Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

20 January 2014

Selamat Tinggal 2013

Sebahagian daripada murid-murid saya yang terawal di SRA Bandar Seri Putra.
Mereka kini melangkah kaki ke sekolah menengah.
Kebiasaannya, saya akan membuat satu entry khas berkaitan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun pada hari terakhir tahun tersebut, tetapi tahun lepas (2013), saya tidak berkesempatan untuk membuat entry tersebut kerana kekangan masa untuk menguruskan perihal persekolahan. Jadi, saya gantikannya dalam entry kali ini.

۞   ۞   ۞   4 IBNU KHALDUN  ۞   ۞   ۞

Alhamdulillah, saya masih lagi berkhidmat di SRA Bandar Seri Putra (SRABSP). Saya diamanahkan untuk menyelia kelas 4 Ibnu Khaldun, kelas kedua daripada 10 buah kelas tahun 4 keseluruhannya.

4 Ibnu Khaldun dinobatkan sebagai Johan pertandingan keceriaan kelas 2 bulan berturut-turut dan Naib Johan sebanyak tiga kali. Alhamdulillah, mereka tanpa jemu-jemu berusaha untuk menjaga kelas mereka agar sentiasa berada dalam keadaan bersih dan menarik.

Bergambar dengan dua piala Johan pertandingan keceriaan kelas berserta piala pusingan.
Aqil Ilham selaku ketua kelas menerima
piala keceriaan bagi bulan Jun,
piala keempat.
Menerima piala kelima
untuk keceriaan kelas.
Tersenyum lebar Aqil...
Terima kasih buat murid-murid yang banyak membantu saya untuk menceriakan kelas. Terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih 4 Ibnu Khaldun. Terima kasih kerana menceriakan suasana kelas, juga mewarnai kehidupan saya seindah pelangi.
Lagi aktiviti dan peristiwa yang berlaku berkaitan kelas 4 Ibnu Khaldun di entry berikut; Selepas AGM PIBG 2013, Rombak '13, Terceria Tengah Tahun, dan Ogos dan September '13.

۞   ۞   ۞   TAHUN KETIGA  ۞   ۞   ۞

Tahun ini merupakan tahun ketiga kumpulan pertama murid yang saya ajar di SRABSP. Tahun ini juga mereka menduduki dua peperiksaan penting; Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Alhamdulillah, ramai antara mereka yang memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang.

Murid-murid yang begitu gigih membuat ulangkaji bersama saya. Tahniah buat kalian.
Belakang dari kiri: Hafizul Hadi, Aiman Farhan, saya, Azhari Raziq, dan Wan Aqif Aiman.
Duduk dari kiri: Solah, Imaduddin, Amirul Hafiz, dan Aidil Syahir.
Keputusan yang mereka peroleh itu selari dengan usaha mereka yang gigih. Namun, apa yang penting, mereka mampu menjadi murid yang berakhlak mulia selaras dengan ilmu agama yang mereka pelajari.

Tahniah buat kalian.

۞   ۞   ۞   PENCAPAIAN   ۞   ۞   ۞

Tahun 2013, SRABSP mencatatkan beberapa pencapaian dan kejayaan yang baik dan cemerlang.

Dinobatkan sebagai Kontinjen Terbaik
Kategori Sekolah Rendah dalam
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.
SRABSP merangkul piala sebagai Johan
Keseluruhan
dalam Pertandingan
Kemahiran Amal Islami Zon 1 Daerah
Sepang.
Bergambar dengan peserta-peserta khat. Saya pula pembimbing bagi peserta khat.
Alhamdulillah, acara khat berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Bergambar dengan piala kemenangan ketika Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL)
Peringkat Daerah Sepang di SRA Putra Perdana, Puchong pada 14 April 2013.
Murid saya dari kiri: Amirul Hakeem, Luqmanul Fitree, Nabil Husaini, Hakimin, dan Solah.
Zon 1 Sepang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan yang mana SRABSP dan SRAI Salak Tinggi (Zon 2 Sepang) berkongsi markah yang mana markah tersebut adalah tertinggi.
Bergambar selepas selesai KAMIL Peringkat Negeri Selangor di SRA Bandar Baru Salak Tinggi. Mereka bertiga ni membantu tugas saya 'membuat liputan' program tersebut.
Dari kiri: Wafir Dzihni, Hakimin, Hariz Syahmi, dan saya.
Pembentangan Kajian Tindakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS)
di Sabak Bernam pada 23 Ogos 2013 (Jumaat).
11 orang murid SRA Bandar Seri Putra yang menerima keputusan Mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama.

۞   ۞   ۞   AKTIVITI   ۞   ۞   ۞

Ke Perak bersama Aqif Aiman pada 23 hingga 25 Mac 2013.
Rombongan ke Pulau Pinang.
Dari kiri: Razlan Izmal, saya, Hafiz, dan Hafizul.
30 Minit Bersama Ustaz Don.
Rehlah Ramadhan di rumah Ustazah Ummi.
Lain-lain peristiwa penting, boleh ke pautan ini. atau selak sendirilah di blog CTB ni bawah label Diari dan SRABSP.

Dan tidak dilupakan juga, tahun 2013 mencatatkan sejarah penting dalam hidup saya yang mana saya diikat tali pertunangan dengan seorang gadis. Siapa gadis tersebut...? Tunggu...

"Betul ke kau bertunang?"
"Aku tipu je lah..."

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat memasuki tahun baru 2014 dan Salam Maulidur Rasul 1435 Hijriyyah.

Tinta mencoret: Berazam untuk menghasilkan hasil kerja terbaik untuk 2014, insya-Allah.

Hulu Klang, Kuala Lumpur WP

8 comments: