Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

04 March 2015

Futsal Musyary Club

Dah baca coretan saya yang terdahulu? Kalau belum baca, eloklah baca dulu ye. Penting tau, cerita pasal orang yang saya betul-betul saya kenang jasanya.

Dakwah ni bukan hanya ketika kita kat surau-masjid, menunggu ustaz bagi tazkirah. Dakwah ni luas. Kadang-kadang tindakan kita seharian juga boleh menjadi cara terbaik untuk kita berdakwah kepada orang lain.

Surau-masjid lebih kepada kita selaku umat Islam datang beribadat, datang mendalami ilmu agama. Tapi, kalau dakwah, pada saya, surau-masjid bukanlah tempat yang paling sesuai sekiranya mad'unya bukan jenis kaki masjid.

Dakwah boleh juga berlaku di gereja.

Mari kita singkap kisah pengislaman seorang anak ketua paderi Cordova, Isabela yang bertitik tolak daripada perbahasan dua orang pemuda Islam bernama Umar Lahmi dan Muaz al-Andalusi. Dan perbahasan ini dilakukan di dalam gereja dan disaksikan penganut Kristian yang membanjiri ruang.


Banyak kaedah untuk berdakwah.

YB Dr Rani steady je berucap dalam majlis bersama Pastor Moses  Savari di Pekan Meru Klang suatu ketika dahulu. Dan perbuatan beliau mendapat kecaman hebat khususnya daripada parti lawannya.
Dan dakwah ini bukan terkhusus hanya kepada para ulama, ustaz-ustazah, imam, lebai.

Sebaliknya sesiapa yang beriman dengan Allah, Rasul-Nya, dan Hari Akhirat, tanggungjawab berdakwah itu tergalas di bahunya.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Kita ni beriman? Kalau beriman, kita 'wajib' pergi berdakwah. Bagaimana? Mengikut kemampuan kita. Paling kurang, kita tunjukkan keperibadian yang terpuji. Keperibadian Rasulullah yang terpuji itu turut menjadi penyumbang kepada perkembangan Islam di kalangan penduduk Arab Makkah.

Jadi, apa kena mengena antara dakwah dengan coretan kali ini?

۞   ۞   ۞   MUSYARY'S FUTSAL  ۞   ۞   ۞

Sabtu lepas (28 Februari 2015), saya menyertai satu perbincangan kumpulan The Musyary Club untuk mengadakan satu liga futsal bawah 12 tahun.

Pertemuan pertama bersama jawatankuasa Kejohanan Futsal Bawah 12 The Musyari Club 2015.
Kejohanan Futsal The Musyary Club 2015 bawah 12 tahun akan diadakan di Galaxy Futsal Bandar Baru Bangi pada 11 April ini.

Kejohanan ini menjadi satu cara untuk saling berkenalan dan menghubungkan silaturrahim antara peserta selain mendidik peserta untuk beriadah dalam suasana yang mesra syarak, atau mudahnya beriadah dalam keadaan menutup aurat.

Menutup aurat antara syarat menyertai kejohanan ini. Kebanyakkan antara kita kalau bersukan, aurat menjadi salah satu masalah yang sengaja diringan-ringankan. Hm...

Jadi, kami berusaha menerapkan kewajipan ini dalam kejohanan tersebut. Semoga semua mendapat manfaatnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari Facebook The Musyary Club atau boleh hubungi pihak urusetia di talian 017-314 3130.

Tinta mencoret: Akal yang cerdas terletak pada tubuh yang cergas.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

3 comments:

  1. haaaaaaaaaa
    satu konsep liga futsal yang baik

    eh ustaz2 sra bsp pun ada join liga futsal kat tempat yang sama
    blakang shell kan
    setiap sabtu pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada dengar ustaz-ustaz SRABSP join futsal ari tu...

      Delete