![]() |
| Bergambar kenangan ketika rombongan ke Terngganu, tahun 2010. |
Lebih tepat, saya ke Kuala Terengganu.
Tinta mencoret: Terengganu Darul Iman...g
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Bentong PDM
![]() |
| Bergambar kenangan ketika rombongan ke Terngganu, tahun 2010. |
![]() |
| Hari ni kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ya...? |
![]() |
| Alhamdulillah, rezeki lebih untuk Raya. |
![]() |
| Jangan ditanya mengapa rakyat Selangor senyum hingga ke pipi. |
![]() |
| Tayar pecah, perlu diganti. |
![]() |
| Haa... Kan segak bergaya bila dah tutup aurat. Dari kiri: Danial Ariff, Amin Hakim, Arif Syazani, dan Ashryl Haqiem. |
![]() |
| Pasukan Futsal 5 Ibnu Bathutah 2014 yang diketuai oleh ketua kelas, Ahmad Shafie (berbaju jingga). |
![]() |
| Nak menang, biar menang dunia-akhirat. Gambar dari Lebai Google. |
![]() |
| Contohlah budak-budak yang nak bersunat, walau pun mereka akan menanggalkan seluar mereka di hadapan mudim, tapi mereka tetap 'sopan' menutup aurat ketika mandi. Sumber gambar dari Lebai Google. |
![]() |
| Hensem Aaron Aziz pakai baju menutup aurat di rumah. Jadilah seperti Aaron Aziz. |
![]() |
| Haa... Tidur la macam tu. Setan suka orang yang tak reti nak jaga aurat ni. |
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 6 Jun 2016 (Isnin).
Ini bermakna, bila yang mulia, bulan Ramadan datang bertamu lagi.
Buat semua umat Islam khususnya di Malaysia, saya mengucapkan selamat menjalani ibadah
Ramadhan Kareem.
Allahu Karam!
Baru-baru ini, berlegar-legar di laman sesawang tentang satu kempen menyepak cermin sisi atau side mirror kereta yang dipandu di lorong kecemasan, kereta yang memotong barisan, kereta yang tidak memberikan lampu isyarat ketika mengubah lorong, dan kereta yang diletakkan di garisan kuning.
Secara umumnya, saya tidak bersetuju jika pemandu kereta memandu seperti itu.
Namun, tindakan pihak yang mencetuskan idea kempen ini juga tidak wajar untuk di sokong.
MENGAPA?
Pertama, mereka telah menyalahi Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana berlaku khianat. Khianat dengan melakukan kerosakan terhadap harta individu lain.
Kedua, bayangkanlah kalau pemilik kereta tersebut merupakan seorang samseng atau ahli kongsi gelap, tak rasa takut ke kalau-kalau mereka akan mencari si menyepak tersebut, mungkin mereka mengesan melalui nombor plat motor...
Bukan tak pernah berlaku, samseng mencari sampai ke lubang cacing hanya kerana di hon...
Ketiga, kalaulah tetiba ketika menyepak cermin sisi itu, pemandu kereta tersebut bertindak menghimpit (mungkin kerana terdapat sedikit ruang) menyebabkan si penyepak terjatuh atau terbabas, mungkin lebih malang lagi dilenyek tayar kereta berkenaan atau kenderaan lain...? Lagi bertambah menyusahkan orang lain.
Keempat, kalaulah si penyepak tersebut menyepak, tindakan menyepak itu membuatkan dia hilang imbangan, dan terbabas atau terjatuh, baamm...! Pun menyusahkan orang lain juga.
Saya tidak membela pemandu kereta yang bertindak tidak beretika dalam memandu, tetapi cara untuk kita membanteras mereka mengikut emosi adalah satu TINDAKAN YANG SALAH.
Tindakan yang sebetulnya, kita serahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan JPJ dalam menegakkan undang-undang. Atau kita membantu mereka dengan membekalkan gambar yang jelas atau video HD bagi membantu mereka membuat tindakan yang selaras undang-undang. Kita pun selamat, tidak jatuh, tidak tergolek, dan tidak dicari sekiranya kita 'ter'berhadapan dengan samseng.
Dan perlu diingat, video tentang penunggang motosikal yang menyepak cermin sisi kereta yang melalui lorong kecemasan itu juga melakukan satu kesalahan lain: menunggang di lorong kecemasan. Bukan sahaja kereta, malah motosikal juga dilarang daripada menggunakan lorong kecemasan. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus. Dia pun tak betul.
Bukan semua kezaliman dan kesalahan orang lain itu perlu dibalas dengan kejahatan. Dan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi wasallam sentiasa menunjukkan akhlak yang baik ketika berhadapan dengan golongan yang selalu berbuat jahat terhadap Baginda, dan membalas kelakuan buruk mereka dengan kemaafan.
Dibaling batu dibalas buah.
Jangan tunjuk akhlak tidak baik itu. Apatah lagi ketika kita sedang berada dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Hentikan kempen yang tidak berakhlak ini. Kita suruh orang beretika tetapi kita sendiri yang tidak beretika, berlagak samseng dalam membetulkan orang lain.
Tinta mencoret: Matlamat tidak menghalalkan cara.
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
via Zenfone 4
![]() |
| Mikhail sanggup datang pada huujung minggu untuk training. |
![]() | |
| Ada peningkatan dalam kaedah khat tapi saya masih belum berpuas hati. |
![]() |
| Peserta Pidato Lelaki sedang berlatih. |
![]() |
| Peserta Nasyid Lelaki sedang menyanyi... Aaaaaaaa~~~ |
![]() |
| Jom kita gerak ke MITS Sepang...! |
![]() |
| Peserta dibawah seliaan saya. Dari kiri: Nurliyana Shazwani (Khat T2P), Nur Anneesa (Khat T1P), saya, Faris Aniq (Khutbah Jumaat), Mikhail Firhad (Khat T2L), dan Aniq Hazwan (Khat T1L). |
![]() |
| Taklimat sebagai hakim yang dilantik. |
![]() |
| "Ustaz kenal saya tak...?" Kalau Wafi tak ingatkan saya pasal peristiwa yang saya suruh dia bersilat, pasti saya tak ingat langsung pasal murid ni. Terima kasih kerana mengingati saya. |
![]() |
| Gambar kenang-kenangan dengan Wafi and the gang yang menyertai acara Nasyid Terbuka Lelaki mewakili SRA Bandar Seri Putra. |
![]() |
| Jumpa orang kampung. Ngeh... |
![]() |
| Peserta Nasyid dari SRA Bandar Seri Putra. Mereka mendapat johan dalam acara ini. |
![]() |
| Peserta Nasyid yang terpaksa dipindahkan tempat pertandingan ke tempat lain. Mungkin ini hikmahnya kami berjaya mendapat tempat ketiga. |
![]() |
| Aniq Hazwan menerima piala. |
![]() |
| Tak sempat nak ambil gambar Mikhail masa dia ambil piala atas pentas sebab bateri telefon dah habis... |