Tidak sampai sebulan sahaja lagi, tahun 2013 akan melabuhkan tirainya. Cuti saya cuma berbaki lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.
Mood berjalan pula tiba-tiba sahaja hilang, sedangkan selama ni, saya suka berjalan-jalan. Ini semua gara-gara menerima sepucuk surat 'cinta', habis semua kegembiraan untuk berjalan-jalan diragutnya.
"Surat 'cinta'? Saman polislah. Laju punya pasal."
Kau dah salah, kau marah orang pula...
Jadi, selepas balik daripada
bercamping, saya banyak menghabiskan masa di rumah, menjadi pelayar internet sepenuh masa.
"Hoi, kau tak pergi masjid ke...?"
"Hari ni seharian hujan, dari pagi membawa ke malam."
Masa saya ber
chatting dengan
Solah, tiba-tiba
Solah memberikan satu mesej yang agak 'mengejutkan' saya.
"Ustaz, tengok apa (yang) saya akan post tanda saya sayang ustaz."