Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

Showing posts with label Album. Show all posts
Showing posts with label Album. Show all posts

09 July 2018

Entry Ke-542

Nampaknya blog ini kembali bersawang. Kemaskini terakhir dibuat pada 19 Februari tahun lepas.

Mungkin zaman memblogging sudah berlalu. Netizen kini lebih tertarik dengan aplikasi yang lebih mudah dan ringkas seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Mungkin juga komitmen saya makin bertambah saban waktu, membataskan ruang dan peluang untuk saya terus menulis. Ini ditambah dengan keadaan komputer riba yang  seringkali 'meragam', mengurangkan lagi peluang untuk mengemaskininya.

Namun, bila sudah lama tak menulis, mood menulis tu semacam sudah hilang, terbang entah ke mana. Mungkin makan masa juga nak 'panaskan enjin' untuk mula menulis semula. Pembaca setia pun macam dah tak ada, kebanyakkan mereka juga mungkin sudah beralih kepada medium pembacaan yang lebih ringkas.

Dengan izin Allah, saya akan cuba untuk menghidupkan semula blog ini, walaupun tidak sekerap suatu ketika dahulu.

31 March 2015

Sebelum GST Siri 2

Bergambar dengan Afzal pada hari terakhir sebelum GST bermula. Hahaha...
Sambungan coretan terdahulu. Sebelum ini, saya kongsikan beberapa 'keping' gambar bagi setiap aktiviti saya sebelum cuti, kali ini pula, gambar aktiviti saya pada minggu akhir Mac 2015 selepas cuti. Cekedaut... Hahaha...

30 March 2015

Sebelum GST Siri 1

Bergambar selepas di kelas 6 al-Khawarizmi selepas selesai kertas terakhir Ujian Prestasi 1. Ridhuan 'khusyuk' sangat tengok laptop saya sampai tak sudi nak pandang kamera. Huhuhu...
Harap maaf. Coretan ini tiada kena-mengena dengan GST yang akan dilaksanakan pada awal April ini. Cuma nak bagi 'gempak' je buat tajuk macam tu. Hahaha...

07 March 2015

Masjid Cyberjaya

Alhamdulillah, Jumaat lepas (6 Mac 2015), saya berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat secara beejemaah di sebuah masjid baru di Cyberjaya, Masjid Cyberjaya.

Masjid Cyberjaya merupakan satu-satunya masjid yang ada di Cyberjaya dan jarak antara masjid ni dengan sekolah saya dalam lebih kurang 10 kilometer je.

08 February 2015

Hari Keluarga Yunus bin Taha 2015

Sehari selepas Seminar Pemikiran Maulana Abu al-Hasan Ali an-Nadwi, keluarga besar saya mengadakan satu program Hari Keluarga Yunus bin Taha bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, dekat-dekat dengan Sepang Gold Coast.


04 February 2015

Seminar Pemikiran an-Nadwi

Alhamdulillah. Pada 31 Januari yang lalu (Sabtu), Akademi Intelektual Muda (AIM) berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Abu al-Hasan Ali an-Nadwi yang diadakan di Auditorium Sa'id Ramadhan al-Buti, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Alhamdulillah, ini program kedua yang saya turut serta membantu menjayakannya walaupun sebenarnya tak seberapa pun saya buat kerja. Program pertama adalah Seminar Fiqh Jihad dan Terrorisme pada 27 Disember 2014 di Auditorium entah apa namanya Karangkraf Shah Alam.

09 May 2014

KAMIL Selangor 2014

Alhamdulillah, Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2014 Peringkat Negeri Selangor berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Menengah Rawang, Gombak pada Sabtu lepas, 3 Mei 2014. Dukacitanya, daerah Sepang hanya mampu merangkul 4 pingat sahaja dalam acara-acara yang dipertandingkan bagi kategori SRA/SRAI/KAFAI/SRI.

02 May 2014

KAMIL Sepang '14

Alhamdulillah, Program Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Sepang selamat berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas, 26 April 2014 bertempat di Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi (SRABBST), Sepang.

22 February 2014

UAI @ Surau Taman Permata


Siapa yang tak kenal Ustaz Azhar Idrus kan...? Majoriti orang Islam di Malaysia kenal dengannya.

Alhamdulillah, pada Isnin lepas (17 Februari 2014), Ustaz Azhar Idrus datang mari ke surau kariah kami, Surau Taman Permata untuk menyampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Anak Kunci Syurga".

16 February 2014

Maulidur Rasul 1435H

Entah kenapa, sejak tahun lepas, saya makin jarang mengemaskini blog CTB ni. Rasa nak menaip tu ada, tapi, entahlah. Kalau diikutkan, banyak je perkara yang saya nak share di sini tapi mungkin masa yang membatasi segala-galanya.

Tahun lepas pun, banyak peristiwa saya terlepas untuk dikongsi di sini seperti peristiwa saya ke Perak dengan Aiman, Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah yang memberikan kejayaan gemilang kepada sekolah, pengalaman sebagai pengawas peperiksaan buat kali pertama, dan macam-macam lagilah.

Ingatkan, nak berazamlah untuk memastikan blog ni tidak lagi bersawang, namun, bulan pertama lagi, saya sudah tewas, hanya dua entry sahaja yang mampu untuk saya buat. Entry kedua berkaitan dengan kebakaran tu pun saya buat sebab nak bagi blog saya 'terkenal' sebab gambar yang saya masukkan tu gambar 'panas', dicari orang ketika tu.

27 November 2013

Sungai Chongkak '13

Cuti sekolah sudah bermula. Waktu seperti ini digunakan sebaik mungkin oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk balik kampung, melancong, mengadakan walimah, dan sebagainya.

Saya juga tidak terkecuali.

Kami, para guru pun mengambil kesempatan cuti sekolah yang panjang untuk berjalan-jalan sebab bukan senang untuk kami apply cuti, lagi tak diluluskan kalau ambil cuti untuk pergi bercuti.

Rancangan pertama saya yang bukan pertama sebenarnya dalam cuti sekolah ini adalah pergi CAMPING...!

11 November 2013

Lawatan Ke Pulau Pinang '13

Selepas pengumuman senarai tugas baharu pada awal Oktober lepas, saya yang asalnya mengetuai Unit Ibadah dan Surau ditukarkan ke unit yang agak best, Unit Lawatan Murid, unit yang akan merancang lawatan yang berkaitan dengan murid.

Dan tugasan pertama yang diamanahkan dalam unit tersebut adalah lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini sebenarnya hasil kerja orang lain, saya hanya menyambung sahaja tugasan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah. Mana ada kerja yang tak timbul masalah...

Program: Lawatan Ke Pulau Pinang
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2013
Tempat: Pulau Pinang
Jurukamera: Saya, Amirul Hafiz, Hafizul Hadi, Razlan Ezmal, Irfan, Aqil Ilham, dan lain-lain.

17 October 2013

Aidiladha 1434H

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H.

Alhamdulillah, pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, surau kariah saya, Surau Taman Permata telah berjaya menguruskan penyembelihan 10 ekor lembu yang dijadikan sebagai korban.

Maaf, saya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Bangi, jadi saya tak dapat mengulas dengan lebih lanjut. Kita layan je lah gambarnya.

09 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia blog CTB saya yang tak seberapa ini.

Saya pula masih menantikan saat untuk beraya bersama 'pasangan hidup'. Mana tidaknya, semangat beraya makin lama makin luntur. Masa zaman kanak-kanak Ribena dulu je yang best beraya, berjalan-jalan ke rumah pak dan mak saudara, terima duit raya, tidur rumah saudara-mara. Kini, nak berjalan sengsorang pun tak tahu mana hala nak tuju. Sekurang-kurangnya kalau ada 'pasangan' dan 'cahaya mata', tidaklah sunyi. Nak berjalan pun terasa syok sebab tak jalan sorang-sorang.

Doa-doakanlah agar saya cepat berumah tangga. Cewah...

25 June 2013

Kejohanan Sukan Integrasi SKBSP Kali Ke-4

Sebelum bertolak ke kampung, saya singgah sekejap ke SK Bandar Seri Putra. Saja-saja je nak tengok anak murid bersukan. Memang niat nak tengok pun. Mula-mula malu nak masuk bersendirian. Nasib baik ada Solah. Hehehe...

Agak risau juga, mana la tau, ada pula dua tiga orang yang tak berpuas hati dengan beberapa kenyataan yang pernah saya keluarkan sebelum ni. Mulut saya ni memang macam longkang, kalau tak puas hati, terus cakap je, takde nak tapis-tapis. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah.

Orang macam saya, siapa yang suka... Sedangkan tokoh-tokoh ilmuan Islam silam pun diseksa dengan kejam, siapalah saya untuk meminta kesenangan...?

Abaikan luahan perasaan di atas, mari layan gambar-gambar.

23 June 2013

Rombak '13

Sebulan meninggalkan blog CTB ini penuh bersawang. Entry terakhir pun dibuat selepas sebulan menyepi. Adoyai...! Banyak perkara dan aktiviti yang nak dikongsi, cuma kekangan masa yang banyak menghalang saya untuk meluangkan dua tiga jam di hadapan komputer, juga beberapa masalah yang terpaksa saya selesaikan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

11 March 2013

Wan Aqif Aiman Part 2

"Ustaz, lepas ni ustaz free tak?"

Saya tersentak dengan pertanyaan Aqif Aiman yang saya lebih selesa memanggilnya dengan nama Aiman. Kebetulan, saya menyertai solat Asar berjemaah murid-murid tahun 5 dan 6 yang diimamkan oleh Ustaz Rijal. Seusai solat, saya disapa olehnya.

"Kenapa?"
"Saya nak belajar dengan ustaz."

Eh? Terkejut bercampur terharu bila mendengar pemintaan daripadanya. Kebiasaannya, agak sukar seorang murid mahu menahan saya daripada balik semata-mata mahu melanjutkan pembelajaran mereka bersama saya.