Salam 1433 Hijrah.
Cuti sekolah sememangnya syok bagi murid-murid sekolah, pekerja yang fleksibel dengan masa kerja mereka seperti Encik Faisal di PMB, pemandu bas sekolah, guru-guru kementerian, dan juga guru-guru KAFA seperti saya.
Bagi guru KAFA, cuti mereka hanya ketika cuti sekolah sahaja. Selain itu, hanya cuti kecemasan sahaja, itu pun hanya tujuh hari sahaja yang dibenarkan. Tak kisah dengan tujuh hari tu sebab cuti sekolah kalau dihimpunkan jumlahnya lebih kurang dua bulan panjang.
Jadi, entah macam mana, Ahad lepas (27 November 2011) sehari suntuk saya keluar berjalan-jalan dengan seorang sahabat, Ustaz Qamarul. Pada asalnya, hanya mahu minum pagi sahaja yang mana kemudiannya menyebabkan kami singgah di tiga tempat yang berlainan pada ketika itu.
Pertamanya, ke rumah saudara Ustaz Qamarul yang mana berlaku kematian. Seterusnya ke Dewan Bandar Baru Salak Tinggi, ada majlis perkahwinan abang kepada seorang sahabat sekolah yang namanya sama dengan nama saya, Syahmi. Yang ketiga, kami singgah ke Bangi Utama untuk mencari beberapa barang keperluan.
Setelah menghantar Ustaz Qamarul pulang ke rumahnya di Sungai Buah, saya terus ke Berjaya Times Square.
Selepas persimpangan di Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang, saya ditahan oleh polis trafik.