Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

13 April 2020

Catatan PKP Siri 4: Siswa

Hari ini merupakan hari ke-27. Ada lebih kurang 15 hari berbaki sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Itu pun kalau Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak melanjutkan lagi PKP ke fasa 4.

Dan kita nampak, pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutamanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang siang malam berjuang bagi mengekang virus COVID-19 ini daripada terus merebak dan memburukkan lagi keadaan.

Nampak raut wajah Ketua Pengarah Kesihatan yang kelihatan kepenatan setiap kali beliau membuat sidang media, setiap hari.

Hari ini, satu kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian akibat virus COVID-19 di Malaysia sebanyak 77 orang.

10 April 2020

Catatan PKP Siri 3: Kluster Kayangan dan 'Rempuhan'

Hari ini, Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 28 April 2020. Kiranya untuk fasa ketiga pulalah.

Pengumuman ini dibuat dalam satu perutusan khas Perdana Menteri jam 4.00 petang tadi.



01 April 2020

Catatan PKP Siri 2: PRIHATIN

Jumaat lepas (27 Mac 2020), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu golongan yang terjejas dengan penularan wabak Virus Corona, Covid-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN ini berjumlah RM 250 bilion akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk, mengikut kepada kategori yang telah ditetapkan.

Macam-macam bantuan yang telah diberikan kerajaan. Golongan B40 dan M40 dibantu, internet 1GB percuma setiap hari, penangguhan pembayaran pinjaman dan pembiayaan kewangan selama beberapa bulan, kebenaran mengeluarkan RM 500 setiap bulan dari akaun 2 KWSP, elaun khas kepada penjawat awam, elaun khas kepada frontliner, dan sebagainya. Yang tak tahu tu, boleh tanya Lebai Google.

Cuma, saya ada rasa sedikit pelik. Ada satu cadangan (saya kurang pasti siapa yang mula-mula mengeluarkan cadangan ini) memohon agar kerajaan membantu golongan artis yang turut terjejas dengan PKP.

Kejap. Golongan artis tu bukan rakyat Malaysia ke? Kalau ya, pergilah tengok dalam PRIHATIN tu, bantuan mana yang anda layak untuk mohon dan terima. Jadi, apa masalahnya?

Jika anda layak, buat permohonan. Saya yakin kerajaan tidak mendiskriminasi anda dalam mengagihkan bantuan. Kalau tak dapat tu, mungkin anda belum termasuk dalam golongan yang susah.



Ya, tidak dinafikan, terdapat ramai artis yang hidup dalam serba kekurangan. Rakan-rakan artis yang kaya-raya mungkin boleh sepakat buat satu tabung untuk mengumpulkan seberapa banyak yang boleh bagi membantu artis-artis yang betul-betul susah. Bukankah itu lebih mulia? Anda artis, pastinya tindakan tersebut akan menaikkan rating anda sendiri di mata peminat.



PRIHATIN itu bersifat umum. Selagi mana kita termasuk dalam kategori yang dinyatakan, kita layak memohon. Tiada akaun KWSP untuk dikeluarkan? Siapa suruh tak buka akaun KWSP? Kan kita boleh menabung secara sukarela sekiranya tiadak pendapatan tetap?

Dalam keadaan krisis seperti ini, mari kita kurang-kurangkan mengeluh. Kita seharusnya membantu pihak kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat keluar dari kemelut wabak yang melanda negara, bukan menambahkan lagi bebanan mereka.

Saya pun terkesan dengan pandemik dan PKP ini. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia, waktu inilah kita seharusnya menunjukkan rasa cinta kita kepada tanahair dengan berbakti dengan cara yang kita mampu. Sekurang-kurangnya duduk rumah dan patuhi PKP. Okey.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong telah berkenan supaya kerajaan tidak
membayar emolumen
kepada baginda berdua
selama enam bulan. 
Akhir sekali, saya amat kagum dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang berkenan untuk tidak mengambil semua emolumen baginda selama enam bulan, sebaliknya menyalurkan kesemuanya kembali kepada kerajaan bagi menghadapi krisis yang sedang kita hadapi in. Daulat Tuanku.

Tinda mencoret: Semoga Mak Cik Kiah terangkat bebannya.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

30 March 2020

Catatan PKP Siri 1: Hari Ke-13

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Gambar diambil di sini.
Hari ini, sudah masuk hari ke-13 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP. Kenapa kerajaan melaksanakan PKP? Kerana kerajaan nak mengekang tersebarnya virus yang kini sudahpun diisytiharkan sebagai pandemik, virus korona yang mana juga dikenali sebagai Covid-19.

26 March 2019

Saingan AFC 2020 Menentang China

Sumber gambar di Twitter.
Tahniah buat pasukan Malaysia Bawah 23 yang seri ketika berhadapan dengan China dalam perlawanan akhir Kumpulan J saingan untuk AFC 2020 yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

31 August 2018

Entry ke-543

"Mie, (arwah) Pak Long meninggal 2010 atau 2011?"

Mak tiba-tiba tanya. Tak tahu mengapa. Saya kebetulan berada di hadapan laptop terus melayari laman sesawang Blogger untuk membuat carian berkenaan Pak Long. Dapatan daripada carian tersebut menemukan satu catatan saya berkenaan kematian Pak Long yang pernah saya tulis di blog ini.

"15 April 2009," saya membacakan tarikh selepas menjumpainya.

2009, ketika itu saya masih ketagih dan ligat mengemaskini blog, semacam satu trend ketika itu jika ada blog. Kini, masyarakat netizen beralih kepada medium yang lebih mudah seperti Facebook, Instagram, dan Twitter untuk menzahirkan sesuatu atau menyimpan kenangan.

Ramai di kalangan rakan blogger saya suatu ketika dahulu sudah meninggalkan dunia blogging, saya juga sejak kebelakangan ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa ada kewajarannya untuk saya menghidupkan kembali blog saya ini walaupun orang dah tak nak baca lagi dah. Hahaha...

17 December 2016

Agong Menunjuk-nunjuk Solat Di Masjid (?)

13 tahun Rasulullah berdakwah membina nilai Aqidah dalam diri para sahabat di Makkah. Bila sudah mantap, baru Baginda beralih kepada pembentukan masyarakat, bermula daripada akhlak, budaya, sehinggalah kepada ekonomi dalam fasa kedua; 10 tahun di Madinah.

Kejayaan Rasulullah menanamkan keyakinan yang cukup tinggi kepada Allah membuatkan setiap wahyu yang diturunkan seterusnya mudah diserap dalam masyarakat. Kuncinya adalah KEIMANAN.

Namun, apabila manusia mula menukar kiblatnya daripada berkiblatkan Allah Yang Esa, maka masalah akan mula timbul, bermula daripada kerosakan akhlak sehinggalah kepada masalah ekonomi yang melanda.

Tiada masalah jika KBDYMM YDPA bersolat jemaah dengan jubah dan ketayap baginda selagi mana itu satu kebaikan. Dan Baginda YDPA, pada hemat saya, sudah menunjukkan satu contoh ikutan yang baik buat Rakyat jelata akan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah sebelum berhadapan dengan masalah dan ujian atas muka bumi ini.

05 September 2016

Enam Jam Itu Tidak Cukup

Kereta dihidupkan. Jam menunjukkan pukul 6.15 minit pagi. Saya melihat ke arah papan pemuka kereta, menanti masa enjin menjadi sedikit panas sebelum bergerak.

Batang gear ditolak ke arah gear satu, brek tangan pula diturunkan, dan kemudian pedal ditekan. Kereta Viva yang diparkir di hadapan rumah bergerak meninggalkan tempat ia ditinggalkan semalaman.

Saya memandu keluar dari arah Hulu Kelang menyusuri Jalan Lingkaran Luar 2 yang sedia maklum oleh warga Kuala Lumpur sebagai salah satu jalan utama yang begitu sesak, bukan sahaja pada waktu puncak, juga pada waktu malam dan hujung minggu.

Pemanduan saya agak santai, kerana tidak perlu bersesak-sesak dengan pengguna jalan raya yang lain.

Perjalanan sejauh lebih kurang 65 kilometer ke sekolah melalui Putrajaya dan Jenderam mengambil masa lebih kurang satu jam, jika tidak menempuh kesesakan jalan raya.

Walaupun saya bertugas pada sesi petang, namun saya merasakan perlunya saya hadir dengan lebih awal. Tugasan yang boleh dikatakan terlalu banyak melebihi daripada waktu bertugas menjadi satu sebab peribadi saya untuk hadir dengan lebih awal.
Suatu ketika dahulu di dalam sebuah bilik mesyuarat.
Waktu bertugas kami hanyalah lima jam, bermula jam 1.00 tengah hari sehingga 6.00 petang. Tiga jam daripadanya, bermula 2.30 petang sehingga 5.30 petang adalah waktu PdP, waktu pembelajaran di dalam bilik darjah. Maka berbaki dua jam untuk melaksanakan RPH, menanda buku, menyiapkan fail, kelas tambahan, kelas Iqra' dan sebagainya.

Itu belum lagi sekiranya ada tugas-tugas 'khas' yang mengiringi tugas-tugas hakiki.

"Syahmi, tolong fotostatkan sepuluh salinan."
"Syahmi, macam mana nak edit surat ni?"
"Syahmi, e-mailkan kepada PAID (pejabat agama daerah)."
"Syahmi, hantar buku kedatangan, akak nak hantar riten."
"Syahmi, tolong pasang bendera."
"Syahmi, tengokkan akaun e-Spek akak ni, tak boleh nak masuk."
"Syahmi, hari ni ada mesyuarat, uruskan kelas-kelas."
"Syahmi...!"

Secara peribadi, saya suka apabila saya menjadi tumpuan, saya dipanggil untuk membantu tugas, atau apa sahaja pertolongan berkaitan kerja ketika di tempat kerja. Tugas atau bentuan seperti ini menjadikan kehadiran saya di tempat kerja dihargai sebaiknya.



Namun, tugasan tambahan seperti ini menjadikan kerja yang sedia ada, ada kalanya menjadi tertunggak.

Itu belum lagi campur masa yang dihabiskan ketika 'sesi menggosip', waktu solat, makan, main fon, bisnes online, dan sebagainya yang tiada kena-mengena dengan tugas.

Akhirnya, fail-fail terbengkalai untuk disiapkan, keceriaan tidak dapat dilaksanakan. Kerja yang terhasil pula rendah kualitinya akibat dilaksanakan secara tergesa-gesa dan last minute.

Akan hilanglah keberkatan dalam hasil gaji yang diterima sekiranya dalam tempoh bertugas, kita disebukkan dengan perbuatan yang tiada kena-mengena dengan kerja yang diamanahkan untuk kita laksanakannya.

Langkah terbaik, saya melebihkan masa bertugas saya dua ke tiga jam sehari secara purata, bertujuan untuk menggantikan masa yang dibazirkan dengan perbuatan yang tidak berkaitan.


Namun, terbaru, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Krishnam dilapor meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengurang masa bekerja kepada enam jam sehari. Alasannya, melihat kepada negara Sweden yang melaksanakannya.


Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut walaupun ia dapat memberikan kelebihan kepada penjawat awam itu sendiri.

Sekiranya waktu 8 jam bertugas itu sendiri pun, masyarakat merungut tentang teruk dan lembapnya khidmat yang penjawat awam berikan walaupun saya yakin, sebahagian besarnya bukan salah pejawat awam tersebut, inikan pula mahu dikurangkan pula masa bertugas.



Entah la nak... Tak tahulah nak kata apa...

Teringat pula saya kepada satu kata-kata menyebut,
“Ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country.”
John F. Kennedy

Tinta mencoret: Apa sumbangan kita kepada Negara?

SRA Giching, Sepang SDE

05 June 2016

Kempen Sepak Side Mirror

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 6 Jun 2016 (Isnin).

Ini bermakna, bila yang mulia, bulan Ramadan datang bertamu lagi.

Buat semua umat Islam khususnya di Malaysia, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah

Ramadhan Kareem.
Allahu Karam!

Baru-baru ini, berlegar-legar di laman sesawang tentang satu kempen menyepak cermin sisi atau side mirror kereta yang dipandu di lorong kecemasan, kereta yang memotong barisan, kereta yang tidak memberikan lampu isyarat ketika mengubah lorong, dan kereta yang diletakkan di garisan kuning.

Secara umumnya, saya tidak bersetuju jika pemandu kereta memandu seperti itu.

Namun, tindakan pihak yang mencetuskan idea kempen ini juga tidak wajar untuk di sokong.

MENGAPA?

Pertama, mereka telah menyalahi Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana berlaku khianat. Khianat dengan melakukan kerosakan terhadap harta individu lain.

Kedua, bayangkanlah kalau pemilik kereta tersebut merupakan seorang samseng atau ahli kongsi gelap, tak rasa takut ke kalau-kalau mereka akan mencari si menyepak tersebut, mungkin mereka mengesan melalui nombor plat motor...

Bukan tak pernah berlaku, samseng mencari sampai ke lubang cacing hanya kerana di hon...

Ketiga, kalaulah tetiba ketika menyepak cermin sisi itu, pemandu kereta tersebut bertindak menghimpit (mungkin kerana terdapat sedikit ruang) menyebabkan si penyepak terjatuh atau terbabas, mungkin lebih malang lagi dilenyek tayar kereta berkenaan atau kenderaan lain...? Lagi bertambah menyusahkan orang lain.

Keempat, kalaulah si penyepak tersebut menyepak, tindakan menyepak itu membuatkan dia hilang imbangan, dan terbabas atau terjatuh, baamm...! Pun menyusahkan orang lain juga.

