Entah la... Dua tiga bulan dah berlalu sudah bagai ada benda yang melayang-layang dalam benak fikiran. Nak kata salah sendiri, entahlah. Apa yang faham, hanyalah salah silap orang lain sendiri, bukannya dari diri yang kecil ini. Tapi, entahlah. Dah nama pun
manusia, tentulah tak lepas daripada salah dan silap.
Selaku seorang yang mempunyai prinsip, saya tidak sesekali menarik balik apa juga tindakan saya. Biarlah mereka menjaja 'kesilapan' saya yang mereka sangkakan atau adakan itu melata. Saya berpegang pada satu perkara dalam hal ini, jangan aibkan sesiapapun.
Biarlah Tuhan yang mengadilinya, itu lebih adil berbanding manusia yang hanya tahu menyebelahi satu pihak dan bersikap berat sebelah dalam mengadili.
Selagi saya yakin itu bukan satu bentuk kesilapan, jangan cuba 'mengugut' saya agar menukarnya. Saya
tetap bertegas dengan pendirian tersebut walaupun satu dunia menyanggahnya.
Bukan ego, bukan tidak mengakui kesilapan. Sebenarnya ramai daripada kalangan manusia sendiri yang melihat 'kesalahan' saya itu berdasarkan cerita daripada pihak yang bertentangan dengan diri saya sendiri.
Mereka menilai apa yang diperkatakan itu sebagai benar dan 'menjatuhkan hukuman mandatori' ke atas saya tanpa satu pun hujah pembelaan!
Kalau mereka minta sekalipun, saya bersikap berdiam sahaja. Biarlah mereka yang tidak berpuas hati itu menyelesaikan sendiri dengan saya. Cukuplah saya menyimpan sahaja cerita itu dalam memori.
Sesiapa yang terasa tu, jangan kecil hatilah. Lumrah dunia. Selama ini, anda sendiri malukan saya, jaja 'kesalahan' saya. Mengapa pula anda perlu terasa pedas sedangkan anda sendiri yang menyuapkan sambal belacan ke dalam mulut?