Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

30 March 2020

Catatan PKP Siri 1: Hari Ke-13

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Gambar diambil di sini.
Hari ini, sudah masuk hari ke-13 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP. Kenapa kerajaan melaksanakan PKP? Kerana kerajaan nak mengekang tersebarnya virus yang kini sudahpun diisytiharkan sebagai pandemik, virus korona yang mana juga dikenali sebagai Covid-19.

26 March 2019

Saingan AFC 2020 Menentang China

Sumber gambar di Twitter.
Tahniah buat pasukan Malaysia Bawah 23 yang seri ketika berhadapan dengan China dalam perlawanan akhir Kumpulan J saingan untuk AFC 2020 yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

20 June 2016

Bonus Dan Tayar

Ramadhan Kareem.

Allahu Akram...!

Salam Ramadan 1437H.

Hari ni kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ya...?
Alhamdulillah, hari ini (Isnin, 20 Jun 2016), Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Azmin bin Ali mengumumkan tiga inisiatif kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor.

Tiga inisiatif tersebut ialah: bonus gaji 1.5 bulan yang akan dibayar pada 1 Julai 2016; kenaikan gaji sebanyak dua kali yang akan bermula Julai ini; dan kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

Alhamdulillah, rezeki lebih untuk Raya.
Tiga inisiatif ini diumumkan selaras dengan tema kerajaan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" yang mana kerajaan 'ingin' memulangkan semula hasil mahsul yang diperoleh kerajaan kepada rakyat untuk rakyat Selangor.

Pengumuman ini dibuat selepas Kerajaan Negeri berjaya mengutip RM 1.65 bilion, melepasi separuh daripada sasaran unjuran dalam Belanjawan 2016 Negeri Selangor.

Selain itu juga, rizab negeri pula melonjak daripada RM 3.6 bilion kepada RM 4.034 bilion pada 16 Jun 2016.

Semua ini nikmat kelebihan daripada Tuhan.

Jangan ditanya mengapa rakyat Selangor senyum hingga ke pipi.
Cerita pasal pemberian bonus, tanpa diduga, ketika dalam perjalanan ke sekolah, tayar kereta saya pecah. Eh, dia pun macam 'tahu' je saya akan menerima pemberian tu.

Semua itu dugaan daripada Allah.

Tayar pecah, perlu diganti.
Orang bertakwa itu belum dikira bertakwa sehinggakan dia diuji.

Ujian tayar pecah ni sikit je berbanding ujian yang Allah turunkan buat ulama-ulama silam, sehingga mempertaruhkan jiwa dan raga mereka untuk mempertahankan Islam. Walaupun kecil, mudah-mudahan ia mampu mendidik jiwa ini supaya bersabar, lebih-lebih lagi ketika berpuasa dan di bawah terik mentari. Fuh...

Tinta mencoret: Tahniah Selangor. Moga berkekalan Rahmat daripada Allah.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Asus Zenfone 4

07 February 2016

Aku Nak Jadi MB...!

قال الرسول صلى الله عليه وسلّم
إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
قال كيف إضاعتها يا رسول الله؟
قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersabda: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu sahajalah kedatangan Hari Kiamat. (Seorang sahabat) bertanya "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya (bukan bidangnya), maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
HR Bukhari, Ahmad, Baihaqi, dan Ad-Dailami

22 October 2015

Peperiksaan Dan Jerebu

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) selamat sudah diadakan di seluruh negeri Selangor. UPSR telah dijadualkan berlangsung bermula 8 sehingga 10 September 2015 manakala PSRA pula dijadualkan bermula 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Walau bagaimanapun, peperiksaan bagi matapelajaran Akhlak dan Sirah yang berkod AS01 yang pada asalnya dijadualkan pada 28 September 2015 terpaksa ditunda ke 9 Oktober 2015 akibat pengumuman penutupan sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor akibat daripada bencana jerebu yang melanda negeri dan di beberapa buah negeri lain di Malaysia.D


14 October 2015

Tol Naik: Nak Harapkan Pembangkang...?

Bermula tengah malam ini, kadar tol di beberapa buah plaza tol di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (kecuali KESAS) akan dinaikkan dengan kenaikan sehingga 80 peratus kenaikan.

Kita...? Apa lagi, bayar je lah. Kita juga yang 'nak' kenaikan itu berlaku.

Mengapa saya kata "kita yang nak"? Sebab kita sendiri yang memilih wakil kita dalam tampuk pemerintahan kerajaan. Jadi, apa sahaja yang mereka putuskan seperti kenaikan tarif tol ini, tindakan tersebut seolah-olah mendapat 'restu' daripada rakyat yang mengundi mereka.

Jadi, kalau nak bising-bising pun tak guna juga. Kena la tunggu 2018 nanti untuk kita membuat pilihan yang bijak. Kalau tak reti nak bijak, tak tahulah...


07 March 2015

Masjid Cyberjaya

Alhamdulillah, Jumaat lepas (6 Mac 2015), saya berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat secara beejemaah di sebuah masjid baru di Cyberjaya, Masjid Cyberjaya.

Masjid Cyberjaya merupakan satu-satunya masjid yang ada di Cyberjaya dan jarak antara masjid ni dengan sekolah saya dalam lebih kurang 10 kilometer je.

13 October 2011

Mentauliahkan Islam


قال الرسول صلى الله عليه وسلّم
إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
قال كيف إضاعتها يا رسول الله؟
قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersabda: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu sahajalah kedatangan Hari Kiamat. (Seorang sahabat) bertanya "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya (bukan bidangnya), maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
HR Bukhari, Ahmad, Baihaqi, dan Ad-Dailami

Isu tauliah kini bergema lagi. Jika sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) ditahan oleh penguatkuasa JAIS kerana memberikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman milik persendirian di Hulu Kelang, kemudian YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam pula disuruh memberi keterangan kerana berkuliah di dalam surau tanpa permit di Klang, dan yang terbaru pula, Bob Lokman ditahan di Hulu Langat, juga atas sebab yang hampir serupa, berceramah tanpa permit.

12 August 2011

DUMC: Salah Merekakah?


Islam agama rahmat. Ajarannya memandang tinggi setiap usaha untuk membina kehidupan yang lebih terurus, lebih selesa, lebih lebih harmoni, serta membela manusia yang dianggap perlukan perhatian daripada masyarakat.

Keindahan ajaran Islam terserlah dikebanyakkan negara-negara Barat dan negara bukan Islam yang mana saban tahun, berduyun-duyun manusia tertarik dengannya yang bersifat universal, tidak kurang juga yang mengambilnya sebagai agama anutannya.

