Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

20 December 2010

Mantan Mufti Jordan Kembali Ke Rahmatullah

Syeikh Nur Ali Salman al-Qudah,
mantan Mufti Jordan
Syeikh Nur Ali Salman al-Qudah, mantan Mufti Jordan telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam (Ahad, 19 Disember 2010) ketika berusia sekitar 71 tahun. Beliau lahir pada 1939 di Ajlun, Jordan. Beliau menerima ijazah daripada ramai ulama Syam, terutamanya Syeikh Ali al-Daqr. Antara guru-guru Syeikh Nuh al-Qudah ialah Syeikh Abd al-Karim al-Rifaie, Syeikh Abd al-Razzaq al-Himsi, Syeikh Mahmud al-Rankusi, Syeikh al-Murabbi Muhammad al-Hasyimi, dan lain-lain. Beliau juga pernah mengambil Tariqat Syaziliyyah daripada Syeikh Muhammad al-Hasyimi.

Ketika beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Syariah di Damsyik, Syria, beliau menuntut ilmu dengan ramai ulama di situ seperti Syeikh Mustafa al-Zarqam Dr Wahbah al-Zuhayli, Syeikh Abd Rahman as-Sabuni, Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Syeikh Fawzi Faydullah, dan lain-lain sehingga beliau bergraduan pada tahun 1965.

Pada tahun 1972, beliau dilantik menjadi mufti tentera.

Pada tahun 1977 beliau ke Kaherah, Mesir dan menimba ilmu daripada ulama di sana seperti Syeikh Abd al-Ghani Abd al-Khaliq, Syeikh Hasan asy-Syazili, dan juga Syeikhul Azhar pada masa itu Syeikh Abd al-Halim Mahmud. Beliau berjaya memperolehi ijazah masternya dari Universiti al-Azhar di bawah seliaan Syeikh Muhammad al-Anbabi dengan tajuk "Qadhak al-'Ibadat wan-Niyabah Fiha" (قضاء العبادات والنيابة فيها) pada tahun 1980.

Beliau menerima PhD pada 1986 daripada Universiti Islam Muhammad bi Su'ud di Riyadh, Arab Saudi dengan kajian tesisnya yang bertajuk "Ibrak al-Dzimmah min Huquq al-'Ibad" (إبراء الذمة من حقوق العباد).

Sepanjang tugasnya sebagai mufti, beliau telah mengeluarkan ribuan buah fatwa berkaitan agama dan juga kemanusiaan. Pada tahun 1996 beliau menjadi duta Kerajaan Jordan di Iran sehingga tahun 2001. Pada tahun 2004, beliau bertugas dalam bidang penfatwaan di Emiriyyah Arab Bersatu dan juga sebagai penasihat Menteri Keadilan, Wakaf dan Hal Ehwal Islam sehingga tahun 2007. Pada tahun tersebut beliau dilantik sebagai mufti am Kerajaan Jordan sehinggalah beliau bersara pada bulan Februari 2010 yang lalu.

Sumber: Rawd ar-Rayyahin [klik]

Tinta mencoret: al-Fatihah...

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment