Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

07 March 2015

Masjid Cyberjaya

Alhamdulillah, Jumaat lepas (6 Mac 2015), saya berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat secara beejemaah di sebuah masjid baru di Cyberjaya, Masjid Cyberjaya.

Masjid Cyberjaya merupakan satu-satunya masjid yang ada di Cyberjaya dan jarak antara masjid ni dengan sekolah saya dalam lebih kurang 10 kilometer je.

۞   ۞   ۞   MASJID HIJAU  ۞   ۞   ۞

Sumber
Terletak di Persiaran Semarak Api, berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Sepang, Masjid Cyberjaya merupakan satu-satunya masjid di Malaysia yang dibina mengikut ciri-ciri pembangunan rumah hijau, kata mudahnya, mesra alam, juga menjadi masjid pertama di Malaysia yang menerima penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Oleh sebab itu, ia juga dikenali sebagai Green Mosque atau Masjid Hijau.

Tapi kalau Masjid Hijau, Masjid al-Hasanah di Bandar Baru Bangi juga dikenali dengan nama Masjid Hijau kerana bumbungnya berwarna hijau.

Dibina di atas tanah seluas 109 ekar dengan kos RM 62 juta, Masjid Cyberjaya boleh menampung sehingga 10 ribu jemaah dalam sekali solat berjemaah. Ruang solat utama boleh memuatkan sehingga 1,200 orang jemaah bagi setiap kali solat berjemaah.

Dilengkapi dengan sistem Building-Integrated Photovoltaic (BIPV), menatang apa tu?, Masjid Cyberjaya menjana tenaganya sendiri melalui panel solar yang dipasang di atas bumbung masjid.

Air bekas wudhuk pula akan digunakan semula untuk perkara lain seperti penyiraman lanskap masjid.

Pembinaannya diinspirasikan daripada bentuk Kaabah, selain diselitkan dengan unsur kemodenan melalui khat Kufi yang terdapat disekeliling masjid, sesuai dengan Cyberjaya yang menjadi Hub IT Global. Ruangan solat utama pula dihiasi dengan ukiran kayu yang mana bercirikan tradisional di Malaysia.

Memulakan pembinaan pada 20 Mac 2013, Masjid Cyberjaya dibuka secara rasminya pada 27 Februari 2015. Kiranya ini kali kedua solat Jumaat diadakan di Masjid Cyberjaya ini ketika saya datang.


Apa lagi, macam biasa la, kita layan gambar-gambar. Penat si Faris ambilkan gambar untuk saya.

Laman di tengah-tengah bangunan masjid.
Ruang solat utama.
Kawasan depan masjid.
Menunggu Faris pakai kasut.
Nak buat gambar panorama tapi tak jadi, pokok-pokok ni kacau.
Cuma, time saya solat Jumaat tu, boleh pula pembesar suara terpadam masa imam baca al-Fatehihah rakaat kedua. Alhamdulillah, semua makmum menguatkan takbir setiap kali pertukaran rukun Fi'li. Jadi, tak ada masalah untuk solat.

Tinta mencoret: Tak guna ada masjid besar, cantik, mahal, mesra alam, canggih bagai kalau solat 5 waktu tak ramai yang sudi datang.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Post from Bloggeroid via Samsung PT-5100

No comments:

Post a Comment