31 December 2016
25 December 2016
Masuk Kandang Kambing, Mengembeklah
Walau bagaimanapun, Imam asy-Syafi'e Rahimahullahu 'anhu yang menjadi asas kepada pemikiran mazhab ini pernah meninggalkan sekali bacaan Qunut ketika Solat Subuh, sedangkan beliau sendiri secara konsisten melaksanakannya dan meyakini setiap ijtihad yang dikeluarkannya berdasarkan dalil yang kuat.
Bacaan Qunut ini ditinggalkan ketika beliau mengimamkan Solat Fardhu Subuh di Kota Baghdad.
Mengapa beliau meninggalkannya?
23 December 2016
Bumi Dipijak, Langit Didongak
Dalam bermasyarakat itu, pastinya kita perlu menerima kelemahan orang lain sebagaimana kekurangan kita ditampung mereka.
Dan perlu untuk kita memahami akan kekurangan saudara kita, supaya kita tidak sentiasa berjalan mendongak ke langit, tanpa menghiraukan rumput dan tanah yang dipijak.
Dan perlu diingatkan, tanpa rumput dan tanah itu, tidak mungkin untuk kita berjalan dengan mendada. Langit yang dipandang itu pastinya tidak akan membantu tika terjatuh melainkan rumput dan tanah yang dipijak itulah yang akan menyambut.
17 December 2016
Agong Menunjuk-nunjuk Solat Di Masjid (?)
Kejayaan Rasulullah menanamkan keyakinan yang cukup tinggi kepada Allah membuatkan setiap wahyu yang diturunkan seterusnya mudah diserap dalam masyarakat. Kuncinya adalah KEIMANAN.
Namun, apabila manusia mula menukar kiblatnya daripada berkiblatkan Allah Yang Esa, maka masalah akan mula timbul, bermula daripada kerosakan akhlak sehinggalah kepada masalah ekonomi yang melanda.
Tiada masalah jika KBDYMM YDPA bersolat jemaah dengan jubah dan ketayap baginda selagi mana itu satu kebaikan. Dan Baginda YDPA, pada hemat saya, sudah menunjukkan satu contoh ikutan yang baik buat Rakyat jelata akan kepentingan menjaga hubungan dengan Allah sebelum berhadapan dengan masalah dan ujian atas muka bumi ini.
12 December 2016
Moana Konspirasi Dajjal (?)
05 September 2016
Enam Jam Itu Tidak Cukup
Suatu ketika dahulu di dalam sebuah bilik mesyuarat. |
"Syahmi, tolong fotostatkan sepuluh salinan."
Saya ada 8 tapi saya selalu buka 2 atau 3 sahaja. Siapa saya?— Pesan Bonda (@acuupi) September 2, 2016
Kaunter pejabat kerajaan
“Ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country.”
Tinta mencoret: Apa sumbangan kita kepada Negara?
SRA Giching, Sepang SDE
04 September 2016
Koleksi Rakan Bisu
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa (bukan sebab keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Dalam Pengetahuan-Nya."
Rasulullah Sallallahu `Alayhi Wasallam pernah bersabda:
"Berilah makan dan ucapkanlah salam kepada mereka yang kamu kenal dan juga yang kamu tidak kenal."
Jangan jadi sombong. 'Menyautlah' sapaan orang lain.
Jangan jadi sombong. Bertegurlah dengan Salam.
Jangan hanya tahu menambah koleksi rakan maya, namun hanya membisu dengan koleksi tersebut.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
28 August 2016
Ke Terengganu Mencari Damai
Bergambar kenangan ketika rombongan ke Terngganu, tahun 2010. |
Lebih tepat, saya ke Kuala Terengganu.
Tinta mencoret: Terengganu Darul Iman...g
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong PDM
20 June 2016
Bonus Dan Tayar
Allahu Akram...!
Salam Ramadan 1437H.
Hari ni kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ya...? |
Tiga inisiatif tersebut ialah: bonus gaji 1.5 bulan yang akan dibayar pada 1 Julai 2016; kenaikan gaji sebanyak dua kali yang akan bermula Julai ini; dan kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.
Alhamdulillah, rezeki lebih untuk Raya. |
Pengumuman ini dibuat selepas Kerajaan Negeri berjaya mengutip RM 1.65 bilion, melepasi separuh daripada sasaran unjuran dalam Belanjawan 2016 Negeri Selangor.
Selain itu juga, rizab negeri pula melonjak daripada RM 3.6 bilion kepada RM 4.034 bilion pada 16 Jun 2016.
Semua ini nikmat kelebihan daripada Tuhan.
Jangan ditanya mengapa rakyat Selangor senyum hingga ke pipi. |
Semua itu dugaan daripada Allah.
Tayar pecah, perlu diganti. |
Ujian tayar pecah ni sikit je berbanding ujian yang Allah turunkan buat ulama-ulama silam, sehingga mempertaruhkan jiwa dan raga mereka untuk mempertahankan Islam. Walaupun kecil, mudah-mudahan ia mampu mendidik jiwa ini supaya bersabar, lebih-lebih lagi ketika berpuasa dan di bawah terik mentari. Fuh...
Tinta mencoret: Tahniah Selangor. Moga berkekalan Rahmat daripada Allah.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Asus Zenfone 4
12 June 2016
Lelaki, Jagalah Auratmu
Allahu Akram...!
Salam Ramadan 1437H
Aurat.
Bila cerita bab aurat, kita gemar menyalahkan kaum Hawa, kononnya mereka liat dalan melaksanakan ibadah tersebut.
Haa... Kan segak bergaya bila dah tutup aurat. Dari kiri: Danial Ariff, Amin Hakim, Arif Syazani, dan Ashryl Haqiem. |
Sebelum itu, mari kita sama-sama buat sedikit ulangkaji berkaitan dengan aurat.
Perkataan "aurat" (عورة) berasal daripada perkataan "'ara" (عار) yang bermaksud malu atau aib.
Secara ringkasnya, aurat ialah bahagian anggota badan yang wajib ditutup atau disembunyikan daripada pandangan orang lain.
Bagi lelaki, aurat yang perlu ditutup daripada pandangan orang lain ialah bermula dari pusat sehingga ke lutut. Anggota-anggota yang perlu ditutup oleh kaum lelaki ialah pusat, lutut, betis,... eh perlu dinyatakan satu persatu ke...?
Manaka bagi wanita pula, auratnya ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) melaksanakan Ops Ramadan dan Aurat bagi mengesan dan menahan pesalah yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan berpakaian tidak menutup aurat, ketat, selain tidak berpuasa secara terang-terangan.
Tahniah diucapkan buat JAHEIK dan Kerajaan Kelantan yang begitu bersungguh-sungguh dalam menghidupkan suasana Islami ke atas rakyat dan negeri Kelantan. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kalian.
Namun, sedarkah kita bahawa kita terlalu tertumpu kepada kaum Hawa dalam menegur mereka agar menutup aurat dengan sempurna, bahkan ada sebahagian daripada kita mengambil pendekatan mengutuk, menghina, bahkan memulau wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Terlampaunya kita melihat 'kesalahan' wanita yang tidak bertudung dan berseluar ketat ini akhirnya mengelabukan sebahagian daripada kita khususnya para lelaki dalam membaiki kelemahan dan kesalahan kita dalam menutup aurat.
Aurat lelaki 'lebih sedikit', hanya kawasan bermula pusat sehingga lutut berbanding wanita yang perlu menutup sebahagian besar daripada tubuh badannya.
Akan tetapi, para lelaki 'tidak mampu' menutupnya dengan sempurna berbanding wanita yang pada saya saban hari berusaha menutupnya dengan lebih baik.
Di sini, saya senaraikan beberapa waktu yang mana sang lelaki begitu mengabaikan aurat mereka.
RIADAH
Pasukan Futsal 5 Ibnu Bathutah 2014 yang diketuai oleh ketua kelas, Ahmad Shafie (berbaju jingga). |
Baik yang budak, remaja, hinggalah ke pakcik pakcik, ramai di kalangan mereka yang gemar sangat memakai seluar pendek ketika bersukan. Antara alasan yang pernah diberikan mereka adalah kerana ia memudahkan pergerakan mereka.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah satu alasan yang kukuh untuk membenarkan kita membuka aurat.
Nak menang, biar menang dunia-akhirat. Gambar dari Lebai Google. |
Di sini, saya nak bahagikan kepada dua, sama ada mandi di tempat awam atau mandi di tempat tertutup.
Mandi di tempat awam adalah seperti di pantai, sungai, kolam, atau mungkin di taman tema air. Manakala tempat tertutup pula seperti di asrama. Mungkin ada contoh lain.
Tak mau kata banyak, cuma perhatikan tuala (jika memakai tuala), pakaian renang, atau kain basahan yang dipakai itu, adakah ia menampakkan pusat, ataupun lutut, ataupun apa yang terdapat di antara keduanya? Sekiranya ya, maknanya, aurat itu tidak dijaga sempurna.
Contohlah budak-budak yang nak bersunat, walau pun mereka akan menanggalkan seluar mereka di hadapan mudim, tapi mereka tetap 'sopan' menutup aurat ketika mandi. Sumber gambar dari Lebai Google. |
Setiap kali saya memberikan penerangan kepada murid-murid saya, seringkali saya menekankan kepada mereka akan aurat ketika berada di rumah.
Setiap kali penerangan diberikan, akan pasti ada yang bermuka terkejut...
"Walau dengan keluarga sendiri?" (Tanya mereka)
"Ya, walau dengan keluarga sendiri."
"Tapi kan, ustaz, saya sebilik dengan abang saya, dia selalu pakai boxer dalam bilik..."
Hensem Aaron Aziz pakai baju menutup aurat di rumah. Jadilah seperti Aaron Aziz. |
Walaupun kita berada di rumah, aurat tetap perlu ditutup. Di bilik-bilik asrama, aurat tetap perlu ditutup. Bukan boleh percaya kawan-kawan lelaki di dalam bilik asrama tu, dalam diam dia tengok roomate dia pakai boxer, habis naik 'adik' dia. Akhirnya, naluri songsang akan terangsang, korang juga yang meremang.
Haa... Tidur la macam tu. Setan suka orang yang tak reti nak jaga aurat ni. |
Saya lelaki. Pesanan ini buat semua lelaki yang ada termasuk diri saya. Kita selalu tuding jari terhadap wanita yang tidak menutup aurat, tidak bertudung, berpakaian ketat, dan sebagainya sedangkan kita sendiri gagal dalam menjaga aurat yang takde la besar mana pun yang perlu di tutup.
Nak dalil ke...? Tak perlulah. Kewajipan menutup aurat tu ma'ruf, diketahui ramai.
Ingat...
Mendedahkan aurat itu dosa besar.
Dan pelaku dosa besar menjadi fasiq.
Dan seorang yang fasiq itu tidak layak menjadi wali.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Asus Zenfone 4
05 June 2016
Kempen Sepak Side Mirror
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 6 Jun 2016 (Isnin).
Ini bermakna, bila yang mulia, bulan Ramadan datang bertamu lagi.
Buat semua umat Islam khususnya di Malaysia, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah
Ramadhan Kareem.
Allahu Karam!
Baru-baru ini, berlegar-legar di laman sesawang tentang satu kempen menyepak cermin sisi atau side mirror kereta yang dipandu di lorong kecemasan, kereta yang memotong barisan, kereta yang tidak memberikan lampu isyarat ketika mengubah lorong, dan kereta yang diletakkan di garisan kuning.
Secara umumnya, saya tidak bersetuju jika pemandu kereta memandu seperti itu.
Namun, tindakan pihak yang mencetuskan idea kempen ini juga tidak wajar untuk di sokong.
MENGAPA?
Pertama, mereka telah menyalahi Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana berlaku khianat. Khianat dengan melakukan kerosakan terhadap harta individu lain.
Kedua, bayangkanlah kalau pemilik kereta tersebut merupakan seorang samseng atau ahli kongsi gelap, tak rasa takut ke kalau-kalau mereka akan mencari si menyepak tersebut, mungkin mereka mengesan melalui nombor plat motor...
Bukan tak pernah berlaku, samseng mencari sampai ke lubang cacing hanya kerana di hon...
Ketiga, kalaulah tetiba ketika menyepak cermin sisi itu, pemandu kereta tersebut bertindak menghimpit (mungkin kerana terdapat sedikit ruang) menyebabkan si penyepak terjatuh atau terbabas, mungkin lebih malang lagi dilenyek tayar kereta berkenaan atau kenderaan lain...? Lagi bertambah menyusahkan orang lain.
Keempat, kalaulah si penyepak tersebut menyepak, tindakan menyepak itu membuatkan dia hilang imbangan, dan terbabas atau terjatuh, baamm...! Pun menyusahkan orang lain juga.
Saya tidak membela pemandu kereta yang bertindak tidak beretika dalam memandu, tetapi cara untuk kita membanteras mereka mengikut emosi adalah satu TINDAKAN YANG SALAH.
Tindakan yang sebetulnya, kita serahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan JPJ dalam menegakkan undang-undang. Atau kita membantu mereka dengan membekalkan gambar yang jelas atau video HD bagi membantu mereka membuat tindakan yang selaras undang-undang. Kita pun selamat, tidak jatuh, tidak tergolek, dan tidak dicari sekiranya kita 'ter'berhadapan dengan samseng.
Dan perlu diingat, video tentang penunggang motosikal yang menyepak cermin sisi kereta yang melalui lorong kecemasan itu juga melakukan satu kesalahan lain: menunggang di lorong kecemasan. Bukan sahaja kereta, malah motosikal juga dilarang daripada menggunakan lorong kecemasan. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus. Dia pun tak betul.
Bukan semua kezaliman dan kesalahan orang lain itu perlu dibalas dengan kejahatan. Dan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wasallam sentiasa menunjukkan akhlak yang baik ketika berhadapan dengan golongan yang selalu berbuat jahat terhadap Baginda, dan membalas kelakuan buruk mereka dengan kemaafan.
Dibaling batu dibalas buah.
Jangan tunjuk akhlak tidak baik itu. Apatah lagi ketika kita sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Hentikan kempen yang tidak berakhlak ini. Kita suruh orang beretika tetapi kita sendiri yang tidak beretika, berlagak samseng dalam membetulkan orang lain.
Tinta mencoret: Matlamat tidak menghalalkan cara.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Zenfone 4
19 April 2016
KAMIL Zon 1 Sepang 2016
Tahniah...!
Apa lagi, kita layanlah gambar pulak...!
Mikhail sanggup datang pada huujung minggu untuk training. |
Ada peningkatan dalam kaedah khat tapi saya masih belum berpuas hati. |
Peserta Pidato Lelaki sedang berlatih. |
Peserta Nasyid Lelaki sedang menyanyi... Aaaaaaaa~~~ |
Jom kita gerak ke MITS Sepang...! |
Peserta dibawah seliaan saya. Dari kiri: Nurliyana Shazwani (Khat T2P), Nur Anneesa (Khat T1P), saya, Faris Aniq (Khutbah Jumaat), Mikhail Firhad (Khat T2L), dan Aniq Hazwan (Khat T1L). |
Taklimat sebagai hakim yang dilantik. |
"Ustaz kenal saya tak...?" Kalau Wafi tak ingatkan saya pasal peristiwa yang saya suruh dia bersilat, pasti saya tak ingat langsung pasal murid ni. Terima kasih kerana mengingati saya. |
Gambar kenang-kenangan dengan Wafi and the gang yang menyertai acara Nasyid Terbuka Lelaki mewakili SRA Bandar Seri Putra. |
Jumpa orang kampung. Ngeh... |
Peserta Nasyid dari SRA Bandar Seri Putra. Mereka mendapat johan dalam acara ini. |
Peserta Nasyid yang terpaksa dipindahkan tempat pertandingan ke tempat lain. Mungkin ini hikmahnya kami berjaya mendapat tempat ketiga. |
Aniq Hazwan menerima piala. |
Tak sempat nak ambil gambar Mikhail masa dia ambil piala atas pentas sebab bateri telefon dah habis... |
Tinta mencoret: Doakan kami berjaya menjejakkan kaki ke peringkat negeri...!
SRA Giching, Salak Tinggi SDE
07 March 2016
Pemuda Buta Bersama Telefon Pintar
07 February 2016
Aku Nak Jadi MB...!
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersabda: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu sahajalah kedatangan Hari Kiamat. (Seorang sahabat) bertanya "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya (bukan bidangnya), maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
01 February 2016
Krik Krik '16
Berkhidmat di dalam talian |