Saya tidak membela pemandu kereta yang bertindak tidak beretika dalam memandu, tetapi cara untuk kita membanteras mereka mengikut emosi adalah satu TINDAKAN YANG SALAH.

Tindakan yang sebetulnya, kita serahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan JPJ dalam menegakkan undang-undang. Atau kita membantu mereka dengan membekalkan gambar yang jelas atau video HD bagi membantu mereka membuat tindakan yang selaras undang-undang. Kita pun selamat, tidak jatuh, tidak tergolek, dan tidak dicari sekiranya kita 'ter'berhadapan dengan samseng.

Dan perlu diingat, video tentang penunggang motosikal yang menyepak cermin sisi kereta yang melalui lorong kecemasan itu juga melakukan satu kesalahan lain: menunggang di lorong kecemasan. Bukan sahaja kereta, malah motosikal juga dilarang daripada menggunakan lorong kecemasan. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus. Dia pun tak betul.

Bukan semua kezaliman dan kesalahan orang lain itu perlu dibalas dengan kejahatan. Dan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wasallam sentiasa menunjukkan akhlak yang baik ketika berhadapan dengan golongan yang selalu berbuat jahat terhadap Baginda, dan membalas kelakuan buruk mereka dengan kemaafan.
Dibaling batu dibalas buah.

Jangan tunjuk akhlak tidak baik itu. Apatah lagi ketika kita sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Hentikan kempen yang tidak berakhlak ini. Kita suruh orang beretika tetapi kita sendiri yang tidak beretika, berlagak samseng dalam membetulkan orang lain.

Tinta mencoret: Matlamat tidak menghalalkan cara.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Zenfone 4

22 October 2015

Peperiksaan Dan Jerebu

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) selamat sudah diadakan di seluruh negeri Selangor. UPSR telah dijadualkan berlangsung bermula 8 sehingga 10 September 2015 manakala PSRA pula dijadualkan bermula 28 September sehingga 2 Oktober 2015. Walau bagaimanapun, peperiksaan bagi matapelajaran Akhlak dan Sirah yang berkod AS01 yang pada asalnya dijadualkan pada 28 September 2015 terpaksa ditunda ke 9 Oktober 2015 akibat pengumuman penutupan sekolah-sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor akibat daripada bencana jerebu yang melanda negeri dan di beberapa buah negeri lain di Malaysia.D


14 October 2015

Tol Naik: Nak Harapkan Pembangkang...?

Bermula tengah malam ini, kadar tol di beberapa buah plaza tol di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang (kecuali KESAS) akan dinaikkan dengan kenaikan sehingga 80 peratus kenaikan.

Kita...? Apa lagi, bayar je lah. Kita juga yang 'nak' kenaikan itu berlaku.

Mengapa saya kata "kita yang nak"? Sebab kita sendiri yang memilih wakil kita dalam tampuk pemerintahan kerajaan. Jadi, apa sahaja yang mereka putuskan seperti kenaikan tarif tol ini, tindakan tersebut seolah-olah mendapat 'restu' daripada rakyat yang mengundi mereka.

Jadi, kalau nak bising-bising pun tak guna juga. Kena la tunggu 2018 nanti untuk kita membuat pilihan yang bijak. Kalau tak reti nak bijak, tak tahulah...


11 June 2015

Kejayaan Awal PPBN

Kita perlu bersikap terbuka. Jangan bodoh sombong kerana bola sepak di negara ini sudah jauh ketinggalan. Contohnya simposium hari ini (semalam) akan membolehkan jurulatih memanfaatkan maklumat dan pengetahuan terkini yang diperoleh apabila pulang ke negeri masing-masing.
Tatkala pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 mengalami kekalahan demi kekalahan di Sukan Sea Singapura, dalam diam, kita sebenarnya sedang membangunkan satu pasukan yang mungkin saya boleh katakan di sini sebagai satu pasukan yang mantap.


09 March 2014

MH 370

Semalam (8 Mac 2014), pagi-pagi lagi, saya sudah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat milik MAS yang lebih dikenali dengan nama MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Banyak spekulasi berkaitan kehilangan tersebut. Berita paling awal, dikatakan mendarat cemas di Nanning. Kemudian tersebarnya gambar kononnya bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Tidak kurang juga yang menjadi pengulas tidak bertauliah, memberikan pelbagai respon dan ulasan yang mungkin boleh dikatakan mengarut dan mengguris hati kaum keluarga mangsa MH370.

13 January 2013

Surat Daripada PM

Kelmarin (11 Januari 2013, Jumaat), selepas menyelesaikan kerja dan mengajar anak murid mengaji, saya mengetik kad perakam waktu (punch cardlah) sebelum pulang ke rumah. Kebiasaannya pada setiap hari Jumaat, jalan yang saya lalu untuk pulang ke rumah lebih sesak berbanding hari biasa. Akan lebih sesak sekiranya hari Jumaat tersebut bersambungan dengan cuti am atau sebarang perayaan.

Jadi, saya mengambil keputusan untuk melalui plaza tol Mines Selatan, yang mana kebiasaannya saya melalui South City Plaza kerana mengelak daripada membayar tol RM 1.30. Hehehe...

Bila saya masuk ke MRR2 melalui susur masuk TBS, jalan sudah mula sangkut. Sudah menjadi kelaziman MRR2 sesak dengan kenderaan. Cumanya, kesesakkan ini dua kali ganda berbanding kebiasaan.

Sabar ajelah...

Sepanjang perjalanan, terdapat dua kemalangan dan dua kenderaan rosak yang mana ia juga 'membantu' menyesakkan lagi jalan yang sedia sesak.

Ada yang kata, kesesakkan ini berpunca daripada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan pada keesokkan harinya (Sabtu, 12 Januari 2013). Wallahu 'alam. No comment about it.

02 December 2012

AFF Suzuki Cup 2012: Malaysia 2 - 0 Indonesia


Tahniah diucapkan buat Pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menumpaskan Indonesia dengan jaringan 2 tanpa balas.

Dengan kemenangan ini, Malaysia menempah tiket ke Separuh Akhir menentang Thailand yang dijadualkan pada 9 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

07 August 2012

Ramadhan 1433H: Petronas' Strangers

Salam Ramadan 1433H.

Iklan Petronas sememangnya tidak pernah menghampakan kita. Terbaru, kisah seorang jurutera Petronas bernama Erman yang ditugaskan ke Uzbekistan, bertemu dengan seorang budak bernama Jeyhun secara tidak sengaja yang akhirnya menjadikan mereka berdua akrab.

Selain daripada tugas Erman sebagai jurutera, Erman juga turut menabur baktinya kepada masyarakat setempat.

Ish, memang tersentuhlah...

23 June 2012

10 Tahun Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Siapa yang tidak kenal kepada Ustaz Fadzil Noor, seorang tokoh agama yang disegani khususnya oleh setiap gerakan Islam seluruh dunia. Pemergian beliau bukan sahaja dihadiri oleh ratusan ribu umat Islam tetapi juga alam sekeliling turut juga bersedih.

Alam yang turut 'menangis' ini diperhatikan sendiri oleh seorang pilot berbangsa India yang menerbangkan jenazah Almarhum dari Kuala Lumpur ke Kedah. Pesawat yang membawa jenazah dipayungi sepanjang perjalanan membuatkan pilot tersebut takjub dengan kejadian tersebut.

Peristiwa ini membuatkan pilot tersebut membuat keputusan untuk memeluk Islam.

سبحان الله
الله أكبر


23 May 2012

Kuala Lumpur Ditawan?


Saya terbaca di sebuah fanpage Facebook pro-Pakatan Rakyat, Kami Benci Saiful Bukhari berkaitan dengan kes rasuah kapal selam Scorpene yang dilaporkan kini menjadi salah satu kes mahkamah di Perancis.

Dalam post tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang perlu menghadiri prosiding mahkamah di Perancis sebagai saksi selain Zahid Hamidi, Razak Baginda, dan Mazlinda.

Namun, setakat yang saya tahu, tidak tahulah kalau ada yang saya terlepas pandang, Datuk Seri Najib tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah Perancis. Zahid Hamidi pula main tarik tali, awalnya mahu bekerjasama, tetapi menukar fikiran kemudian.

Jika mereka tidak mahu memberikan kerjasama terhadap inkuiri yang diadakan, pihak mahkamah Perancis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka berempat atas keengganan mereka untuk memberikan kerjasama.

"Hey, kalau diorang keluarkan waran tangkap, itu tak akan berkesan di Malaysia."

30 April 2012

BERSIH 3.0 Part 2: Gambar Sekitar Demonstrasi

Maaf, malam ni sakit kepala. Ingatkan mahulah menaip sebuah karangan. Apakan daya, hanya mampu melihat skrin komputer tanpa mampu menjana idea.

Sementara isu BERSIH 3.0 masih panas, mari kita sama-sama layan gambar-gambar yang saya kutip merata-rata dalam alam maya.

Hanya sedikit sambungan daripada entry terdahulu.