Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 March 2015

Sebelum GST Siri 1

Bergambar selepas di kelas 6 al-Khawarizmi selepas selesai kertas terakhir Ujian Prestasi 1. Ridhuan 'khusyuk' sangat tengok laptop saya sampai tak sudi nak pandang kamera. Huhuhu...
Harap maaf. Coretan ini tiada kena-mengena dengan GST yang akan dilaksanakan pada awal April ini. Cuma nak bagi 'gempak' je buat tajuk macam tu. Hahaha...

Alhamdulillah, selepas beberapa cubaan dan dugaan yang berlaku, Allah mengurniakan beberapa perkara kepada saya. Saya bersyukur kepada-Nya.

Tapi, dalam coretan kali ini, saya ingin berkongsi sebahagian perkara dan aktiviti saya yang berlaku sebelum cuti pertengahan penggal pertama 2015. Layan je la ek...

۞   ۞   ۞   GOTONG-ROYONG   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Gotong-royong Perdana
Tarikh: 17 Mac 2015 (Sabtu)
Tempat: SRA Bandar Bukit Puchong

Bila  kita sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, insya-Allah, persekitarannya akan menjadi bersih.

Time ni tengah sibuk mengemop lantai bilik pusat sumber sementara, tak ada masa nak ambil gambar. Huhuhu... Ada pun rembat gambar dari group WhatsApp.


۞   ۞   ۞   UP1   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Ujian Prestasi 1
Tarikh: 9 hingga 13 Mac 2015 (Isnin hingga Jumaat)
Tempat: SRA Bandar Bukit Puchong

Sebelum cuti, kita bagi kerja banyak-banyak kat guru-guru, kerja menanda kertas ujian. Hehehe...
5 al-Farabi (lelaki)
5 al-Farabi (perempuan)
5 al-Khawarizmi selepas ujian. Masing-masing membuka al-Quran.


۞   ۞   ۞   FUTSAL SUNGAI BUAH   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Kejohanan Mini Futsal Kampung Sungai Buah 2015
Tarikh: 14 Mac 2015 (Sabtu)
Tempat: Gelanggang Futsal Kampung Sungai Buah

Masjid Raudhatul Jannah dengan kerjasama The Musyary Club (TMC) telah mengadakan Kejohanan Futsal Kampung Sungai Buah Bawah 12. Ini merupakan program kerjasama pertama TMC adakan.

Alhamdulillah, penyertaan adalah amat memberansangkan. Peserta adalah dikalangan anak penduduk Kampung Sungai Buah dan kampung-kampung sekitar.
Sebahagian peserta yang terlibat.





Tempat berlangsungnya futsal.
 
Encik Borhan selaku Penyelia DUN Dengkil sedang menyampaikan ucapan.
Dengar la bebaik ucapan tu ek...

Peserta final sedang mencekik sebelum masuk gelanggang.
Semua nak jadi model.

 




Dah macam Shaolin Soccer pulak tengok bebudak ni...
Budak yang jadi benteng tu memang ada gaya profesional lah.

 insya-Allah pada esok malam. Hehehe... Dah ada dalam draft, tunggu nak publish je.
Acara penutup
Tempat ketiga
Naib johan
Pasukan yang juara bergambar bersama Ketua Kampung, Imam Masjid,
dan Ustaz Qamarull selaku wakil penganjur.
Seronok nampak.
Saya ada bergambar dengan pasukan yang menang ni, tapi tak tahu kat kamera siapa. Huhuhu... Sedihlah...

Okey, coretan ini akan bersambung.

Bersambung...

Tinta mencoret: Hindarkan dirimu daripada melakukan dosa dengan cara menyibukkan diri melakukan perkara yang ma'aruf.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment