![]() |
Gambar dari kiri: Daniel, Aiman Haikal, Wajdi Al Khair, Kamarol Ikhwan, dan Hilman.
Gambar diambil sebelum balik tadi. Semoga jadi anak-anak yang soleh.
|
19 August 2019
Idola Untuk Diikuti
Label coretan
Fikrah,
SRAG,
Wajdi al-Khair
26 March 2019
23 March 2019
Luqman Sudah 17 Tahun
Hari ini, 23 Mac 2019. Saya mulakan coretan kali ini dengan ucapan Selamat Hari Jadi buat Luqman yang ke-17.
Pada kesempatan ini, didoakan agar Luqman berjaya dalam MSSM bagi acara renang mewakili Wilayah Persekutuan di Ipoh, esok. Saya tak pasti pula renang katogeri apa.
Pada kesempatan ini, didoakan agar Luqman berjaya dalam MSSM bagi acara renang mewakili Wilayah Persekutuan di Ipoh, esok. Saya tak pasti pula renang katogeri apa.
![]() |
| Bergambar kenangan dengan Luqman seusai MSSWP tempoh hari, di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya. |
02 September 2018
Filem Munafik 2
Pagi semalam, sekitar jam 11.56 pagi, saya menerima satu mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp daripada seseorang, mengajak saya untuk menonton filem Munafik 2 yang baru sahaja keluar di pawagam, 30 Ogos lepas.
Saya bersetuju. Kemudiannya saya terus membeli tiket secara atas talian.
Memang saya nak tengok sambungan filem Munafik, tapi takkan nak tengok sorang-sorang. Tunggu kawan ajak, barulah pergi.
Kami tonton filem Munafik 2 di TGV Dpulze, Cyberjaya jam 11.00 pagi tadi.
Pada saya, secara keseluruhan, filem ini wajar mendapat 5 daripada 5. Jalan ceritanya agak sarat dengan pengajaran dan teguran buat kita, selain daripada babak seram dan jumpscare, maklumlah, cerita seram.
Tidak peliklah bila cerita yang best seperti ini berjaya mengutip jualan sehingga RM 5 juta hanya pada hari pertama tayangan termasuk tayangan awal.
Label coretan
Sudut Pandang,
Video
31 August 2018
Entry ke-543
"Mie, (arwah) Pak Long meninggal 2010 atau 2011?"
Mak tiba-tiba tanya. Tak tahu mengapa. Saya kebetulan berada di hadapan laptop terus melayari laman sesawang Blogger untuk membuat carian berkenaan Pak Long. Dapatan daripada carian tersebut menemukan satu catatan saya berkenaan kematian Pak Long yang pernah saya tulis di blog ini.
"15 April 2009," saya membacakan tarikh selepas menjumpainya.
2009, ketika itu saya masih ketagih dan ligat mengemaskini blog, semacam satu trend ketika itu jika ada blog. Kini, masyarakat netizen beralih kepada medium yang lebih mudah seperti Facebook, Instagram, dan Twitter untuk menzahirkan sesuatu atau menyimpan kenangan.
Ramai di kalangan rakan blogger saya suatu ketika dahulu sudah meninggalkan dunia blogging, saya juga sejak kebelakangan ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya rasa ada kewajarannya untuk saya menghidupkan kembali blog saya ini walaupun orang dah tak nak baca lagi dah. Hahaha...

Subscribe to:
Posts (Atom)