Sehari selepas Seminar Pemikiran Maulana Abu al-Hasan Ali an-Nadwi, keluarga besar saya mengadakan satu program Hari Keluarga Yunus bin Taha bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang, dekat-dekat dengan Sepang Gold Coast.
Yunus bin Taha? Siapa tu? Itulah Allahyarham atuk saya. Daripada beliau dan nenek saya, Allahyarham Nina binti Yusof, keluarga kami berkembang sehingga kini berjumlah lebih 200 orang.
Dan saya pula merupakan generasi kedua dalam susur galur keluarga.
Alhamdulillah, hampir keseluruhan ahli keluarga kami dapat berkumpul untuk sama-sama berkenalan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami.
Hari Keluarga ini adalah yang kedua selepas penganjuran pertama pada 1 Januari 2012. Dan ia akan menjadi acara dwitahunan keluarga bermula selepas ini.
Apa lagi, gambar je la... Maaf, gambar ini tidak disusun mengikut urutan...
Tinta mencoret: Semoga ikatan kekeluargaan ini akan berpanjangan.
Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol NSDK
meriahnya....merah gitu. Mesti xabis2 bertukar ceritakan...Seronoknyaaaaaaa....
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak sempat nak kenal dengan semua, ramai sangat...
Deletewowwwwwwwwww
ReplyDeleteramai
sambutan yang baik dari kalangan keluarga
sangat meriah nampaknya!
Ramai yang hadir, tapi tak semua.
DeleteKalau semua hadir, lagi meriah. ^_^