Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 April 2020

Catatan PKP Siri 4: Siswa

Hari ini merupakan hari ke-27. Ada lebih kurang 15 hari berbaki sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Itu pun kalau Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak melanjutkan lagi PKP ke fasa 4.

Dan kita nampak, pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutamanya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang siang malam berjuang bagi mengekang virus COVID-19 ini daripada terus merebak dan memburukkan lagi keadaan.

Nampak raut wajah Ketua Pengarah Kesihatan yang kelihatan kepenatan setiap kali beliau membuat sidang media, setiap hari.

Hari ini, satu kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian akibat virus COVID-19 di Malaysia sebanyak 77 orang.

Kita sebagai orang awam, seharusnya membantu pihak KKM dengan cara mematuhi PKP tanpa banyak sangat soal.

Cuma, agak terkilan apabila ada beberapa orang (beberapa ini membawa maksud sedikit, bukan semua) mahasiswa yang menzahirkan beberapa ekspresi yang tidak seharusnya dizahirkan oleh mahasiswa, juga sebagai seorang pelajar.

Nasihat saya kepada semua mahasiswa yang rasa terbeban dan terseksa dengan PKP ini: Sabar. Cuba bersabar sehingga tempoh PKP benar-benar telah ditamatkan kerajaan. Ya, semua orang rasa terbeban dengan apa yang telah berlaku dan masing-masing mempunyai bebanan yang berbeza. Sabarlah.

Itu sahaja nasihat saya: Sabar.


Kalau nak bagi nasihat kepada pihak kerajaan, tiada masalah. Cuma, tak perlulah masing-masing, sama ada di pihak yang menyokong siswa ataupun pihak yang tidak menyokong, untuk bertekak. Suarakan pandangan dengan cara yang ilmiah, sesuai dengan diri seorang mahasiswa yang dilihat berilmu dan berintelektual. In Sya Allah, kerajaan mendengar setiap pandangan dan pandangan tersebut akan dibincang dan diperhalusi.

Tapi, kalau pandangan pasal nasi berlauk yang dikatanya... hmm... Yang itu, mudah saya kata: TIDAK BERSYUKUR. Makanan free macam tu, saya bersyukur sangat kalau dapat hari-hari.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman: "Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmat-Ku kepadamu. Dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras!"
AQ 14:7

Tahniah buat semua mahasiswa yang faham dan terus berkurung kerana mematuhi PKP. Anda memang terbaik...!

Tinta mencoret: Tenang semua.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete