi Sabtu. Kita merancang, Tuhan yang menentukannya.

Alhamdulillah, bengkel yang kami hadiri sememangnya berbaloi dengan kadar bayarannya, hanya RM 5. Bengkel ini sebenarnya menanam azam kepada peserta agar cuba membina kehidupan sendiri dan bebas dalam berkehidupan.

BEBAS DALAM KEHIDUPAN?

Ya! Bebas dalam kehidupan. Anda tahu apa dia bebas dalam kehidupan? Bebas untuk make own decision, bebas to be with beloved wife (or wives) and kids, bebas menentukan kewangan, bebas bekerja, bebas...

Seperti artikel yang pernah saya post sebelum-sebelum ini, harta bukan segala-galanya dan dengan hartalah, manusia lupa kepada Penciptanya. Yes! They forgot to Almighty God! Tetapi
adakah harga haram dimiliki? Absolutely not! Harta tidak haram. Buktinya, disyariatkan kepada kita agar mengeluarkan sedikit daripada harta yang kita miliki untuk zakat, untuk lapan jenis orang yang terpilih, yang layak diberikan sedikit harta tersebut sebagai saraan mereka. Sekiranya umat Islam diharamkan daripada memiliki harta yang bertimbun-timbun, diharamkan daripada mencari harta sebanyak mungkin, nescaya amat sukar untuk lembaga zakat untuk mengutip bayaran zakat oleh kerana amatlah sedikit mereka yang memiliki harta yang banyak dan amatlah sedikit kuantiti yang dibayar setiap pembayar zakat...

Berhadapan dengan realiti dunia sekarang, kita sepatutnya tidak lagi berpegang dengan kata-kata seumpama ini (pernah saya sebutkan sebelum ini dalam blog ini):

Belajar tinggi-tinggi
Sampai masuk universiti
Keluar nanti dapat kerja besar, gaji lumayan.

Betulkah?
Berapakah gaji bulanan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda? Cuba lihat gaji yang ditawarkan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda (klik sini untuk pautan SPA):

Akauntan
RM 1 700 - RM 2 500
Arkitek
RM 2 000
Juruaudit
RM 1 700
Juruukur
RM 2 000
Leftenan Maritim
RM 2 000 - RM 2 700
Pegawai Anti Dadah/Arkib/Belia dan Sukan/Hal Ehwal Agama Islam/Keselamatan/Pembangunan Masyarakat/Penerangan/Penerbitan/Penyelidik Sosial/Syariah
RM 1 700 -RM 1 850
Lain-lain Pegawai
Sekitar RM 1 700 - RM 2 500
Penguasa Bomba
RM 1 700 - RM 2 100

Secara puratanya (saya lihat dengan mata kasar, bukan dengan pengiraan), gaji yang dibayar pihak kerajaan adalah sekitar RM 1 800 sebagai gaji minimum.

Ini adalah gati pokok yang diterima. Bagaimana pula dengan pembelanjaan? Bayangkan...

Rumah
sewa
RM 500 (rate paling rendah sekitar kawasan KL dan Lembah Kelang)
Ansuran/jualbeli kereta
RM 400
Minyak
RM 150+
Bil ultilities, cukai pintu/tanah, astro, broadband streamix dan sebagainya
RM 200+
Barang dapur/basah
RM 400+ (paling cikai)
Aksoseri/barang mandi
RM 100+/-
Paling penting, mak ayah
RM 300 (sememangnya tidak wajar hanya sejumlah ini disalurkan kepada parents)
Jumlah
RM 2 050++

Lihat gaji minimum, hanya RM 1 800 sahaja. Maknanya setiap bulan kita terpaksa kredit sejumlah lebih kurang RM 250 dan mungkin lebih lagi. Sebab apa? Sebabnya, expensive bulanan kita more than we earn per month. Itu belum termasuk non-expected expensive yang mungkin memaksa kita mencatu kewangan bulanan seperti saman jalan raya, kemalangan, jatuh sakit, dan sebagainya. Dari mana pula wang mahu kita korek?

Lihat iklan-iklan yang diiklankan di atas batu jalan, "tukar tiub? tel 01X-XXXXXX" dan sebagainya. Speaker pertama bengkel tersebut, Encik Aslam membongkar, sehari pekerja yang bekerja menukar tiub tayar motosikal yang mengiklankan iklan tersebut menerima sekurang-kurangnya 8 panggilan (sekurang-kurangnya, malah sebenarnya lebih lagi) dan setiap tiub yang ditukar dikenakan cas sebanyak lebih kurang RM 25 sedangkan kos yang ditanggung mereka hanya sekitar RM 5. Mereka bekerja setiap hari termasuk weekends dan cuti umum. Cubalah kira berapa yang mereka untung. RM 20 (untung bersih bagi setiap tiub yang ditukar) × 8 orang (costumers per day) × 30 hari (a month). Mereka boleh untung minima RM 4 800 sebulan malah ia sebenarnya lebih lagi. Mereka yang secara zahirnya kotor, selekeh, jijik, dan melakukan kerja yang dianggap low standard oleh kebanyakkan orang Melayu memperoleh sekurang-kurangnya RM 5 000 per month sedangkan eksekutif makan gaji yang bekerja di dalam peti sejuk (office berair-cond) hanya memperoleh sekitar RM 1 800 hingga RM 4 000 sebulan. Orang yang menukar tiub tayar motosikal dikatakan low class dan low standard. Adilkah sekiranya kita gelarkan eksekutif berpelajaran tinggi ini sebagai low mentality kerana memandang rendah penukar tiub tayar motosikal?

Itulah realiti hidup sekarang. Tidak semua graduan undang-undang bekerja sebagai lawyer. Tidak semua graduan IT bekerja sebagai pakar teknologi maklumat. Tidak semua graduan islamic studies menjadi pegawai agama. Tidak semua graduan engineering menjadi engineer. Tidak semua graduan ekonomi menjadi economist. Itulah realiti zaman sekarang.

Kerana apa terjadinya sedemikian rupa? Kerana peluang yang cuba direbutkan itu dinisbahkan seperti 1:5. 1 itu peluang manakala 5 itu graduan.

Mengapa? kerana peluang yang sedikit itu langsung tidak mahu dikembangkan atau ditambah.

Siapa yang bertanggungjawab untuk menambahkan peluang itu? KITA sendirilah, siapa lagi. Mengapa mahu lagi diharapkan peluang makan gaji bulan-bulan itu yang bagaikan merebut seketul peha ayang goreng yang rangup daripada 4 abang gagah juga lapar yang kelihatan mahu meratahnya? Itu silapnya kita.

Kita mengharapkan kerja punch card 8.30 pagi dan pulang selepas jam 5 petang.

Banyak kurangnya kita bekerja makan gaji seperti ini. Masa bersama keluarga amat kurang, tiada kebebasan dalam mengumpul rezeki, hanya diberikan jumlah cuti yang sedikit, dan sebagainya.

Jadi, fikir-fikirkanlah. Mahu terus makan gaji dengan suasana iklim ekonomi yang tidak menentu ataupun menjana dan membuka peluang pekerjaan kepada yang lain dengan margin keuntungan yang tinggi.

Itu serba sedikit yang saya pelajari dalam bengkel tersebut.

Sementara cuti masih berbaki, saya merancang untuk memenuhinya. Ia lebih baik berbanding jikalau saya hanya terperap di rumah dan hanya terus surf internet berpanjangan.

Cuti H1N1 yang menyusahkan. Walaupun saya bersyukur kerana diberikan cuti, tetapi ia suatu yang membosankan. Ya Allah, penuhilah hati hamba-Mu ini daripada kekosongan.

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

08 August 2009

H1N1 @ KUIS? Part 3

Sambungan daripada artikel sebelum ini.
Untuk perhatian, artikel ini tiada kena mengena dengan H1N1 seperti artikel siri pertama dan kedua, cuma catatan diari penulis semata-mata. Harap maklum.

والتين والزيتون وطور سينين وهذا بلد الأمين لقد خلقنا الإنســـن في أحســـن تقويم ثم رددنــــه أسفل ســـــــفلبن إلا الذين أمنوا وعملوا الصـــلحـــت وتواصو بالحق وتواصو بالصبر

Hari ini dah lebih 79 jam saya bercuti kerana kampus induk KUIS diarah tutup oleh Kementerian Kesihatan akibat wabak selesema babi H1N1.

Bosan. Semalam (Khamis, 6 Ogos), saya baru ke pejabat Amin untuk mem'booking' special pakage umrah daripada syarikat... Apa ya nama syarikat tu? Insya-Allah, sekiranya saya berpeluang, saya akan berlepas ke tanah suci Mac tahun hadapan. Doakan saya tau!

Hari ini (Jumaat, 7 Ogos), saya mengambil keputusan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid di sebuah pekan berhampiran dengan kampus saya. Asalnya saya tidak mengetahui Masjid al-Azhar KUIS dibuka untuk solat Jumaat kerana setahu saya, kawasan kampus KUIS telah di'seal' daripada digunapakai termasuklah masjid. Rupa-rupanya, tidak. Masjid itu dibuka untuk solat Jumaat. Tidak mengapalah. Alang-alang saya sudah tiba di masjid ini, eloklah saya terus bersolat Jumaat di sini.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma, ada sedikit 'masalah teknikal'. Siapa boleh 'takhrij' ayat al-Quran ini berada pada kedudukan mana:

والتين والزيتون وطور سينين وهذا بلد الأمين لقد خلقنا الإنســـن في أحســـن تقويم ثم رددنــــه أسفل ســـــــفلبن إلا الذين أمنوا وعملوا الصـــلحـــت وتواصو بالحق وتواصو بالصبر

Dapat dicari kedudukannya di dalam al-Quran? Siapa dapat saya beri RM 1000 beserta hadiah 'misteri'. Mustahil ayat ini dapat ditemui di dalam al-Quran. MUSTAHIL sama sekali. Mungkin imam itu tersalah dan tercampur-adukkan antara surah al-Thin dengan surah al-'Asr. Itu pada pemerhatian sahabat saya yang bersama-sama saya ketika itu...

Biarkanlah. Dia tersilap. Saya menaip ini bukan mahu memperbesar kesalahnnya, tetapi supaya semua termasuk diri saya agar berhati-hati apabila membaca ayat-ayat suci al-Quran agar tidak 'terjerumus' ke dalam surah yang lain.

Petang itu saya terus ke Putrajaya, melepaskan kebosanan hidup yang tiada hala tuju (sebenarnya ada, cuma bosan duduk terperap di rumah). Kalau ke Putrajaya, hala tuju saya (selain Presint 1 yang menempatkan Masjid Putra) ialah Alamanda Putrajaya.

"Syahmi, kau pergi Alamanda ker?"

"Tak boleh pergi ker?"

Biasalah tu. Ramai tidak menyangka saya begini. Apa salahnya pergi ke Alamanda? Haram ke? Kalau pergi disko, confirmlah haram. Kalau Alamanda?

Saya suka bersiar-siar melihat pelbagai jenis 'habitat' dan 'hidupan' yang bernama manusia 'berkeliaran' di sesuatu 'lubuk' atau 'paya'. Bukan mencuci mata! Sekali lagi saya ulang, BUKAN MENCUCI MATA!

Cuma satu saya tidak berpuas hati terhadap Alamanda.

Apa dia?
Suraunya.

Masya Allah. Sempit. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kesukaran untuk menunaikan solat fardu Maghrib ketika itu. Tidak seperti dulu, saya kekadang terpaksa menunggu sehingga ke 8.15 untuk menunaikan solat Maghrib. Sebab utama ia jadi begitu ialah mereka terlalu 'alim' dan wara'. Kebanyakkan solat yang dilaksanakan pada 30 minit pertama (sekitar 7.30 sehingga 8.00) dilaksanakan dengan berjemaah. Alhamdulillah. Tetapi berpada-padalah. Ada imam yang (mungkin) berlagak 'alim' membaca surah-surah yang panjang dalam kedua-dua rakaat! Laa haula walaa quwwata illa billah! Orang kemudian beratur panjang sehingga ke luar pintu surau menunggu sheikh kabeer (imam besar) ini selesai menunaikan solat. Itu belum cukup lagi 'kewarakannya'. Selepas memberi salam (rukun solat kesecond last), ditibainya doa berjela-jela. Astaghfirullah, kami berapi tunggu di luar pintu. Terkadang juga saya terpaksa solat Maghrib betul-betul (hampir) pada sempadan waktu solat Isyak gara-gara sheikh kabeer yang dijemput 'tanpa diduga' ini.

Membaca surah digalakkan, berdoa lepas solat juga digalakkan (ada sesetengah orang tidak bersetuju kata saya ini), tetapi letakkanlah pada tempat yang betul, bukan keadaan seperti ini. Kasihankanlah mereka yang terkemudian. Mungkin disebabkan kitalah, ada remaja muda mudi yang malas melakukan solat.

Sebab apa?
Sebab tidak suka berasak-asak dalam kesesakan. Agak-agaklah dalam berdoa. berdoa yang penting-penting sahaja. Ingat, surau itu bukan hanya untuk jemaah kita sahaja, ada jemaah lagi yang menunggu.

Lewat jam 10.30, barulah saya bertolak pulang, itu pun setelah kepala pening-pening, pening melihat gelagat berbilangan couple yang tak tahu malu berpegangan tangan. Wallahu a'lam, sudah berkahwin atau belum itu di luar kotak pemikiran saya. Sekali imbas macam belum kahwin. Itulah masalah muda mudi. Yang HARAM itu dikejar, bila sudah menjadi HALAL, mahu juga dicari yang HARAM dan meninggalkan yang HALAL.

Diri ini? Setakat ini, hanya mahukan yang halal sahaja. Yang haram? Mana ada manusia yang tiada nafsu? Jadilah manusia yang gagah bak kata Nabi saw. Siapa manusia itu? Manusia gagah bukanlah manusia yang kuat fizikalnya tetapi MANUSIA YANG BERJAYA MENG-CONTROL NAFSUNYA daripada melakukan maksiat kepada Allah swt.

Penat... Penat berjalan bermula lepas solat Jumaat... Penat menaip, kepala dah pusing dan teringin untuk berehat. Pukul berapa ya sekarang? Wah, sudah 1.31 pagi... Tutup lampu and turn off my notebook. Okay. Benar-benar mahu berehat.

Selamat malam semua...

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

05 August 2009

H1N1 @ KUIS? Part 2

Sambungan daripada artikel sebelum ini.

Hari ini, saya tertunggu-tunggu laporan berita online arus perdana mengenai penularan wabak Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai selesema babi.

Semalam, berita penutupan 2 kem PLKN dan Kolej Shahputra, dan tengahari tadi pula diumumkan penutupan Kolej Universiti Insaniah kampus Alor Setar.

Menunggu-nunggu bilalah pihak-pihak media nak melaporkan penutupan KUIS?

Dan akhirnya KUIS terkeluar juga di Bernama diikuti Berita Harian Online dan Utusan Malaysia Online.

Wabak selesema babi ini begitu cepat penularannya, sehinggakan manusia sukar untuk mengawal. Ada yang mengatakan ia angkara Yahudi yang menyerang apa yang mereka gelar sebagai 'kambing hitam' dalam kitab mereka dengan senjata biologi. Benar atau tidak dakwaan ini, kita serahkan kepada Allah swt kerana ia semua terselindung di sebalik perancangan licik Yahudi la'natullahi aleyhim ajma'een.

Ada juga yang mengatakan bahawa institusi perubatan dan kesihatan dari Barat yang ingin mengaut keuntungan daripada vaksin yang 'bakal' dihasilkan. Setelah penularan wabak selesema babi ini meluas di serata dunia serta angka kematian meningkat saban hari, maka dipromosikan vaksin ini. Wallahu a'lam. Ini pun terselindung disebalik muslihat jahat pihak-pihak Barat. Cara sebegini lebih mudah difahami sekiranya kita menonton filem Cicak Man I di mana Professor Klon menyebarkan sejenis virus bertujuan untuk menjual vaksin yang 'kononnya' dihasilkan untuk mengekang penularannya. Sedangkan vaksin itu dihasilkan sebelum disebarkan virus yang boleh membunuh bertujuan untuk mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Bagaimana selesema babi boleh tersebar di kalangan manusia sedangkan virus H1N1 (seperti apa yang pernah saya baca) telah lama dikesan oleh saintis dihidapi oleh perumah asal virus itu, babi?

Ini semua kerja Tuhan. Selepas tragedi tsunami penghujung tahun 2004, masing-masing takut dengan malapetaka yang menimpa itu dan masing-masing kembali kepada Tuhan, menginsafi kesalahan yang telah dibuat selama ini.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/flu%20babi/abc_flu_090526_mn.jpg
Tetapi...
Berapa lamakah ia dapat bertahan? Tidak sampai setahun! Selepas itu, manusia, khususnya umat Islam yang terselamat daripada lemas dihanyutkan arus tsunami, lemas dihanyutkan arus duniawi. Mereka kembali leka dan alpa dengan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Selepas itu, H5N1 ataupun selesema burung pula menyerang. Selepas itu Chikungunya pula. Bezanya H5N1 dan Chikungunya berbanding selesema babi ini ialah kekuatan serangannya. Penularan kedua-dua virus ini tidaklah sehebat H1N1. Umat Islam masih tidak dapat membaca amaran dan peringatan dari Tuhan akibat daripada kelalaian mereka. Kita lihat pula kesan H1N1 ini, adakah kita masih lalai ataupun mengambil jalan kembali kepada Tuhan. Pilihan diberi oleh Tuhan kepada kita, hanyut dengan kelalaian ataupun mentarbiyyah diri serta tazkiyyah an-nafs supaya hati kita lebih bersih dan suci.

Ini peringatan untuk diri saya, saudara-saudari pembaca, rakan sahabat, semua. Jangan biarkan diri kita hanyut dengan mainan dunia. Doakan semoga Allah swt menyelamatkan kita semua daripada wabak ini, Amien.

Aktikel ini akan bersambung...

Berita
KAMPUS KUIS DITUTUP SEHINGGA 10 OGOS

BANGI, 5 Ogos (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menutup kampusnya di Bandar Seri Putra di sini, bermula semalam sehingga 10 Ogos ini, selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan mengalami jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) KUIS Mohd Khairi Hussin dalam satu kenyataan hari ini berkata 6,000 pelajar institusi itu sudah diarah pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata langkah penutupan kampus itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan.

"Pelajar yang dijangkiti penyakit berkenaan serta pelajar yang diarah pulang juga dinasihati supaya berdisplin dan mematuhi arahan kuarantin yang ditetapkan Jabatan Kesihatan," katanya.

Setakat ini 80 pelajar dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan jumlah itu mungkin meningkat kerana ujian makmal masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam serta mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit itu.

Sumber:
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Berita sama dari akhbar yang berlainan:
Berita Harian Online Utusan Malaysia Online

Bandar Bukit Mahkota, Bangi

04 August 2009

H1N1 @ KUIS?

Seperti biasa, saya bertolak ke KUIS dari rumah.
Bila tiba di pintu masuk utama, keadaan KUIS sungguh aneh. Selalunya, mesin ATM yang ditempatkan setentangan dengan pondok pengawal sesak dengan pengguna yang mahu mengeluarkan tunai, tetapi kini lengang! Wau! Ajaib, memang ajaib... Adakah students KUIS kini lebih berjimat berbanding apa yang saya tau?

Bukan sekadar mesin ATM sahaja yang lengang, jalanraya yang menghubungkan kampus induk KUIS ini dengan Persiaran Kolej tidak sesebuk biasa. Apa kena dengan KUIS???

Saya terus ke Bangunan Akademi Islam yang terletak bersebelahan dengan Masjid al-Azhar KUIS untuk bertemu dengan penyelia saya, Ustazah Zaharah atau lebih dikenali dengan Ummi. Pergh... Macam minggu lepas, dia tiada di pejabatnya walaupun tercatat di jadualnya ketika itu waktu untuk konsultasi.

Memang menghampakan. Datang tetapi beliau tiada di pejabatnya. Assobru minal imanlah katakan. Balik dengan hampa.

Macam biasalah, rebahkan badan dan berdengkur... Itulah kerja apabila sampai ke rumah, lebih-lebih lagi kalau ada masa free macam ini.

Pukul 5 petang, isi rumah riuh setelah housemate balik dari 'kelas'. Apa lagi, masing-masing berteriak "KUIS cuti ooi!".

APA? KUIS CUTI?

Pergh. Lagi lambatlah dapat disiapkan thesis kalau KUIS cuti...

Tapikan...
Macam tak percaya aje dengar apa yang kawan-kawan khabarkan itu.

Operasi KUIS ditutup mulai 4 Ogos, jam 5 petang sehingga 10 Ogos 2009 untuk menangani penularan virus H1N1.

Dulu, masih segar diingatan, virus babi ni bermula jauh dari depan mata, maklumlah ia berada di Mexica. Virus selesema burung H5N1 pun tak berjaya membuatkan operasi KUIS lumpuh seperti apa yang penyakit babi sudah buat hari ini. Tup-tup, dah sampai tak sampai sejengkal.

Inilah kuasa Allah swt. Sekiranya mahu Dia lemparkan penyakit dari planet Pluto yang tiada siapa pernah sampai itu ke Malaysia, ke atas meja makan kita, tetap benda itu sampai walaupun mustahil pada akal manusia yang cetek. Semoga kita dapat mengharunginya dengan tabah.

Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami keafiatan dan kesihatan, dan jauhkanlah kami daripada wabak penyakit. Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang bersabar dan bertakwa.
Amien.



Bandar Bukit Mahkota, Bangi

03 August 2009

Sembunyikan Terus Gula Selamanya

Asal dekat nak raya, mulalah kedengaran masalah bekalan makanan, ada yang kekurangan, ada yang harga cuba dinaikkan, ada yang katanya ditindas satu pihak, dan sebagainya. Natijahnya, hanya satu pihak yang memonopoli sumber makanan tersebut. Kerajaan pula, apa tugasnya? Seperti biasalah, menjadi pak turut kepada si pemonopoli bekalan makanan dengan menaikkan harga syiling barang-barang tersebut. Kita pula? Masih lagi terpekik-pekik mengatakan ia membebankan, tapi apa pula tindakan kita? Pernahkah kita menggunakan kuasa pembeli bagi menekan peniaga, pemborong, pengeluar, pemonopoli, dan kerajaan dalam isu ini? Sekiranya ada, ia amatlah sedikit dan langsung tidak memberikan sebarang kesan terhadap mereka.

Antara makanan yang sering dimanipulasikan oleh pemonopoli ialah gula.

GULA?

Sebut sahaja GULA, semua orang akan terbayang ia adalah sesuatu yang manis dan banyak digunakan dalam penyediaan makanan. Gula digunakan oleh rata-rata rakyat Malaysia dan penggunaannya amatlah meluas.

Bayangkanlah. Dalam kehidupan seharian kita, berapa banyak gula yang kita ambil? Pernahkah dikira berapa banyak? Secawan teh atau kopi sahaja sudah mengandungi beberapa sudu gula. Itu belum melihat makanan yang kita makan... Dalam erti kata yang lain, memang satu pek gula yang dijual di kedai itu adalah bersamaan dengan kuantiti ia memasuki badan kita dalam masa hampir sebulan. Banyakkan?

Dari segi kesihatan, pengambilan gula yang berlebihan memang akan memudaratkan sistem tubuh badan dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Ini kerana gula yang diambil dan dimakan akan bertukar menjadi kalori atau lemak di dalam tubuh badan yang nyata akan membahayakan sistem tubuh badan. Oleh itu kita dapat lihat, orang yang suka dan kuat makan makanan yang manis ternyata mempunyai badan yang agak besar dan gempal dan ia akan bertambah besar dan gempal apabila si gempal tersebut kurang aktiviti yang sihat seperti bersukan.


Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari sekelian mengenai gula. Selepas ini, anda mungkin boleh mengurangkan rungutan anda sekiranya berlaku lagi masalah kekurangan bekalan gula di pasaran...

GULA DAN BAHAYANYA

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti:
1. Glukosa
2. Fruktosa
3. Laktosa
4. Maltosa
5. Sukrosa
6. Sirap Glukosa
7. Sirap maple
8. Molases
9. Sirap hitam
10. Sirap kencana
11. Dektrosa
12. Sorbitol


Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera (adoiiii... sundae McDonald's tu sedaplaaaa...) - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Senang kata, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Kesannya, insya-Allah, anda pasti tidak akan merungut lagi bila tiba time kekurangan bekalan gula di pasaran.

Bandar Bukit Mahkota, Bangi