Awal tahun ini, sebuah media dari Britain melaporkan bahawa lebih kurang 5,000 rakyat negara Union Jack itu memeluk Islam sepanjang 2010, 1,400 daripadanya adalah penduduk London. 4,000 daripadanya terdiri daripada rakyat Britain berkulit putih.

Tinjauan yang dibuat menunjukkan bahawa mereka yang memeluk Islam mengambil agama tersebut sebagai pegangan hidup disebabkan oleh budaya Barat yang agak 'kosong' daripada segi pengisiannya. Pengambilan alkohol, rendahnya adab dan moral, dan pengamalan seks bebas antara penyebab kepada penukaran agama.

11 June 2011

AISC Part 2: Dato' Tamyes Bersuara


Entry ini adalah pengukuhan terhadap artikel terdahulu bertajuk: ASB Isn't Shariah-Compliant...? (AISC)

Pelaburan adalah salah satu daripada rancangan kewangan yang penting. Tetapi, pelaburan 'akhirat' itu lebih utama berbanding pelaburan dunia yang kita acapkali fikirkan.
"Bijak Dunia Bijak Akhirat".

29 December 2010

Kemelut Selangor Awal 2011?


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah,
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Pelbagai khabar angin yang saya dapat mengenai apa yang bakal berlaku pada pentadbiran Selangor 2011. Khabar angin bertiup kencang di kebanyakkan ruangan maya membincangkan mengenainya dan kebanyakkan daripada khabar tersebut tertumpu kepada pengukuhan kepentingan parti politik masing-masing dalam usaha untuk menguasai kerusi di pejabat Menteri Besar sebuah negeri paling pesat membangun: Selangor.

Pengukuhan penguasaan kerusi panas tersebut bukan hanya kepada parti yang menguasai Dewan Negeri semata-mata, tetapi tidak ketinggalan kepada mereka pernah kehilangannya.

01 May 2010

Aminulrasyid

Allahyarham Aminulrasyid Amzah
Baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan insiden kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat terkena tembakan polis akibat tidak mengendahkan arahan pihak polis untuk memberhentikan kenderaan yang dipandunya.

Pada pandangan saya, secara kasarnya, kematian Aminulrasyid berpunca daripada sikapnya sendiri yang melanggar undang-undang serta tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa sebelum ditembak. Kelalaian pihak keluarga mengawasi anak remaja mereka tika larut malam juga mengundang kecelakaan yang mengorbankan nyawa Aminulrasyid.

Sebelum saya terus mencoret dengan lebih lanjut, eloklah kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Aminulrasyid Amzah semoga rohnya dirahmati oleh Allah swt. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersabarlah atas ujian yang diberikan daripada Allah swt.

24 January 2010

Allah Semitik

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8f/ReligionSymbolAbr.PNG
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan-Nya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
AQ 4:171

22 January 2010

Boleh Memangkah

Akhirnya, saya berjaya juga mendaftarkan nama saya sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sebagai seorang warganegara yang bakal 'memimpin' negara Malaysia, membawa hala tujunya hanya dengan dua pangkahan pada kertas kecil.

Daftar apa tu sampai membolehkan saya 'memerintah' Malaysia? Tentulah daftar sebagai pengundi pilihanraya. Baru sahaja daftar Rabu lepas (20 Januari). Nama saya mungkin dimasukkan seawal Mei tahun ini sebab pegawai SPR suruh semak kemudian.

Sayalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab!!!

Berapa ramai lagi yang sebenarnya tidak bertanggungjawab?

21 December 2009

Hari Tanpa Beg Plastik

Kerajaan negeri mengambil langkah untuk mendidik rakyat mengenai kepentingan untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan seperti beg plastik.
Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar

Mulai 1 Januari tahun hadapan, Kerajaan negeri Selangor akan menganjurkan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” dan memilih hari Sabtu sebagai pengharaman beg plastik.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, kempen itu akan berterusan selama enam bulan pertama bagi mendidik masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastic sekaligus mengurangkan pencemaran putih atau white pollution.

Elizabeth berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di Sunway Pyramid.

Tambahnya, pada peringkat permulaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik akan berjalan selama enam bulan pengguna digalakkan membawa beg dari rumah kerana pasaraya atau kedai runcit tidak akan menyediakan beg plastic.

Manakala, kata Elizabeth, bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut caj akan dikenakan.

Kempen anjuran kerajaan negeri ini turut mendapat sokongan positif daripada peruncit-peruncit utama di Selangor termasuk pusat membeli-belah, hypermarket, supermarket, kedai runcit dan farmasi.

02 September 2009

Kuil, Kepala, Kebebasan, Kemuliaan...

قال تعالى في كتابه العزيز
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَلاَ تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Antara Pembinaan kuil, 'hadiah' kepala lembu, dan kemuliaan Islam...

YB Rodziah, Untuk pengetahuan kamu, ini bukan orang-orang UMNO, tetapi semua orang ada di sini, orang PKR, orang PAS, orang UMNO. Yang ada di sini adalah semangat Islam mereka, semangat kemelayuan mereka. Mereka marah! Mereka marah dengan tindakan kamu! Mereka marah dengan tindakan kamu yang membelakangkan Melayu, membelakangkan Islam! Di manakah akidah kamu? Di manakah Islam kamu? Di manakah kiblat kamu? Wahai YB-YB yang bertopeng menjadi syaitan! Dengar, ini amaran kami! Pindahkah kuil daripada Seksyen 23 dan buatlah di Seksyen 22. Itu amaran kami hari ini.
Wakil jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam pada 28 Ogos 2009


Sila klik di sini untuk video tambahan.

Salam Ramadan 1430H.

Hampir seminggu sudah, Selangor dikejutkan dengan 'tragedi berdarah' di mana sekumpulan NGO yang mengaku diri mereka 'penyelamat akidah dan kesucian Islam' berdemo di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau lebih dikenali sebagai Bangunan SUK Selangor. Tindakan ini gara-gara pembantahan mereka di atas cadangan pemindahan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke kejiranan mereka di Seksyen 23.

Kira-kira 50 orang berarak dari Masjid Negeri selepas Solat Jumaat terus ke Bangunan SUK sebagai menyatakan bantahan mereka kepada MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, EXCO kebajikan negeri, YB Rodziah Ismail, dan EXCO kesihatan, Dr A Xavier Jayakumar. Turut menjadi sasaran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Penunjuk perasaan ini berjalan sambil membawa kepala lembu yang masih 'berdarah' dan melaungkan "Kami bantah" sepanjang perjalanan ke Bangunan SUK. Selain daripada kepala lembu, mereka turut membawa sepanduk, antaranya tertulis "Take Beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya", dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala lembu itu diletakkan di hadapan pintu masuk utama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas dan berapi-api. "Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam. "Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab, tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23." Mahyuddin kemudiannya menafikan yang kepala lembu tersebut dibawa oleh pihak penganjur.

PINDAH KUIL HINDU

Mari kita lihat kedudukan kuil yang asal di Seksyen 19 dan tapak cadangan kuil baru di Seksyen 22 dan 23.
Maklumat lanjut, sila klik pada pautan MP Shah Alam di sini.

Peta pertama di atas menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22, dan 23 serta kedudukan kuil asal, tapak cadangan asal oleh bekas Kerajaan BN Selangor di Seksyen 22, dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23.

Kedudukan kuil baru yang dicadangkan adalah di pinggir kawasan industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke kuil adalah 200 meter, 30 kali lebih jauh berbanding jaraknya dengan rumah terdekat di Seksyen 19.

Kedua-dua kawasan Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan MAJORITI MUSLIM. Namun, kuil Seksyen 19 dipindahkan bukan kerana ia terletak di kawasan majoriti Muslim. Ia dipindahkan kerana kuil tersebut berada 20 kaki di hadapan rumah orang. Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini akan menyebabkan kesesakan apabila pihak kuil mengadakan upacara keagamaan mereka.

ISLAM DAN KEBEBASAN

Masalah di sini, mengapa perlu dibantah pembinaan kuil Hindu tersebut? Kerana 80 peratus penduduk Seksyen 23 menganut Islam? Hanya semata-mata 80 peratus penduduk Seksyen 23 Muslim? Semata-mata? Adakah Seksyen 19 dan 22 bermajoriti Hindu? Ketiga-tiga kawasan tersebut, Seksyen 19, 22, dan 23 adalah majoriti Muslim.

Mengapa kita jijik melihat bumbung kuil, bumbung tokong tatkala membuka jendela? Mengapa kita jijik bila kita melihat mereka berhimpun memuji berhala-berhala dewa mereka?

Adakah ini yang Islam ajar? Adakah ini yang syariat ajar? Adakah dengan membenarkan pembinaannya, kita menggadaikan akidah kita?

Ingat! Pemimpin perlu berlaku adil. Sebagaimana mereka membangunkan masjid yang megah menjulang tinggi, mereka perlu menyediakan kawasan buat yang lain sekurang-kurangnya memberi sebidang tanah untuk membina 'tempat teduhan' tuhan-tuhan mereka. Sebagaimana mereka memastikan orang Islam ada tempat untuk bersolat, seperti itulah mereka perlu memastikan orang Kristian, Hindu, atau Buddha mempunyai rumah sembahan mereka.

Tindakan mereka yang membawa 'Kepala Tuhan' mereka juga dianggap biadap dan menghina agama mereka. Orang Hindu menganggap lembu sebagai Tuhan, suci. Mengapa perlu digunakan kepala lembu sebagai simbol 'kebodohan' kerajaan negeri? Sekiranya mereka menggunakan kepala lembu sebagai simbol 'kebodohan' kerajaan negeri, mengapa perlu disepak-sepak kepala itu? Bukankah itu satu tanda kegeraman? Geram ke atas pembinaan kuil, geram ke atas penganut Hindu, sekaligus geram ke atas tuhan penganut Hindu yang mana kepala lembu yang dipijak dan yang disepak adalah tuhan mereka. Itu bukan mesej kebodohan kerajaan negeri, tetapi lebih kepada pencetus peperangan antara penganut Islam (yang BODOH) dan penganut Hindu yang marah lalu bangkit membalas!

Bukan masalah akidah seperti yang didakwa. Bukan masalah Islam seperti yang dikata. Bukan masalah kiblat seperti yang dinyata. Ini masalah keadilan buat semua penganut. Ini masalah kedudukan kuil lama. Sebagai kerajaan negeri, mereka bertanggungjawab memindahkan kuil tersebut ke kawasan yang lebih sesuai, lebih terurus, lebih teratur, dan melancarkan seisi penduduk yang menghuni di kawasan yang berhampiran.

Sekiranya Allah izinkan kepala lembu itu bertutur, pasti iakan berkata:
Baculnya manusia ini. Marah orang, kepala aku yang ditendang. Kalau berani, kalau jantan, pergilah tendang kepala orang yang kamu marah tu!

Sewaktu perarakan bukan main bersemangat. Kepala lembu dipijak dan ditendang. Marah kepada kerajaan negeri tetapi kepala lembu yang dipijak.

Bulan Ramadan seperti ini kita, umat Islam yang beriman, bertakwa seharusnya bertindak biarlah menampakkan kewarasan kita dan pandangan molek terhadap Islam hendaklah dipelihara serapinya. Tindakan memprovokasi dengan simbol dewa dan ketuhanan agama lain sepatutnya dihindarkan walaupun niat kita berbeza (benarkah berbeza atau benci terhadap mereka?). Tidak salah berdemontrasi. Yang menjadi salah kita seolah-olah cuba memprovok penganut agama lain dengan tindakan 'keberukan' tersebut. Natijahnya, kesempurnaan dan keadilan Islam dipijak dan bara Islamofobia semakin membuak-buak.

Ingatlah tika saudara kita di Eropah, khasnya di Jerman, mereka dahulu berjuang berhadapan dengan kumpulan Anti-Masjid semata-mata mahu mendirikan SEBUAH rumah Allah, tempat mereka memulakan ritual keagamaan dan kehidupan Islam mereka. Ketika kita mendengar keluh-kesah saudara di sana, kita mengeji, kita mengutuk tindakan orang-orang Kafir la'natullahi aleyhim yang memprotes pembinaan masjid. Jadi, mengapa perlu kita menghalang orang-orang Kafir yang mahukan rumah ibadat mereka didirikan? (Dalam konteks peristiwa di Shah Alam tadi ialah dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai.) Kita tidak tumpah seperti orang Kafir yang kita kutuk itu, yang kita keji itu. Saudara kita di sana juga adalah minoriti sama seperti penganut Hindu di sini. Adakah mereka tidak berhak mendapatkan sebuah masjid? Celakalah kita jika perangai kita sama seperti mereka yang bencikan tertegaknya menara azan di Eropah sana.

Walaupun Allah swt hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang benar dan diterima di sisi-Nya, tetapi manusia diberikan kebebasan dalam mengamalkan kepercayaan masing-masing. Islam melarang rumah-rumah ibadat dirosakkan, dipecahkan ketika tentera Islam berjaya menakluk sesuatu kawasan. Islam menghormati agama-agama lain, bukan mencemuh, bukan menghina.

Islam tidak bermusuh dengan sesiapa semata-mata kerana agamanya berbeza dengan Islam. Islam hanya akan bangkit menentang dan menyerang bersama saff pejuang-pejuangnya apabila Islam dihina dan diperlekeh sebagaimana Islam sangat menghormati siapa jua yang menghormati dan memelihara kesucian Islam. Jangan cemari kesucian agama Islam dan mendorong orang salah faham terhadap dasar dan prinsip agama dengan tindakan yang menyalahi kehendak agama Islam itu sendiri.

Firman Allah swt:
وَلاَ تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan mengenai-Nya. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.
AQ 6:108

والله أعلم بالصواب

Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota, Bangi

Sila rujuk al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca petikan ayat yang diberikan bagi mengelakkan daripada kesilapan dalam pembacaan.

09 August 2009

Menghalalkan Pengharaman Arak

قال الله تعالى في كتابه العزيز
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يَسئلونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ ومنــفعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ويَسئلونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيــتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu "Apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)?" Katakanlah "Dermakanlah apa-apa yang berlebih daripada keperluan kamu." Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
AQ 2:219

Isu arak yang tengah panas di Selangor hendaklah difahami sebagai isu kawalan penjualan arak, bukan isu pengharaman arak. Arak adalah haram di sisi Islam. Meminum, menjual, mengangkat, dan apa-apa yang bersifat menyokongnya adalah haram dan berdosa besarlah bagi setiap Muslim yang melakukannya.

Jika sebuah negara itu penduduknya Islam semuanya, maka tidak boleh ada walaupun satu kedai yang dibenarkan menjual arak. Undang-undang Islam mengenainya adalah ketat seketat yang dikehendaki Allah, Tuhan yang menciptakan arak lalu mengharamkannya ke atas manusia.

Adapun jika sebuah negara umat Islam itu turut didiami non-Muslim yang menghalalkan arak dalam kehidupan mereka, maka hak untuk mendapatkan bekalan arak itu hendaklah diberikan. Oleh kerana wujud ketakutan ia mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam, maka penjualan dan pengedaran arak di kalangan masyarakat non-Muslim hendaklah dikawal oleh kerajaan yang memerintah.

Oleh kerana hampir tiada negara umat Islam hari ini yang tegak tanpa non-Muslim minority, maka undang-undang pengawalan penjualan arak haruslah diterima pakai dan hendaklah sentiasa disemak agar ia memberi dan menepati keadilan dan hak kepada semua rakyat.

Hikmah pengharaman arak adalah terlalu jelas. Allah swt menyebutnya dalam al-Quran agar ia jelas dan menutup kekeliruan manusia terhadap pengharamannya. Tidak ada agama yang tidak mengharamkan arak. Yang menjadikannya halal hanyalah penganut agama masing-masing bergantung kekuatan mereka mengamalkan agama mereka.

Di negara kita, arak adalah 'halal'. Kerajaan menjadikannya hasil mahsul ekonomi negara. Sedikit kawalan ke atasnya oleh undang-undang negara adalah sekadar untuk mengesahkannya sebagai 'halal'. Ia seperti undang-undang menyekat zina, riba' dan rokok. Barang halal yang terkawal, bukannya barang haram yang terkawal.

Justeru itu dalam Islam, ia adalah isu menghalalkan yang haram. Ia satu dosa besar dan dibalas kehinaan, kemurkaan, dan neraka Tuhan. Redha ke atas ketetapan ini juga adalah haram dan teramat besar dosa dan kehinaannya di sisi Allah swt. Justeru itu, sebarang usaha, seruan, dan sokongan ke atas pengharaman dan pengawalannya daripada berlegar-legar dalam kehidupan umat Islam di negara kita adalah wajib dan diganjari redha dan ganjaran Allah. Ia melepaskan kita daripada dosa yang dikembangkan oleh pemerintah Islam yang derhaka kepada Allah.

Ia bukan isu sensitiviti. Ia isu iman. Ia sama ada syurga atau neraka.

Undang-undang negara mengenai arak hari ini adalah menepati kehendak masyarakat non-Muslim yang langsung membuang hukum agama mereka berkenaan arak. Untuk mereka agama mereka. Tetapi agama mereka bukan untuk kita. Malangnya, pemerintah negara kita yang mengaku beragama Islam bertindak sebaliknya. Ia kemalangan yang menghinakan umat Islam di negara sendiri.

Kerajaan Kelantan yang diterajui YAB Tuan Guru Nik Aziz selama hampir 20 tahun telah menyaksikan peraturan ke atas kawalan penjualan arak dilaksanakan. Orang Islam dilarang menjual arak, apatah lagi meminumnya. Kebenaran menjual arak adalah terhad kepada sebilangan premis non-Muslim yang tertentu dengan syarat-syarat yang menjamin penyalah gunaannya yang boleh melibatkan umat Islam.

Selepas lebih 10 tahun perlaksanaan berjalan, masyarakat non-Muslim telah memohon supaya ditambah bilangan premis mereka yang dibenarkan menjual arak kerana bertambahnya kependudukan masyarakat non-Muslim terutama di bandar Kota Bharu. Kerajaan telah menyemak semula dan akhirnya meluluskan penambahan kouta selepas perundingan yang agak memakan masa kerana ketelitian termasuk soal-soal penyalah gunaan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Penguatkuasaan kawalan penjualan arak di Kelantan pada awalnya telah mendapat tentangan masyarakat non-Muslim yang bimbang hak dan kebebasan mereka dirampas. MCA pernah berhasrat menganjurkan pesta minum arak terbuka sebagai bantahan ke atas perlaksanaan enakmen tersebut, tetapi akhirnya dibatalkan apabila akur dengan tempelak YAB Tuan Guru yang tidak menghalang, malah menyuruh mereka berpesta minum sampai pecah perut. Ketegasan YAB Menteri Besar Kelantan yang mahukan perlaksanaannya berjalan akhirnya telah diterima baik dan berjalan lancar.

Malah, selepas perlaksanaan berjalan, YAB Tuan Guru menerima panggilan dan ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga banyaknya daripada masyarakat non-Muslim terutamanya golongan wanita yang mendakwa rumah tangga mereka lebih berseri tanpa arak dan judi yang menghantui suami dan keluarga.

Masyarakat Islam selamat daripada mendekati dan didekati arak dan masyarakat non-Muslim mula belajar budaya hidup sihat tanpa arak melampau dan mula memahami sensitiviti umat Islam terhadapnya. Yang lebih penting, mereka mula mengenali bahawa masyarakat Melayu yang mengharamkan arak adalah jauh lebih menyayangi mereka berbanding masyarakat Melayu (baca UMNO) yang menghalalkan arak.

Pastinya arak bukan lagi punca dan ancaman besar kerosakan akhlak dan sosial di Kelantan.

Beberapa hari ini, kita digembarkan dengan isu arak yang berlaku di Selangor yang diterajui YAB Tan Sri Khalid. Kita semua berhak bimbang dan bertindak balas.

Perlaksanaan nilai Islam oleh PAS di Selangor tidak akan semudah di Kelantan, malah kesukarannya mudah pula dilihat. Justeru itu, jalan terbaik ialah berusaha mengurangkan jurang selisih melalui perbincangan yang harmoni dan berterusan, selagi kedua-dua pihak bersetuju begitu.

Mungkin wujud beberapa kesilapan bersifat teknikal daripada PAS. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila–bila sahaja kerana kesilapan kecil adalah tanda kita ini manusia, bukan malaikat. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pernah dicabar di mahkamah oleh pemilik premis muslim yang mencabar peraturan Islam yang dilaksanakan. MBKB-BRI kalah dan terpaksa membayar puluhan ribu ringgit. Tetapi PAS telah menang dalam politik dan kesungguhan untuk melaksanakan kewajipan ketika berkuasa.

Daripada kesilapan yang diakuri, banyak sejarah kejayaan yang sudah diukir daripadanya.

DAP pula harus belajar untuk mengendurkan ketegangan yang tidak perlu. Akur bahawa kawalan penjualan arak adalah hak umat Islam yang terabai. Selama ini, UMNO menggadai dan menjual hak ini sekian lama demi kuasa serta menjual agama semurah yang mereka mahu.Kita akur bahawa banyak hak orang Islam dan hak non-Muslim telah dilenyapkan selama ini.

Usaha PAS Selangor semestinya perlu disokong semua pihak, tidak kira sama ada dia PAS, DAP, UMNO, MCA, dan sebagainya. Jika ada parti politik merasakan ia tidak menyebelahi mereka, maka mereka bukanlah parti rakyat kerana kawalan penjualan arak adalah hak rakyat dan mengharmonikan rakyat. Arak, bahayanya tiada yang menyangkalnya.

Artikel ini diadaptasi.
Pautan tambahan klik di sini.
Sila rujuk al-Quran Rasm Uthmani untuk membaca petikan ayat yang diberikan bagi mengelakkan daripada kesilapan dalam pembacaan.
Bandar Bukit Mahkota, Bangi

25 February 2009

Tika Amanah Dirampas Kejam

قال الله سبحانه وتعالى في كتابه العزيز:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمـنـت إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا

Tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini membuatkan saya sebagai rakyat di bawah naungan Tuanku bertambah rasa hormat. Semoga Tuanku terus-menerus menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid selagi mana tidak bercanggahan dengan aspirasi rakyat jelata naungan Tuanku.

Pada hemah saya, tindakan Tuanku Sultan Selangor lebih bersifat professional berbanding dengan 'rakan sejawatnya' yang berada di sebelah utara. Baginda mengambil pendekatan mendengar dahulu penjelasan memanda Menteri Besar selaku ketua tadbir urus negeri. Tindakan inilah sebenarnya membuatkan daulat seseorang raja terutama Raja Melayu terus dijaga dan dipelihara rakyat jelata.

Jika dibandingkan dengan 'empayar' jirannya, Perak yang sanggup menghalang pengiring 'bekas' Menteri Besarnya yang terdiri daripada EXCO daripada turut menghadap baginda bertujuan untuk memberikan beberapa taklimat mengenai keadaan dan suasana negeri naungan baginda. Baginda Sultan Perak lebih suka mendapatkan maklumat daripada pihak yang lagi satu dengan membenarkan kesemua muka-muka peruntuh pentadbiran yang diketuai oleh seorang manusia yang dipilih baginda sendiri. Tindakan baginda inilah yang membuatkan 'empayar' naungan baginda sendiri kucar-kacir dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat baginda sendiri terhadap ketelusan penggunaan kuasa baginda bagi menjatuhkan memanda Menteri Besar.

Firman Allah swt dalam Kalam-Nya:

إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمـنـت إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا
بــأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله ورسوله إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير وأحسن تأويلا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
AQ 4:58-59

Ayat ketaatan kepada pemerintah atau Ulul-Amri yang selalu dicanang-canangkan oleh ulama (baca: ulama' su') sebenarnya dijelaskan oleh Allah swt ciri-cirinya pada ayat sebelum dan rangkap berikut dalam ayat yang sama.

Dalam ayat 58, Allah swt awal-awal lagi menegur hamba-hamba-Nya yang benar-benar mengaku Allah sebagai Tuhan dalam aspek melaksanakan demokrasi dalam pemerintahan negara. Setiap pengundi yang beriman pastinya akan berpegang kepada ayat ini dengan memilih wakil-wakil mereka yang benar-benar berpegang kepada amanahnya.

Kepada pemimpin (baca: Sultan), mereka sepatutnya mendengar dengan teliti nasihat penasihatnya (baca: Menteri Besar), bukannya nasihat daripada pihak yang tidak sepatutnya (baca: Najib dan konco-konconya). Natijahnya, negeri naungannya menjadi kucar-kacir dengan tindak-tanduknya yang tidak Islamik yang menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih rakyat naungannya sendiri!

Kerajaan Ratu Balqis sendiri meminta pandangan daripada rakyatnya tentang surat utusan daripada Nabi Sulaiman as yang diterimanya. Walaupun ketika itu, Ratu Balqis belum menerima Allah swt sebagai Tuhannya, namun tindakannya ini dianggap Islamik dan dirakamkan dalam al-Quran oleh Allah swt tentang pendiriannya itu. Sikap Ratu Balqis itu sepatutnya diteladani oleh pemimpin-pemimpin di mana baginda mengutamakan pandangan pembesar, ketua kaum, dan rakyat jelata sebelum menitahkan sesuatu. Daulat sang ratu terletak di atas restu, suara, pendapat, pandangan rakyat yang mewakili jiwa, ruh serta pemikiran bangsa. Baginda tidaklah sesuka hati membuat keputusan tanpa merujuk orang-orang di sekelilingnya terlebih dahulu.

Kemudiannya, Allah berfirman:

فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله ورسوله إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
AQ 4:59

Selepas kesilapan Sultan dalam perintahnya, timbullah huru-hara. Masih ada pihak termasuk mufti lantikan baginda yang memihak kepada Sultan dengan hanya berdalilkan 'Taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul, dan Ulil-Amri' seperti yang terdapat pada pangkal ayat 58, surah an-Nisa' ini. Tetapi mereka sengaja menyembunyikan klausa-klausa yang mengapit klausa 'taat kepada Ulil-Amri' ini. Oleh sebab itu, saya nyatakan di atas ia dicanang-canangkan oleh ulama suk iaitu ulama' yang hanya pada nama tetapi hati sebenarnya terpaut dengan dunia termasuklah jawatan ulama' itu sendiri!

Mungkin Sultan kekurangan ilmu agama dalam membuat keputusan kerana baginda berkelulusan undang-undang. Tetapi apa tindakan ulama terutamanya yang dilantik baginda sendiri dalam menasihatkan baginda tentang Islam? Adakah mereka semua akur dengan tindakan baginda kerana Sultan itu 'maksum'?

Mujurlah saya bukan rakyat Perak yang mungkin membuatkan saya ter'hangguk' terhadap titah baginda itu. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kerana tindakan baginda yang menyokong penuh memanda Menteri Besar, Tan Sri Khalid dalam isu lembu korban dan kereta Lexus dan juga memberikan kepercayaan 100% terhadap sebarang langkah Kerajaan Negeri Pimpinan Tan Sri Khalid terhadap isu perletakkan jawatan EXCO dan ADUN YB Elizabeth Wong.

والله أعلم بالصواب

Bandar Seri Putra, Bangi
090225W-2258

24 February 2009

Masalah Yang Sengaja Ditimbulkan

Apa sudah jadi dengan dunia ini? Apakah kita semakin hampir dengan waktu yang dijanjikan Tuhan, Hari Kiamat? (Yang sememangnya dijawab dengan ya!).

Bumi terus berputar, matahari terus membakar, bulan terus menyuluh kegelapan, semuanya masih menjalankan khidmat dan tanggungjawabnya demi Tuhan Yang Maha Kuasa untuk kegunaan khalifah-Nya sama ada yang benar-benar ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah mahupun yang sengaja memporak-porandakan dunia yang sedia kabut ini...

SELANGOR TERUS BERGELUT

Mari kita perhatikan apa yang telah digembar-gemburkan di Selangor dalam masa sebulan dua ini.
1. Isu penyalahguna kuasa Tan Sri Khalid dalam sumbangan lembu korban.
2. Isu 'pembelian' kereta Toyota Lexus yang akhirnya menjadi penyelenggaraannya yang menggunakan wang rakyat.
3. Isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong yang disiarkan di internet.
4. Campur tangan dalam pengambilalihan konsensi air

Saya cuba kupas 'kulit-kulit bawang' ini menurut Islam mengikut kefahaman saya dan diharap tiada siapa yang 'meleleh air mata kerana pedihnya kulit bawang yang dikupas ini'. Betulkan saya sekiranya terdapat fakta yang saya nyatakan tidak tepat supaya apa yang saya ulas tidaklah nampak berat sebelah.

MANUSIA BERPERANG LEMBU MATI TERSEPIT

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mendakwa Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah 'memaksa' syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor untuk mengeluarkan belanja dalam menaja pembelian lembu-lembu korban yang akan diagihkan kepada surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di mana beliau sendiri yang menjadi Ahli Parlimen (MP) di kawasan terbabit. Dakwaan ini kemudiannya ditepis oleh Tan Sri Khalid sendiri. Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK) yang dikatakan memiliki bukti-bukti yang menunjukkan kesalahan Tan Sri Khalid kemudiannya membuat laporan di SPRM dan menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid digantung selama mana SPRM menyiasat kes terbabit.

Pada saya, sekiranya benar apa yang didakwa oleh YB Khir Toyo itu, saya bertanyakan kepada saudara sekelian. Apakah dikatakan jenayah sekiranya kita menggunakan wang tersebut untuk tujuan ibadah? Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, mari kita lihat secara kasar tentang lembu-lembu yang 'terkorban' ditengah-tengah kemelut 2 orang tokoh Selangor ini.

Tan Sri Khalid dikatakan telah mengeluarkan arahan kepada 6 buah syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor untuk menyumbangkan sebanyak 60+ ekor lembu kepada surau-surau dan masjid-masjid di dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di mana beliau merupakan MP di situ. Khalid kemudiannya membidas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa itu adalah inisiatif syarikat-syarikat terbabit dalam memberikan bantuan kemasyarakatan yang menjadi tanggungjawab syarikat terbabit.

Yang menjadi persoalannya, mengapa Parlimen Bandar Tun Razak menjadi kawasan sumbangan? Secara kasarnya, sumbangan ini boleh dilihat sebagai beliau (Tan Sri Khalid) mempunyai beberapa kepentingan kerana diketahui umum bahawa Bandar Tun Razak sendiri bukanlah terletak di dalam negeri Selangor. Kes ini kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diharapkan SPRM dapat menyiasat dengan telus dan adil.

Itu pendapat orang yang mendakwa. Pada saya, hati budi dan keikhlasan seseorang adalah rahsia Allah swt. Kita tidaklah sama sekali mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan perlulah kita menyerahkannya 100% kepada Tuhan sama ada yang terlibat itu benar-benar ikhlas dalam memberikan bantuan kebajikan ataupun derma tersebut.

Mengapa perlunya kita menuduh seseorang itu bersikap tidak ikhlas dan memanipulasikan kedudukannya dalam memberikan khidmat masyarakat walaupun kawasan tersebut berada di luar kawasan yang dikuasainya? Sekiranya ia menjadi kesalahan, maka menjadi kesalahan sekiranya wang-wang zakat especially zakat Selangor di hantar ke negeri-negeri miskin di Malaysia ataupun dihantar ke Palestin bertujuan untuk membantu masyarakat-masyarakat yang sepatutnya dibantu.

