Hari ni sudah 4 Syawal. Dah terlambat ke belum agak-agaknya? Lambat atau belum, saya tetap juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua blogger dan pembaca setia blog CTB saya yang tak berapa nak best sangat ni. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang coretan saya yang pernah mengguris hati bagai dihiris pisau pemotong daging. Sesungguhnya saya tidaklah berniat untuk melukakan hati sesiapa atas setiap penulisan saya melalui blog ni.
Juga, saya doakan agar amalan kita sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah dan diberikan ganjaran berupa Syurga. Sungguh, terasa malu untuk meminta Syurga Allah yang maha best itu kerana amalan yang dikerjakan belum tentu menepati spesifikasi amalan yang telah ditetapkan Allah. Namun begitu, adakah kita sanggup untuk masuk ke dalam Neraka dengan dosa kita yang bertimbun? Semoga dengan rahmat dan keberkatan-Nya, setiap dosa noda kita diampunkan Allah, dan dimasukkan ke dalam Syurga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Amin.
Juga, marilah kita sama-sama meneruskan amalan soleh yang kita kerjakan sepanjang Ramadan (selain Tarawih) sebagaimana yang sudah dipraktikkan. Itulah penguat kehidupan kita sebenarnya. Ramadan bukan satu-satunya bulan untuk kita pulun ibadat sebaliknya ia menjadi madrasah tarbiyyah buat kita, sebagai latihan agar kita mampu melaksanakan ibadat setelah kita bergraduasi daripada madrasah Ramadan.
تقبل الله منا ومنكم
"Semoga Allah menerima amalan kita semua."
Dan kita bergraduasi pada Aidilfitri, kita berjaya dalam mendidik diri kita agar mengetepikan setiap kehendak nafsu yang tidak selari dengan apa yang digariskan Allah kepada kita. Selepas Ramadan juga, diharapkan kita terus memusatkan setiap perkara dalam kehidupan kita kepada Allah sebagaimana kita laksanakan sepanjang Ramadan.
Jom, tengok gambar yang saya dan beberapa orang lain ambil sekitar Ramadan. Kalau nak tau perkara tambahan berkaitan gambar, sila halakan tetikus ke atas gambar berkaitan. Terima kasih.
Hadiah pertama diberikan salah seorang murid 5 Ibnu Bathutah, Nur Syahirah binti Muhammad Nazzis. Terima kasih. |
Ni pula hadiah kedua pemberian Najmuddin dan Asyraf. Terima kasih. |
Hamper ni diberikan oleh jiran belakang rumah, Auntie Melissa. Tiap kali Raya Puasa dan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah putus memberikan kami hamper. Semoga Allah memberikannya hidayah. |
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014 Penat puasa ye Wafir...? |
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014 Dua orang saudara baru (tiga dan kanan dari kiri) bergambar selepas majlis syahadah mereka di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. |
6 Ramadan 1435H | Jumaat | 4 Julai 2014 Hari kerja kelima dalam Ramadan. Jemu nak bersesak dalam kesesakan lalu lintas, jadi ajak Ustaz Qamarull berbuka di Presint 9 Putrajaya. |
Ni kaki Akmal. Berbalut... |
19 Ramadan 1435H | Khamis | 17 Julai 2014 Iftar bersama sahabat guru dari SRA Desa Putra di Tasik Idaman Bangi. Terima kasih kerana menjemput. |
21 Ramadan 1435H | Sabtu | 19 Julai 2014 Iftar bersama batch 2001-2005 SAMSMeL dan SAMBBST di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. |
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014 Bergambar sebelum iftar ketika Program 6+1 Tarawih Berbumbungkan langit di sekolah. |
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014 Tengah iftar di sekolah. |
20 Ramadan 1435H | Jumaat | 18 Julai 2014 Selepas mengemaskan dataran sekolah yang digunakan untuk solat Tarawih berjemaah. |
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014 Iftar dengan Akmal, Nazeeq, dan Hariz Syahmi di Pizza Hut Bandar Baru Nilai. |
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014 Bertarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. |
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014 Santai sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mufti Ismail Menk. Ceramahnya di masjid tapi speakernya dipasang di Dataran Putrajaya. Bagus...! |
25 Ramadan 1435H | Jumaat | 23 Julai 2014 Jalan-jalan di Downtown Jalan Reko, Kajang. |
23 Ramadan 1435H | Jumaat | 21 Julai 2014 Aqil Ilham (tengah) dan Nabil Asyraf berjaya melepasi ujian tergempar 5 Ibnu Sina. Gambar ni lakonan semata-mata. |
27 Ramadan 1435H | Jumaat | 25 Julai 2014 Nabil Husayni mendapat hadiah yang dijanjikan kerana berjaya menjawab kuiz yang saya adakan sepanjang Ramadan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Tahniah. Hadiah disampaikan oleh 'PA' saya, |
Tinta mencoret: Raya, raya juga. Saudara kita di Gaza jangan dilupakan.
Coretan berkaitan sepanjang Ramadan lepas.
Akhlaknya Tak Islam | Gaza Dibedil | Perihal Akmal Aim | Tarawih Berbumbungkan Langit | Akmal & Nazeeq
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Selamat hari raya syahmi.....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri kembali buat akak sekeluarga.
DeleteThank you! This is definitely an terrific online site!
ReplyDeleteHere is my site ... medicine lyrics jamestown revival