Kita ada persefahaman antara dua negara, jadi kalau ada kekeliruan berhubung isu ini lebih baik gunakan jawatankuasa yang ada dan bukan melalui media.
Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal [klik]
(Mantan) Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Ambalat yang adalah perairan di kawasan Laut Sulawesi yang terletak di timur Borneo. Malaysia merujuk kawasan Ambalat sebagai blok ND6 (sebelum ini dikenali sebagai blok Y) dan Ambalat Timur sebagai blok ND7 (sebelum ini dikenali sebagai blok Z).
Pertikaian yang sepatutnya dibawa ke ICJ untuk diselesaikan ini akhirnya bertambah rumit. Pihak Indonesia enggan untuk bekerjasama membawa konflik ini ke ICJ kerana bimbang keputusan ICJ akan memihak kepada Malaysia seperti kes Sipadan-Ligitan pada 2002 [klik].
Keputusan kes Sipadan-Ligitan sebelum ini hanya memutuskan hakmilik dan kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan semata-mata tanpa sebarang justifikasi terhadap persempadanan sempadan maritim.
Kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah sempadan maritim ini melalui berbincangan dua hala dan mengukur untuk menentukan hak perairan masing-masing berdasarkan undang-undang perairan antarabangsa.
