
Kalau dah namanya agensi kerajaan, macam itulah perangainya. Walaupun pelbagai cara dan tindakan dibuat daripada pihak kerajaan, khususnya daripada Jabatan Perdana Menteri, selagi ia bergelar sebuah badan yang bersangkut-paut dengan kerajaan, selagi itulah pasti tiada secubis senyuman yang terukir di raut wajah yang ayu.
Sila rujuk pada tulisan saya sebelum ini (sila klik
di sini).
Sebelum itu, saya lakarkan lirik lagu yang sepatutnya menjadi satu budaya dan amalan kita sebagai rakyat Malaysia yang 'katanya' terkenal dengan budi bahasa.
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kautersenyum Kutersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan
Wallahu a'lam, saya tidaklah tahu tajuk lagu ini, cuma telah hafal sejak di bangku sekolah lagi...
Ceritanya bermula di sini...