Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

17 June 2010

The Karate Kid (2010)

Semalam, saya baru sahaja menonton filem terbaru keluaran Columbia Pictures, The Karate Kid arahan Harald Zwart. Cerita yang durasinya lebih dua jam ini banyak diselitkan nilai-nilai murni dan moral, sesuai ditonton bukan sekadar untuk bersantai dan berhibur malah sarat dengan pengajaran.

16 June 2010

Madrasah Yusuf di Sebuah Penahanan Tanpa Had Masa

HMP Greenock di Scotland
Sudah menjadi tradisi.

Seorang manusia yang dibuktikan oleh segala bukti bahawa dirinya tidak bersalah, tidak akan dihukum penjara.

Sebaliknya dia akan ditahan di dalam tahanan tanpa had masa.

13 June 2010

Dari Alor Gajah

Hampir 48 jam saya berada di Melaka. Alhamdulillah, nampaknya semuanya nampak bagus di sini. Mana tidaknya, kemeriahan Melaka sebagai sebuah bandaraya bersejarah di negeri selat yang diiktiraf UNESCO selain Georgetown selain keberlansungan Sukan Malaysia di sini menambahkan lagi kemeriahannya.

Perjalanan bermula selepas maghrib, 11 Jun 2010 (Jumaat) dari rumah Ustaz Fadhli di Beranang. Perjalanan memakan masa sekitar 2+ jam melalui Lebuhraya Utara Selatan [klik] dan keluar di persimpangan Simpang Ampat, berhampiran Alor Gajah. Agak penat jugalah sebab tengah hari sebelum bertolak, saya ke Kajang atas urusan kerja. Walaupun penat, keseronokan berjalan itu lebih terasa berbanding penat...

SABTU, 12 JUN 2010

Hari pertama, saya ke Bandaraya Melaka. La haula wala quwwata illa billah. Kesesakan ketika dalam perjalanan ke Bandaraya Melaka sememangnya menggugat keimanan. Pening kepala... Saya dan Ustaz Fadhli melalui Lebuhraya AMJ (tak tahulah nama panjangnya) menuju ke pusat bandaraya. Keadaan jalan yang terlalu banyak traffic light selain daripada kapasiti kenderaan yang melaluinya yang tinggi antara punca kesesakkan teruk di situ.

06 June 2010

Sinar Baru Selepas Gelita

إذا اشتدت بك البلوى
ففكر في ألم نشرح
فعسر بين يسرين
إذا فكرت به تفرج

Alhamdulillah. Siang tadi (Sabtu, 5 Jun 2010), saya menghadiri perjumpaan antara beberapa orang agen Public Mutual di ibu pejabatnya di Damansara Perdana. Perbincangan antara lain bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan membincangkan permasalahan yang timbul ketika berhadapan dengan beberapa jenis costumer yang cerewet. Dan insya-Allah, dalam beberapa minggu dari sekarang, saya akan ditauliahkan sebagai seorang agen Public Mutual atau nama glamournya financial consultant, itupun sekiranya saya lulus dalam exam yang disediakan oleh pihak syarikat.

Rasanya tidak perlulah diceritakan secara detail mengenai hal berkenaan, cukuplah hanya sebagai gambaran.

04 June 2010

Assalamualaikum Ya Ustaz...

Sejak post terakhir [klik], saya langsung tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa artikel untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Walaupun  terdapatnya isu besar yang sepatutnya saya ulas seperti penyerangan komando tentera Israel ke atas kapal bantuan ke Gaza, Mavi Marmara di perairan antarabangsa, saya bagai tidak diberi ruang untuk mengulasnya di dalam blog ini.

Walau bagaimanapun, anda bolehlah mengakses mana-man blog yang telah pun mengulas isu ini secara panjang lebar dan sebahagiannya mengulas dengan penuh emosi. Syukurlah kerana kesemua rakyat Malaysia selamat dalam tragedi berdarah ini.