Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

01 April 2020

Catatan PKP Siri 2: PRIHATIN

Jumaat lepas (27 Mac 2020), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu golongan yang terjejas dengan penularan wabak Virus Corona, Covid-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN ini berjumlah RM 250 bilion akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk, mengikut kepada kategori yang telah ditetapkan.

Macam-macam bantuan yang telah diberikan kerajaan. Golongan B40 dan M40 dibantu, internet 1GB percuma setiap hari, penangguhan pembayaran pinjaman dan pembiayaan kewangan selama beberapa bulan, kebenaran mengeluarkan RM 500 setiap bulan dari akaun 2 KWSP, elaun khas kepada penjawat awam, elaun khas kepada frontliner, dan sebagainya. Yang tak tahu tu, boleh tanya Lebai Google.

Cuma, saya ada rasa sedikit pelik. Ada satu cadangan (saya kurang pasti siapa yang mula-mula mengeluarkan cadangan ini) memohon agar kerajaan membantu golongan artis yang turut terjejas dengan PKP.

Kejap. Golongan artis tu bukan rakyat Malaysia ke? Kalau ya, pergilah tengok dalam PRIHATIN tu, bantuan mana yang anda layak untuk mohon dan terima. Jadi, apa masalahnya?

Jika anda layak, buat permohonan. Saya yakin kerajaan tidak mendiskriminasi anda dalam mengagihkan bantuan. Kalau tak dapat tu, mungkin anda belum termasuk dalam golongan yang susah.



Ya, tidak dinafikan, terdapat ramai artis yang hidup dalam serba kekurangan. Rakan-rakan artis yang kaya-raya mungkin boleh sepakat buat satu tabung untuk mengumpulkan seberapa banyak yang boleh bagi membantu artis-artis yang betul-betul susah. Bukankah itu lebih mulia? Anda artis, pastinya tindakan tersebut akan menaikkan rating anda sendiri di mata peminat.



PRIHATIN itu bersifat umum. Selagi mana kita termasuk dalam kategori yang dinyatakan, kita layak memohon. Tiada akaun KWSP untuk dikeluarkan? Siapa suruh tak buka akaun KWSP? Kan kita boleh menabung secara sukarela sekiranya tiadak pendapatan tetap?

Dalam keadaan krisis seperti ini, mari kita kurang-kurangkan mengeluh. Kita seharusnya membantu pihak kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat keluar dari kemelut wabak yang melanda negara, bukan menambahkan lagi bebanan mereka.

Saya pun terkesan dengan pandemik dan PKP ini. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia, waktu inilah kita seharusnya menunjukkan rasa cinta kita kepada tanahair dengan berbakti dengan cara yang kita mampu. Sekurang-kurangnya duduk rumah dan patuhi PKP. Okey.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong telah berkenan supaya kerajaan tidak
membayar emolumen
kepada baginda berdua
selama enam bulan. 
Akhir sekali, saya amat kagum dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang berkenan untuk tidak mengambil semua emolumen baginda selama enam bulan, sebaliknya menyalurkan kesemuanya kembali kepada kerajaan bagi menghadapi krisis yang sedang kita hadapi in. Daulat Tuanku.

Tinda mencoret: Semoga Mak Cik Kiah terangkat bebannya.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete