Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

04 October 2008

Pemilihan Tandas

Baru sebentar tadi, keluarga saya dikunjungi dua pupu saya (anak sepupu kepada ibu saya) bersama keluarga beliau dari Pantai Dalam. Rasanya sudah lama tak bersua dengannya, lebih kurang dekat setahunlah. Susah nak ke rumahnya, tiada parking yang mencukupi akibat daripada jumlah kereta yang dimiliki oleh penduduk di kawasan rumahnya lebih banyak daripada jumlah parking yang disediakan oleh DBKL.

Sambil-sambil beramah mesra dihadapan hidangan semangkuk besar bihun goreng dan sate ayam yang dibeli di medan selera Lembah Keramat, beliau ada berkongsi satu petua.

Katanya, orang tua, may be dalam lingkungan 55 tahun ke atas, sesuai menggunakan mangkuk tandas jenis duduk daripada jenis cangkung. Ada ke cerita pasal tandas depan makanan. Bukan cerita pasal buang air, cuma cerita pasal pemilihan bilik air sahaja. Mungkin tidak menjadi masalah walaupun berada di hadapan makanan.


Orang tua tidak sesuai menggunakan mangkuk tandas jenis cangkung kerana faktor usia dan daya kekuatan badan. Apabila seseorang tua itu bercangkung dalam keadaan yang agak lama, darah yang mengalir akan berhenti di bahagian lutut. Apabila mereka bangun setelah selesai bercangkung untuk qadha' hajat, mereka mudah untuk pitam. Keadaan mencangkung itu akan menyebabkan darah yang terhenti tadi akan segera naik secara laju ke atas dan akan menyebabkan tekanan darah turut naik serta dengupan jantung bertambah kencang. Kesannya, orang tua tersebut akan jatuh pitam. Tersilap jatuh, patah tulang dan boleh juga membawa maut.

Benarkah? Wallahu a'lam. Benar ataupun tidak, saya tidak dapat membuktikan kesahihannya. Boleh terus rujuk doktor ataupun mereka yang pakar dalam bidang ini.

Terima kasihlah kepada dua pupu saya yang berkongsi petua ini.


Coretan tinta: Kalau ia benar dan kaedah saintifik mengesahkannya, kita sepatutnya memilih tandas duduk pada masa tua nanti. Jangan masa itu dok sebuk berfikir nak ikut sunnah nabi sedangkan cara itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Masa muda-muda tak mau pula ikut. Masa dah tua, sebuk nak ikut.

Kartun Yang Menghina Allah!

MAHA SUCI ALLAH ATAS SEGALA PENGHINAAN DAN KUTUKAN ORANG-ORANG KAFIR LA'NATULLAH ALAIHIM AJMA'IN. SEMOGA MEREKA DITIMPAKAN AZAB YANG PALING BERAT DI DUNIA LAGI. AMIEN...

Saya ada terbaca sebuah kartun yang diedarkan dalam sebuah laman web berteraskan Islam, iLuvIslam.com, yang memaparkan sebuah kartun yang dicipta bertujuan untuk memesongkan akidah kita sebagai seorang umat Islam.

(sila klik di sini untuk pautan ke laman web iLuvIslam.com)




















Marilah kita bersama-sama berdoa agar mereka yang melakukan penghinaan ini diazab Allah dengan azab yang paling berat di dunia lagi...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى ألــــه وصحبه أجمعين
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Kau hancurkanlah mereka yang menghina-Mu, menghina agama-Mu, menghina nabi-nabi-Mu dan segala jenis risalah, makalah, hasil yang mereka keluarkan bertujuan untuk menghina-Mu.

Ya Allah, Engkau turunkanlah azab yang paling berat ke atas mereka di atas muka bumi ini. Kami tidak tertahan dengan segala jenis penghinaan terhadap-Mu dan terhadap agama-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Suci daripada segala jenis penghinaan oleh kaum kafir la'natullahi alaihim ajma'in.

وصلي الله على سيدنا محمد وعلى ألــــه وصحبه أجمعين
والحمد لله رب العالمين

Tinta mencoret: Yang peliknya, kenapa orang kristian itu hanya menggunakan Bible sahaja sebagai hujah? Secara logiknya, adakah orang Islam yang taat akan terima hujah yang berasaskan Bible untuk mereka menukar agamanya? Tidak sama sekali. Begitu juga dengan orang kristian. Mereka tidak akan terpengaruh dengan pendakwah yang menggunakan al-Quran dan hadith semata-mata sebagai hujah.

Kereta Api Berkembar KL-Ipoh Beroperasi 1 Disember

Oleh: Che Wan Badrul Alias

KUALA LUMPUR: Khidmat tren penumpang antara bandar menghubungkan Kuala Lumpur-Ipoh menggunakan laluan kereta api berkembar dengan kekerapan 10 perjalanan setiap hari, akan mula beroperasi 1 Disember ini.


Perkhidmatan secara shuttle itu dijangka mampu membawa 3,040 penumpang setiap hari dengan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya berkenaan boleh dikurangkan kepada dua jam lima puluh minit.

Bagaimanapun, khidmat itu hanya sementara sebelum digantikan Set Kereta Api Elektrik (ETS) yang dijangka mula digunakan pada 2010.

Pengurus Besar Unit Perniagaan Strategik Perkhidmatan Antara Bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan (gambar), berkata buat permulaan lima gerabak penumpang iaitu tiga gerabak untuk kelas dua dan dua kelas ekonomi akan digunakan untuk setiap perjalanan.

Katanya, tren itu akan berhenti di lima perhentian iaitu Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai dan Tanjung Malim, manakala dua lagi iaitu Sungai Buloh dan Kuala Lumpur lama, masih dalam kajian.

"Jika semuanya berjalan lancar, kita akan mulakan sebelum Hari Raya Haji sebagai promosi perkhidmatan baru kami sebelum menggunakan ETS, sama seperti Komuter tetapi dengan kekerapan lebih tinggi.

"Apabila ETS beroperasi di laluan baru itu nanti, perkhidmatannya jauh lebih efektif berbanding tren sedia ada kerana ia lebih panjang, mempunyai enam gerabak dan lebih laju iaitu sehingga 140 kilometer sejam (km/j) berbanding had laju sekarang 120 km/j," katanya kepada Berita Harian.

Sarbini berkata, kos bagi menyiapkan projek itu diambil daripada peruntukkan sedia ada.

Katanya, bagi memperkenalkan perkhidmatan baru kepada pengguna, pihaknya perlu menyegerakan pembukaan laluan itu supaya ia bersedia digunakan sebelum Aidiladha, Krismas dan cuti sekolah akhir tahun ketika jumlah penumpang dijangka meningkat.

Beliau berkata, berbanding tren antara bandar yang lain, bagi laluan Kuala Lumpur-Ipoh, KTMB tidak akan membenarkan penumpang untuk berdiri sekiranya jumlah kerusi tidak mencukupi kerana tempoh perjalanan yang jauh.

Sumber: Berita Harian Online

p/s: En. Sarbini ni kawan bapa saya. He... he... he... Saya selalu syorkan kawan-kawan saya, naiklah kereta api. Keselamatan kita terjaga. Kalau kita lebih prefer naik bas ekspress, mereka ni pandu laju. Bukankah itu berbahaya? Takkan kita semua dah cukup banyak pahala kalau terjadi apa-apa sekiranya bas kemalangan akibat daripada pemanduan yang laju... Saya lebih suka naik kereta api daripada bas ekspress. Sebab itulah saya tak pernah naik sebarang bas ekspress untuk ke mana-mana destinasi. Naiklah kereta api, majukan industri perkereta-apian untuk negara...

Malaysia Dilantik Anggota Lembaga IAEA

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Malaysia dilantik menganggotai lembaga gabenor agensi tenaga atom antarabangsa (IAEA) bagi tempoh Oktober 2008 sehingga September 2010, demikian menurut kenyataan dari Kedutaan Malaysia di Austria dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil Malaysia di lembaga gabenor IAEA ialah Datuk Mohd Arshad M. Hussain yang juga duta ke Austria dan wakil residen ke IAEA.

Lembaga gabenor IAEA yang terdiri daripada 35 anggota akan bersidang 5 kali dalam setahun dan menghadiri dua lagi mesyuarat peringkat jawatankuasa teknikal dan kerjasama dan jawatankuasa program dan bajet.

IAEA yang mempunyai 145 anggota adalah sebuah agensi bertaraf dunia yang bekerjsama dalam bidang nuklear dan sejak ditubuhkan sebagai organisasi di bawah naungan PBB pada 1957.

Ia juga bekerjasama dengan negara anggota dan pelbagai rakan kongsi dari seluruh dunia untuk penggunaan teknologi nuklear secara aman dan selamat.

Sumber: Bernama

p/s: Tahniahlah Malaysia sebab terpilih mengangotai gabenor lembaga IAEA. Terharu rasanya...

Tak Sah Zakat Dibayar Menggunakan Wang Ringgit.

Tempohari, saya terbaca satu cadangan yang datangnya dari seorang 'ulama pondok, mengajar di sekolah pondok di Kedah. Beliau menggesa agar zakat fitrah kembali dibayar dengan beras, bukannya wang ringgit seperti apa yang berlaku sekarang.

Hujah beliau ialah kerana kita, rakyat Malaysia keseluruhannya bermazhab dengan mazhab Imam asy-Syafi'e, jadi eloklah kita kembali kepada garis panduan yang telah ditetapkan dalam mazhab tersebut, membayar dengan makanan ruji sesebuah negeri tersebut.


Saya rasa si 'ustaz' ni agaknya terlupa yang kita sepatutnya tidak terikat dengan hanya satu mazhab sahaja. Bukankah dalam pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah ada 4 mazhab fiqh? Hambali oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Hanafi (Imam Abu Hanifah), Maliki (Imam Malik) & Syafie (Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi'e).

Beliau sepatutnya jelas dengan pengurusan institusi zakat negeri kerana beliau merupakan bekas ahli majlis fatwa negeri Kedah suatu masa dahulu.

Kita fikir logik, sekiranya kita membayar zakat fitrah menggunakan beras, kos akan bertambah. Mengapa? Yalah, takkan amil, pengutip zakat mahu memikul sahaja beras-beras yang dizakatkan orang ramai dari tempat dia mengutip zakat itu ke baitulmal? Tentulah memerlukan sekurang-kurangnya sebuah lori. Betul tak?

Sekiranya dibayar dengan wang ringgit, kos penyewaan, pengangkutan dan yang berkaitan dapat dijimatkan. Bukankah ini dapat meningkatkan jumlah harta baitulmal itu sendiri sekaligus tidak menjejaskan jumlah penerimaan terhadap 8 asnaf.

Lagipun, fakir miskin bukannya hanya menggunakan zakat untuk makan sahaja. Mungkin dengan duit itu, mereka menggunakannya untuk membiayai pendidikan anak-anak, pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya. Adakah mungkin mereka membayar segala perkara dengan beras?

Sekiranya beliau berpendapat bahawa kita sepatutnya kembali kepada mazhab Syafi'e, beliau sepatutnya turut membuat teguran terhadap pengusaha-pengusaha kedai makanan. Mazhab Syafi'e menyuruh pembeli membayar terlebih dahulu barang yang dibeli sebelum diambil. Tetapi yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya. Mazhab Syafi'e hanya membenarkan kita makan di restoren KFC dan Mc Donald dan melarang kita memilih warung-warung dan kedai kopi kerana urusniaga hanya dibenarkan dengan pembeli perlu membayar terlebih dahulu sebelum barang diserahkan (sebelum makan). Syarat yang lainnya ialah perlunya akad walaupun sekecil urusniaga. Dengan ini, kita tidak dibenarkan berurusniaga dengan mesin air kerana tiada berlakunya akad tersebut. Mengapa perkara yang sudah sebati sejak sebelum penggunaan wang dalam zakat fitrah tidak cuba diubah sedangkan pembayaran fitrah menggunakan wang hanya berlaku selepas kemerdekaan?

Fikir-fikirkanlah. Saya berpegang pada satu, Islam itu mudah. Jangan kita menyusahkan sesuatu perkara sekiranya terdapat kemudahan di situ. Imam Syafie mungkin sependapat dengan imam mazhab yang lain sekiranya beliau hidup dalam zaman kita. Buktinya jelas, sebahagian fatwa beliau berbeza ketika beliau menetap di Baghdad dengan selepas beliau berhijrah ke Mesir.

p/s: Tak mengapalah beliau mengeluarkan pendapat beliau sebab negara kita demokrasi. Sesiapa sahaja berhak bercakap. Tetapi bukan apa yang kita cakapkan itu akan diterimapakai...

والله أعلم بالصواب