Pemberian lembu-lembu korban ini tidak boleh dikategorikan sebagai rasuah mahupun kesalahan jenayah sekiranya kita beralasan dengan pemberiannya bermotifkan atas kepentingan diri sendiri. Alasan ini walaupun dilampirkan sekali dengan bukti-bukti hitam putih dan arahan daripada beliau, ia sama sekali tidak bercanggah dengan Islam kerana hukuman terhadap pesalah hanya kepada mereka yang dibuktikan bersalah secara zahir, manakala kesalahan secara batin seperti tidak ikhlas, iri hati dan penyakit-penyakit hati yang lain hanya boleh dihukum Tuhan totally tanpa sebarang campur tangan manusia. Oleh sebab itu, سوء الظن (su-udzh dzhon - bersangka buruk) digolongkan dalam صفات مذمومة (sifat-sifat mazmumah, yang terkeji). Kita disuruh supaya tidak bersangka buruk terhadap tindak-tanduk seseorang yang secara zahirnya, secara terang-terangan tidak membuat sebarang kesalahan.

BAGAI BEKERJA TANPA GAJI
(klik disini)

Isu seterusnya berkaitan dengan kenderaan Tan Sri Khalid, Toyota Lexus yang telah diisytiharkan beliau sebagai kenderaan rasminya. Beliau pada asalnya didakwa telah mengunakan wang negeri untuk membeli kereta ini. Khalid kemudiannya membidas dengan mengatakan bahawa Toyota Lexus ini ialah kenderaan miliknya tetapi digunakan dalam urusan kerajaan. Beliau mempunyai kenderaan lain yang boleh digunakan sebagai kenderaan persendirian. Alasan beliau adalah kerana beliau lebih selesa menggunakan Toyota Lexus berbanding kereta berjenama lain.

Isu ini kemudiannya diubah menjadi seperti berikut: Tan Sri Khalid menggunakan wang kerajaan negeri untuk membiayai Toyota Lexus milik beliau.

Izinkan saya menggunakan bahasa yang lebih 'kasar' dalam mengulas isu ini. Faham dan kaitkan cerita yang saya tulis di bawah dengan isu ini.

Wajarkah seseorang yang bekerja outstation tidak dibayar dengan elaun OT (overtime), elaun makan, tempat tinggal, elaun perjalanan dan sebagainya yang berkaitan dengannya? Adilkah majikan yang tidak membayar sebarang elaun yang berkaitan dengan kerja pekerjanya kerana bekerja diluar daripada yang sepatutnya yang diterima daripada gaji pokok?

Oleh itu, salahkah kereta Toyota Lexus itu diserenggara oleh wang milik rakyat kerana berbakti kepada rakyat? Semestinya TIDAK! Zalimlah kita sebagai rakyat (majikan) yang membiarkan MB (pekerja) menyelenggara kereta beliau dengan wang sendiri (bagai tiada sebarang elaun untuk kerja outstation). Beliau tidak mempunyai sebarang elaun rasmi dalam menyelenggara kenderaannya sendiri tetapi menggunakan peruntukan khas bagi kenderaan rasmi MB untuk menyelenggara keretanya yang digunakan untuk urusan-urusan rasmi MB yang menggantikan kereta rasminya.

Beliau dilaporkan menggunakan RM 8,000 (angka sebenar RM7,800) untuk menyelenggarakan kereta Toyota Lexus miliknya dalam jangka masa hampir setahun. Bandingkan kos ini dengan kos penyelenggaraan Proton Perdana sebagai kereta rasmi EXCO di Terengganu yang dilaporkan oleh YAB Menteri Besar melebihi ratusan ribu ringgit untuk sebuah kereta dalam tempoh 4 tahun (sepenggal - 2004-2008)! Sekiranya dilihat, seorang EXCO menggunakan SEKURANG-KURANGNYA RM30,000 setahun untuk menyelenggara sebuah kereta. Penggunaan peruntukan EXCO di sebuah negeri yang diklasifinikasikan sebagai negeri miskin ini melebihi peruntukan yang digunakan orang nombor satu di negeri maju! Apa cerita?

Sepertimana yang saya pernah nukilkan, gunakan akal dan hati yang Allah swt kurniakan berpandukan syara' untuk menilai sesuatu perkara. Jangan kita cepat melenting dan mengeluarkan statement yang bukan-bukan. Keadaan ini lebih adil (meletakkan sesuatu perkara kena pada tempatnya) dan ia dilihat dapat mengurangkan penggunaan wang rakyat dalam urusan kerajaan yang mana akhirnya wang tersebut dapat dikembalikan kepada kepentingan rakyat.

DITEKAP SUPAYA LONDEH

Saya tidak tahulah bagaimana kes ini boleh terjojol keluar. Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa gambar separuh bogel (sebenarnya tiada istilah separuh bogel dalam Islam) ini menggunakan teknik pertindihan imej atau 'super impose' mengikut siasatan pihak polis.

Alhamdulillah, pelbagai pihak termasuk sebahagian orang Barisan Nasional sendiri yang bersimpati dengan pencerobohan kehidupan peribadi seorang ADUN terutamanya dalam perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri mereka sebagai seorang yang menjadi public figure.

Tiadalah mahu saya ulas tentang 'tikam-elak mulut-mulut yang menyerang-menepis', cuma saya terkilan dengan kenyataan MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan bahawa kehidupan seseorang wakil rakyat itu adalah milik rakyat, milik awam. Saya menyokong kenyataan ini TETAPI hanya kepada masa dan khidmat, bukan pada aibnya!

Kes ini berbeza dengan kes YB Datuk Seri Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan yang secara terang-terangan mengaku melakukan seks kepada seorang wanita yang bukan isterinya sendiri. Chua bersalah kerana hubungan seks itu, bukan kerana penyebaran video yang mengaibkannya. Dalam kes Chua, kedua-dua pihak, Chua dan penyebar video bersalah manakala dalam kes Elizabeth, beliau tidak melakukan kesalahan kerana beliau hanya 'tidak berpakaian' ketika berseorangan di rumah (sekiranya benar beliau berkeadaan begitu). Yang bersalah adalah penyebaran video & mereka yang mengubahsuai gambar tersebut menjadi 'terbogel'.

Islam tidak melarang seseorang membuka auratnya ketika bersendirian di tempat tertutup ataupun ketikda bersama pasangannya yang sah. Yang bersalah ialah penyebab dan penyebar gambar yang berunsurkan lucah itu.

TAMAK AIR

Air adalah kurniaan Allah swt kepada alam yang memerlukannya sama ada sebagai penyambung kitaran hidupnya atau kepada pelengkap kepadanya.

Manusia juga memerlukan air yang pada asalnya diberi Tuhan secara free tanpa sebarang bayaran wang ringgit.

