Kata orang, kalau kita menunggu sesuatu, masa akan menjadi terlalu panjang. Akhirnya kita merana terseksa menantikan sesuatu yang ditunggu itu.
Yup! I agree with that. Sejak Isnin lepas sehingga hari ini (Khamis, 23 Jun 2011), sudah tiga hari saya menantikan kehadiran petang hari Jumaat ini (24 Jun 2011) yang tinggal lebih kurang 31 jam sahaja lagi.
Memang menyeksakan!
"Apa yang kautunggu?"
"Ehem~~"
Masih ingat lagi peristiwa Saga WBH yang meragam lebih kurang sebulan lepas? Sudah sebulan saya mengemis mengharapkan ehsan orang sekeliling untuk bergerak. Selama sebulan itu jugalah saya terpaksa menghadkan pergerakan walaupun saya bukan jenis manusia yang suka terperap. Sebulan jugalah saya terpaksa bersabar dan menahan nafsu serakah yang meronta-ronta mengharapkan untuk keluar daripada kawasan yang sama. Jiwa terpenjara akibat daripada ragam sebuah jentera beroda empat: Saga WBH!
La hawla wa la quwwata illa billah!
Segala-galanya di dalam kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dialah yang merancang dan menjadikan Saga WBH rosak tatkala tiba di Leisure Mall bulan lepas. Saya redha dengan ketetapan yang Dia rencanakan. Saya faham, segala-galanya mempunyai hikmah dan kebaikan walaupun jauh di sudut hati terasa kepayahan menempuh ujian yang dirasakan berat itu.