"Eee, ustaz gay, pegang-pegang orang."
"Pegang pun tak boleh? Kalau macam tu, orang Arab tu semua gaylah, sebab diorang berjumpa peluk-peluk. Kamu juga jangan salam dengan saya. Kalau kamu salam, kamu pun gay sebab kamu pegang saya."
Agak berang dengan kata-kata beberapa kerat orang murid ketika saya meraikan pencapaian
Solah dan
Aqif Aiman dalam Ujian Prestasi 1 bagi pelajaran Tajwid.
Solah mendapat 91 peratus manakala
Aqif Aiman pula mendapat 93 peratus.
Solah yang ketika itu baru sahaja selesai latihan nasyid menunjukkan keputusannya kepada saya manakala
Aqif Aiman menyusul beberapa minit kemudian seusai menunaikan solat Asar berjemaah berimamkan Ustaz Rijal.
Sejak kebelakangan ini, murid-murid saya, bermula dari tahun 4 sehinggalah tahun 6, asyik berbicara berkenaan dengan gangguan seksual dan LGBT. Huh. Saya semasa berumur 12 tahun dahulu, masih tidak mengetahui apa itu seks, tetapi mereka kini lebih ke hadapan.