Mengapa perlu dipertikaian pengambilalihan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid semua syarikat konsensi air di Selangor? Mengapa perlu ditingkatkan tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dilihat dapat menghapuskan pemberian subsidi 20 meter padu kepada rakyat Selangor? Baru-baru ini, Khalid menyelar Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga meletakkan keuntungan syarikat kepada 300%. "Perniagaan apa yang dapat 300% setahun? Berjudi di genting pun belum tentu dapat keuntungan sedemikian," tegasnya. Survey yang dijalankan oleh Edisi 7 menunjukkan 80% daripada pengundi poll sms ini menyokong kenyataan Tan Sri Khalid.

Tindakan SYABAS dan Puncak Niaga ini menyalahi cara muamalah yang telah digariskan oleh Islam. Islam pada awal-awal lagi melarang kita berurusniaga dengan cara menindas pembeli atau orang yang menerima khidmat. Pihak SYABAS dan Puncak Niaga secara terang-terangan mengambil untung dengan menindas rakyat yang menjadi 'pembeli' air secara paksa! Adakah berkat gaji yang diterima pegawai-pegawai yang terlibat dalam urusan dasar syarikat SYABAS dan Puncak Niaga ini dengan membelakangkan adab-adab bermuamalah?

Kerajaan Pusat melalui SPAN seolah-olah cuba menekan Kerajaan Negeri dan rakyat dengan menyokong tindakan SYABAS dan menaikkan tarif air. Adakah ini bersifat politik untuk menekan Kerajaan Negeri daripada memberikan subsidi air? Wallahu a'lam bissowab. Bab politik bukanlah dalam bidang yang ingin saya kupas tetapi kita lihat isu ini lebih kepada cara muamalah yang ditetapkan oleh Islam. Apa-apapun, kita lihat dan berhujah kes ini berdasarkan fakta dan realiti, bukan seperti apa yang saya nyatakan sebelum ini, dengan bersangka buruk terhadap pihak yang lain.

والله أعلم بالصواب

Bandar Seri Putra, Bangi
090224E-1147

06 December 2008

Mengulangi Tragedi Highland Tower

Hari ini, berlaku lagi satu tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang. Sebagai seorang yang membesar di Hulu Kelang, saya akan mengambil tahu segala perkara yang berlaku di kawasan tempat saya membesar dahulu.

Bukit Antarabangsa adalah salah satu daripada kawasan di Hulu Kelang yang kerap berlakunya kejadian tanah runtuh. Dan ini adalah yang terkini. Dari pagi, saya asyik terdengar bunyi siren ambulans yang lalu lalang di MRR2, betul-betul bersebelahan dengan rumah saya.

Tragedi ini sepatutnya telah membuka mata kita sejak dahulu lagi. Mana tidaknya, kawasan tragedi adalah tempat yang sama, Hulu Kelang, atau jika difokuskan lagi, Bukit Antarabangsa. Kejadian yang masih segar di ingatan saya adalah tragedi Highland Tower pada penghujung 1993. Itu adalah tragedi yang paling dahsyat yang pernah berlaku sejak Malaysia merdeka.

Hari ini, ramai 'pembesar-pembesar' turun melihat kawasan kejadian. Antaranya, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri bersama isterinya, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa, Ketua Polis Selangor dan sebagainya. Antara langkah drastik yang diambil ialah dengan membatalkan dan menghentikan semua projek dilereng-lereng bukit. Persoalan saya, adakah arahan ini bersifat 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja?

Kerajaan negeri Selangor yang baru telah mengeluarkan arahan seumpama ini setelah mereka berjaya membentuk kerajaan. Persoalan saya yang kedua, bagaimana pula dengan penempatan di lereng-lereng bukit? Kita dapat membatal dan menghentikan semua projek-projek yang dirancang tetapi bagaimana pula dengan kawasan sedia ada? Apakah tindakan yang diambil? Pada saya, nyawa mereka yang 'berada' di lereng-lereng bukit ini juga 'berharga' dan tidak sepatutnya dilupakan ataupun diabaikan.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan langkah-langkah yang sepatutnya diambil kerajaan negeri dan Persekutuan. Mereka mempunyai tenaga kerja yang pakar dalam bidangnya. Cuma harapan saya agar kejadian seumpama ini dapat dielakkan, sekurang-kurangnya tiada yang terkorban sekiranya ia berulang kembali.

SEJARAH TANAH RUNTUH SEKITAR HULU KLANG

10 Dec 1985
Dua buah rumah baru dua tingkat yang masih belum diduduki di Taman Melawati, runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

17 Sep 1988
Sebuah rumah di Hulu Klang, ranap akibat tanah runtuh berikutan hakisan tanah.

29 Mar 1990
Kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Setia Wangsa melibatkan 80 keluarga yang mendiami dua blok flat.

11 Dec 1993
Tragedi Highland Tower, kira-kira 1.5km daripada Taman Bukit Mewah, lokasi kejadian tanah runtuh hari ini. Tragedi ini mengorbankan 48 nyawa apabila satu (Blok A) daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview tumbang.

25 Dec 1997
Tiga orang terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam satu kejadian di KM 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang.

15 May 1999
Ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu.

24 Feb 2000
Kejadian tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat di Kampung Sri Damai, Taman Kencana, Ampang yang mengorbankan seorang budak berusia 4 tahun.

5 Oct 2000
Satu kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Antarabangsa berikutan hujan lebat berterusan. Tiada yang tercedera.

20 Nov 2002
Sebuah banglo di Taman Hillview milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga Pengerusi Affin Bank, ranap setelah dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia terkorban dalam kejadian 4.35 pagi itu. Banglo itu hanya terletak kira-kira 300 meter dari tapak Highland Towers.

31 May 2006
Empat sekeluarga terkorban setelah tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 buah rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang pada kira-kira pukul 4.45 petang.

Sumber: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Tinta mencoret: Kita sebagai rakyat patutnya faham, tepi lereng bukit kan bahaya. Janganlah kita saja cari 'nahas' buat rumah di kawasan macam itu. Jangan hanya kerana kawasan itu kawasan elite, kawasan yang ada nama, kita memilih untuk menetap di situ. Carilah kawasan yang benar-benar selamat daripada bencana alam. Kalau kita menjadi mangsa, rumah hilang, insurans sememangnya tidak boleh dituntut, (kebanyakkan insurans tak cover kemalangan berpunca daripada bencana alam) dan amat memilukan sekiranya ada insan tersayang terkorban. Fikir-fikirkanlah.