Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

Showing posts with label Aqil Ilham. Show all posts
Showing posts with label Aqil Ilham. Show all posts

21 May 2015

Mereka Yang Kurindui: Tahun 5 2014

Murid-murid Tahun 5 2014 di SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) adalah batch murid yang begitu lama 'berhadapan' dan 'bertemu' dengan saya secara di dalam bilik darjah. Ini bermula daripada saya menggantikan Ustaz Ashraf pada tahun 2012 sehinggalah saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru Tauhid bagi lima daripada 10 buah kelas darjah 5, tahun lepas.

Pada tahun 2012, mereka berumur 9 tahun, dan ketika itu mereka berada di Tahun 3. Tahun lepas pula merupakan tahun terakhir mereka bersama saya sebelum mereka melangkah kaki menaiki Tahun 6 dan mengambil peperiksaan penting bagi sekolah agama kerajaan negeri Selangor; Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Mereka ini paling banyak menerima teguran daripada saya bermula daripada mereka dalam tahun 3 (2012) sehinggalah kini.

Mereka ini merupakan kumpulan murid pertama yang mendapat pendidikan bermula Tahun 1 di SRABSP. Untuk makluman, SRABSP mula menerima kemasukan murid-murid Tahun 1 pada 2010.

26 August 2014

Usia 10 Tahun Bangun Qiyamullayl

Cerita baik rasanya wajar disebarkan. Mudah-mudahan cerita ini dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

Tahun lepas, ketika sesi menandatangani buku rekod kemajuan murid selepas Peperiksaan Akhir Tahun (PAT), 9 November 2013, bapa kepada salah seorang murid kelas jagaan saya merangkap ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, bertemu dengan saya untuk sesi 'beramah mesra' dan berbincang akan keputusan yang diperoleh anaknya.

Namanya Aqil Ilham bin Mohd Fadzil.

Alhamdulillah, keputusan Aqil meningkat daripada 78.0 peratus ketika Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) kepada kepada 83.8 peratus dalam PAT.

20 January 2014

Selamat Tinggal 2013

Sebahagian daripada murid-murid saya yang terawal di SRA Bandar Seri Putra.
Mereka kini melangkah kaki ke sekolah menengah.
Kebiasaannya, saya akan membuat satu entry khas berkaitan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun pada hari terakhir tahun tersebut, tetapi tahun lepas (2013), saya tidak berkesempatan untuk membuat entry tersebut kerana kekangan masa untuk menguruskan perihal persekolahan. Jadi, saya gantikannya dalam entry kali ini.

06 December 2013

"Ustaz Syahmi Garanglah"

“Dulu sebelum saya kenal ustaz, saya ingat ustaz ni garang.” (kata Hafiz)
“Ustaz, ****** cakap muka ustaz garang tapi suka senyum.”
“Eh, cepat tutup pintu tu, Ustaz Syahmi nampak kita dari atas.
(ni kes bawa bergambar dengan telefon di dalam tandas)
(berbisik) “Wei, letak buku Tajwid atas mejalah. Nanti Ustaz Syahmi marah.”
(loghat pantai timur) “Ustaz, saya (bapa murid) dah suruh si ***** cakap dengan ustaz dah, tapi dia takut. Tu yang saya call ustaz ni.”
“Ustaz Syahmi tu okey ke tak kalau aku nak tanya soalan?”
Kumpulan saya yang best ketika rombongan ke Pulau Pinang, Oktober lepas.
Dari kiri: Razlan Izmal, Hafizul Hadi, Aqil Ilham, Irfan, saya, dan Amirul Hafiz.

11 November 2013

Lawatan Ke Pulau Pinang '13

Selepas pengumuman senarai tugas baharu pada awal Oktober lepas, saya yang asalnya mengetuai Unit Ibadah dan Surau ditukarkan ke unit yang agak best, Unit Lawatan Murid, unit yang akan merancang lawatan yang berkaitan dengan murid.

Dan tugasan pertama yang diamanahkan dalam unit tersebut adalah lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini sebenarnya hasil kerja orang lain, saya hanya menyambung sahaja tugasan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah. Mana ada kerja yang tak timbul masalah...

Program: Lawatan Ke Pulau Pinang
Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2013
Tempat: Pulau Pinang
Jurukamera: Saya, Amirul Hafiz, Hafizul Hadi, Razlan Ezmal, Irfan, Aqil Ilham, dan lain-lain.

10 October 2013

Ogos Dan September '13

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, saya jarang mengemaskini blog CTB kesayangan saya ni. Maaf ya. Bukan sebab tak ada mood, tapi sebab kekangan masa yang dapat saya luangkan untuk menghadap komputer. Entry  ini pun saya buat sedikit demi sedikit, yang mana sepatutnya saya terbitkan minggu lepas.

Dan saya rasa, sudah lama saya tidak menulis apa-apa buah pandangan saya terhadap sesuatu perkara atau isu. Insya-Allah, mungkin pada cuti hujung tahun nanti, saya punya ruang masa yang melimpah-ruah untuk menaip.

Dalam entry kali ini, saya ingin mengemaskini beberapa aktiviti sepanjang Ogos dan September 2013.

Pihak sekolah melalui Unit Pusat Sumber dengan kerjasama PTS membuat minggu membaca pada 29 Julai hingga 2 Ogos 2013 yang mana pihak PTS membuat jualan buku kepada murid-murid. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan walaupun ada beberapa kes yang berlaku, sebahagiannya mencabar pemikiran kami selaku guru-guru.

27 August 2013

Terceria Tengah Tahun 2013

Alhamdulillah. Semalam (Isnin, 26 Ogos 2013), kelas saya sekali lagi menerima anugerah dalam pertandingan keceriaan kelas bagi bulan Jun dan menjadi kemenangan bagi kali keempat dalam tahun ini.

Ketua kelas 4 Ibnu Khaldun, Aqil Ilham menerima piala
daripada GPK 1, Ustaz Azhari Sulaiman.

23 June 2013

Rombak '13

Sebulan meninggalkan blog CTB ini penuh bersawang. Entry terakhir pun dibuat selepas sebulan menyepi. Adoyai...! Banyak perkara dan aktiviti yang nak dikongsi, cuma kekangan masa yang banyak menghalang saya untuk meluangkan dua tiga jam di hadapan komputer, juga beberapa masalah yang terpaksa saya selesaikan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.