Hari ni, cuma ada satu program je, kenduri kahwin anak bongsu Pak Su Anuar di Sungai Merab Luar. Mak dan abah pagi-pagi lagi dah bertolak ke rumah Pak Su. Disebabkan malam tadi saya lewat tidur, jadi pagi tu agak keberatan untuk follow mak dan abah. So, saya ambil keputusan untuk bergerak ke kenduri dalam tengah hari.
Bertolak dua tiga minit sebelum jam 12 tengah hari, tapi sampai dalam 1.40 petang sebab tertinggal bateri kamera kat rumah, tertinggal sebab baterinya sedang dicas.
Sampai-sampai je Sungai Merab, saya terus singgah Masjid al-Istiqamah, sebuah masjid yang mana saya dahulu selalu solat Jumaat di situ sebab sekolah saya betul-betul di belakang masjid. Alang-alang waktu Zohor dah masuk, eloklah saya solat dulu. Kalau dah ke rumah Pak Su, silap hari bulan solat pun boleh terlupa.
Lepas qada' hajat dan berwudhuk, saya ke prepare untuk solat. Macam biasa, saya akan melihat sekeliling masjid kalau-kalau ada yang sedang berjemaah.
Tengok tepi, tengok belakang, tengok sebelah sana, tak ada yang berjemaah. Yang ada seorang sedang solat, itupun sudah memberi salam yang pertama. Solat sengsorang le jawabnya.