Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 March 2014

MH 370

Semalam (8 Mac 2014), pagi-pagi lagi, saya sudah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat milik MAS yang lebih dikenali dengan nama MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Banyak spekulasi berkaitan kehilangan tersebut. Berita paling awal, dikatakan mendarat cemas di Nanning. Kemudian tersebarnya gambar kononnya bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Tidak kurang juga yang menjadi pengulas tidak bertauliah, memberikan pelbagai respon dan ulasan yang mungkin boleh dikatakan mengarut dan mengguris hati kaum keluarga mangsa MH370.

07 March 2014

Hafizul Hadi

Rayuan Hafizul ke MRSM diterima dan Hafizul ditempatkan di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang. Keputusan rayuan yang diterima saat akhir itu tersebar ke pengetahuan saya malam Selasa lepas.

Saya menyelongkar mencari semula nombor telefon Hafizul yang pernah diberikan kepada saya pada tahun lepas. Saya terlupa simpan nombor tersebut di telefon saya selepas Hafizul beri. Silap saya.

Alhamdulillah, nasib baik saya berjaya menjumpai nombor tersebut. Jam 10.18 malam, saya terus telefon, dengan harapan dapat berbual dengannya buat kali terakhir sebelum Hafizul bertolak ke Kepala Batas pada keesokkan harinya.

Hafizul, mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan Jayyid Jiddan dalam PSRA tahun lepas merupakan ketua kelas 4 Ibnu Rusyd yang saya lantik.

Pagi selasa, baru saya dapat bertemu dengan Hafizul bersama ayahnya di sebuah restoran berhampiran rumahnya di Bandar Seri Putra. Riak wajahnya tergambar kegembiraan.

22 February 2014

UAI @ Surau Taman Permata


Siapa yang tak kenal Ustaz Azhar Idrus kan...? Majoriti orang Islam di Malaysia kenal dengannya.

Alhamdulillah, pada Isnin lepas (17 Februari 2014), Ustaz Azhar Idrus datang mari ke surau kariah kami, Surau Taman Permata untuk menyampaikan kuliah beliau yang bertajuk "Anak Kunci Syurga".

16 February 2014

Maulidur Rasul 1435H

Entah kenapa, sejak tahun lepas, saya makin jarang mengemaskini blog CTB ni. Rasa nak menaip tu ada, tapi, entahlah. Kalau diikutkan, banyak je perkara yang saya nak share di sini tapi mungkin masa yang membatasi segala-galanya.

Tahun lepas pun, banyak peristiwa saya terlepas untuk dikongsi di sini seperti peristiwa saya ke Perak dengan Aiman, Ujian Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah yang memberikan kejayaan gemilang kepada sekolah, pengalaman sebagai pengawas peperiksaan buat kali pertama, dan macam-macam lagilah.

Ingatkan, nak berazamlah untuk memastikan blog ni tidak lagi bersawang, namun, bulan pertama lagi, saya sudah tewas, hanya dua entry sahaja yang mampu untuk saya buat. Entry kedua berkaitan dengan kebakaran tu pun saya buat sebab nak bagi blog saya 'terkenal' sebab gambar yang saya masukkan tu gambar 'panas', dicari orang ketika tu.

31 January 2014

Air Mawang Dijilat Api

Cuti tiga hari sempena Tahun Baru Cina ni saya habiskan dengan bercuti di kebun mak di kampung. Kebiasaannya, bila saya pulang ke kampung, saya pasti akan ke Pekan Tampin untuk window shopping.

Tapi bila baru keluar dari pagar rumah, saya nampak kepulan asap hitam dari arah Pekan Air Mawang yang berhampiran dengan rumah. Saya bergegas ke arah asap tersebut dan...

Apa lagi, jadi wartawan tidak bertauliah le..........

Saya baru sampai. Kebakaran pun nampaknya baru sahaja berlaku.