11 Februari 2015. Kipas berpusing. Matahari pula dah meninggi. Saya masih lagi berbaring, sejuk. Bukan tidur, cuma malas nak bangun.
Sekolah pula seperti biasa, tiada cuti. Bukan malas, cuma rasa sejuk menggigil macam nak demam.
Mulanya, saya rasa macam nak abaikan je rasa sejuk menggigil. Mungkin sebab hujan. Tapi, bila dah pukul 11, masih menggigil, mungkin bukan sebab hujan.
Saya bersiap ke klinik untuk buat pemeriksaan. Mudah-mudahan tiada apa yang berlaku.
12.15 tengah hari, saya tiba di Klinik Kesihatan Keramat AU2 (KKKAU2).
39.8 darjah Celcius. Sah, saya demam. Doktor nasihatkan saya untuk berehat dan mengarahkan saya untuk kembali semula ke klinik keesokkannya untuk membuat ujian darah.
12 Februari, saya kembali semula untuk membuat ujian darah. Hasilnya, terdapat beberapa simptom denggi dikesan dalam darah. Sekali lagi doktor nasihatkan saya untuk berehat dan mengeluarkan surat MC.
Aduh... Sudah dua hari cuti. Bagaimana dengan sekolah? Bagaimana dengan murid-murid? Silibus? RPH?
13 Februari, ujian darah buat kali kedua. Sah, positif denggi. Doktor mengeluarkan satu borang dan mengarahkan agar saya menjalani pemeriksaan darah secara berkala setiap hari.
Gila setiap hari. Dengan keadaan badan yang saya rasa makin hari makin lemah, mereka menyuruh saya ke klinik setiap hari?
"Gila...!"
Terpaksa ikut jugalah.
15 Februari, Ahad. Ahad? Ya. Ahad pun kena check darah juga. Tapi kali ni di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Ampang.
Hospital Ampang |
Daftar jam 10 pagi, 11.15 baru dipanggil. Itu pun panggil sebab nak ambil darah. Kemudian tunggu lagi sampai dekat-dekat jam 1 petang.
Lagi mengecewakan saya, apabila hasil keputusan darah yang keluar menunjukkan kandungan sel platlet saya melebihi 400 sedangkan pada keputusan terdahulu, kandungannya hanyalah 121 sahaja.
Pada mulanya, doktor nak mengesahkan saya bebas daripada virus denggi hanya berpandukan kepada keputusan platlet yang tetiba meningkat itu. Saya mempertikaikan keputusan doktor itu kerana ragu-ragu dengan hasilnya.
Akhirnya, doktor mencadangkan agar saya menjalani ujian darah sekali lagi.
Sekali lagi? Bila dah kena tunggu hampir 3 jam semata-mata nak dengar keputusan darah, saya menolak cadangan doktor. Dah lah 3 jam, pastu keputusannya meragukan pula.
Akhirnya, saya balik dalam keadaan yang masih lemah...
16 Februari. Badan makin lemah. Saya ke KKKAU2 untuk rutin check darah.
Alhamdulillah, semua sel-sel darah menunjukkan peningkatan KECUALI pada sel platlet, yang kini menurut kepada 78. Saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, saya dirawat dengan begitu teliti oleh doktor dan jururawat di Wad 18A. Terima kasih doktor. Terima kasih jururawat.
Tinta mencoret: Bila sakit tiada resah di jiwa. (UNIC)
Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor SDE
macam mana keadaan hari ni..moga cepat sembuh..kalau kena denggi mmg badan jd lemah n sakit kepala yg teruk....jgn lupa minum air kelapa muda 3 biji sehari sehingga pulih...
ReplyDeleteAlhamdulillah, badan dah makin sembuh. Cuma belum berkesempatan untuk buat pemeriksaan di klinik kesihatan seperti yang diarahkan pihak HKL.
Deletetu dia
ReplyDeleteskang ni mmg musim denggi merata
dan virus denggi ni amatlah bahaya
jaga diri ye ustaz
moga cepat sembuh
masa saya komen ni, dah keluar wad ke belom?
harap dah keluar wad
pastikan minum air yang banyak
cuaca2 begini mmg mengundang banyak penyakit
moga kesihatan berpanjangan utk ustaz ye
Alhamdulillah, sudah sembuh dan sudah keluar wad.
DeleteTerima kasih atas nasihat.