Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

06 June 2011

Rangkuman Mei '11


Banyak aktiviti yang berlaku sepanjang Mei lepas. Maaflah sekiranya saya tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan aktiviti dan program yang saya lalui pada sepanjang bulan lepas. Pada entry kali ini, saya akan rangkumkan kesemuanya sekali secara sepintas lalu.

* * * PPT * * *
Top ten Tajwid kelas akhir, 4 al-Razi
PPT adalah ringkasan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Secara kasar, pencapaian murid-murid lebih kurang sahaja dengan Ujian Prestasi I yang dijalankan pada Februari lalu. Cumanya, terdapat beberapa orang pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang saya ajar, Tajwid selepas mengalami sesi kegagalan dan putus asa sebelum ini.

Murid 4 Ibnu Rusyd sedang menjawab exam.
Antara anak didik saya yang berjaya meletakkan diri dalam kelompok murid yang mendapat keputusan cemerlang yang mana sebelum ini gagal yang agak teruk ialah Alif Adhwa daripada kelas 4 Ibnu Khaldun. Tahniah saya ucapkan. Juga kepada mereka yang mendapat markah 99 dan 99+1, saya mengucapkan syabas. Kekalkan prestasi ini sehinggalah PSRA, dua tahun nanti.
Alamak, ada orang marah kacau masa exam...
Lagi gambar di Muka Buku.

* * * KAMIL SEPANG 2011 * * *
Bergambar dengan kontijen dari SRA Desa Putra.
Sekali lagi, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) dipilih sebagai tuan rumah bagi Ujian Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat daerah Sepang. Selama lebih dua bulan preparation telah dibuat untuk menyediakan kemudahan yang terbaik kepada setiap kontinjen yang datang.

Pasukan Nasyid Soutul Islah
Amal Islami peringkat daerah Sepang ini diadakan pada 21 Mei 2011 bermula jam 8 pagi sehinggalah jam 4 petang. Letih mengawal murid-murid sehinggakan ada guru yang 'pengsan' dan 'mati' berjam-jam lamanya.

Pasukan Nasyid Perempuan SRA Bandar Seri Putra
Guru-guru sedang
membuat persiapan.
Dalam banyak-banyak kategori yang dipertandingkan, hanya satu sahaja SRABSP berjaya mendapat johan; Bercerita Perempuan tahap satu. Hanya acara yang mendapat johan sahaja yang akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri yang bakal diadakan di Sabak Bernam, insya-Allah, awal bulan Julai nanti.

Gambar boleh diintai di blog sekolah dan di Muka Buku.

* * * HARI GURU * * *

"Ustad, Selamat Hari Guru, Ustad..."

Bergambar bersama anak murid
Kalau dahulu, saya suka beri hadiah kepada guru-guru especially guru kelas, tetapi kini, saya pula yang dapat hadiah daripada murid. Bertimbuh hadiah saya dapat. Ada yang bagi bunga, ada yang bagi jam, kopiah, serban, pen, fail, dan segala macam hadiah. Terima kasihlah kepada mereka yang sudi memberikan hadiah.

Tiga majlis hari guru saya hadiri pada tahun ini; peringkat sekolah (26 Mei 2011), peringkat daerah Sepang (19 Mei 2011), dan peringkat Negeri (31 Mei 2011) yang dihadiri sendiri oleh Dato' Menteri Besar, Exco Pendidikan, dan Exco Agama.

Lagi gambar pada entry terdahulu dan di blog sekolah.

* * * JAWI MODEN * * *
Bengkel Kaedah Mudah Jawi
Dek kerana arus kemodenan, generasi kini boleh dikatakan buta huruf jawi. Bukan sahaja murid-murid, malahan guru-guru pun sama. Saya? Pun lebih kurang juga. Mana tidaknya, kaedah jawi baru yang terbaharu ini agak berlainan dengan kaedah jawi yang saya gunakan sejak sekolah rendah dahulu.

"Ustad pun belajar jawi gak ker...?"
"Eh, tak boleh ke saya belajar...?"

Guru turut mengambil bahagian.
Kebutaan ini menjadi pendorong kepada pihak PIBG untuk mengadakan satu bengkel yang diberi nama "Bengkel Kaedah Mudah Jawi" yang berlangsung pada Isnin 30 Mei 2011 di Dewan Sekolah SRABSP.

Bengkel jawi tersebut yang bermula jam 8.30 pagi itu diisi dengan 3 slot yang mana keseluruhannya tamat pada jam 5 petang.

Alhamdulillah. Bukan setakat para peserta sahaja yang mendapat faedah, bahkan guru-guru juga menerima input-input daripada pengisian tersebut. Tahniah diucapkan buat PIBG.

Lagi gambar di Muka Buku dan blog sekolah.

Tinta mencoret: Penat tapi menyeronokkan...

SRA Bandar Seri Putra, Bangi SDE

No comments:

Post a Comment