"Okay, saya nak cakap sikit. Esok hari......"
"Hari Guru."
"Apa? Esok hari apa?"
"HARI GURU!!!"
"Esok hari Raaabuuuuuu."
(Ada yang tergelak, ada yang tersenyum...) "Laa..."
"Eh, betullah esok hari Rabu. Betul tak?"
"Betul..." "Okey. Esok hari apa?"
"Hari Rabu." "Bagus. Esok sekolah macam biasa."
(Ada yang tanya) "Ustaz, esok bawa hadiah tak?"
"Hadiah? Buat apa? Birthday saya lambat lagilah." "Esok kan Hari Guru!"
"Esok hari Rabulah." "Esok ada Sambutan Hari Gurulah, ustaz."
(buat-buat macam tak tahu) "Oh, yeke? Kamu nak bagi saya hadiah ke? Kalau nak bagi hadiah, saya nak hadiah sebiji kereta atau pun sebiji rumah."
"Ustaz, kitorang mana mampu beli kereta dengan rumah."
"Saya bukan nak 'sebuah' kereta atau 'sebuah' rumah. Saya nak 'sebiji'."
"Eh korang, ustaz nak kereta mainanlah."