Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

10 April 2020

Catatan PKP Siri 3: Kluster Kayangan dan 'Rempuhan'

Hari ini, Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 28 April 2020. Kiranya untuk fasa ketiga pulalah.

Pengumuman ini dibuat dalam satu perutusan khas Perdana Menteri jam 4.00 petang tadi.



Awal pengumuman, YAB Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu mengekang dan memutuskan rantaian virus COVID-19.

Sebelum menonton dan mendengar perutusan khas Perdana Menteri, saya terlebih dahulu menonton sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang diadakan jam 2.00 petang.



Ketika sidang media terbabit, saya tertarik dengan dua perkara yang disentuh dalam sidang media tersebut.

۞   ۞   ۞   KLUSTER KAYANGAN   ۞   ۞   ۞

Pertama, Kluster Kayangan.

YB Menteri diajukan soalan berkenaan dengan luahan perasaan oleh barisan hadapan terutamanya doktor ketika berhadapan dengan golongan elit yang digelar sebagai Kluster Kayangan. Mereka dikatakan susah memberikan kerjasama, dalam masa yang sama memaki petugas kesihatan.

Benar apa yang YB Menteri katakan. Virus COVID-19 tidak mengenal siapa yang dari kayangan, siapa yang dari bumi. Semua akan kena. Apa yang saya boleh katakan di sini, kepada semua yang berperangai sebegitu, sedarlah cepat sebelum anda disedarkan oleh Tuhan. Jangan nanti dah kena tarik nikmat, dah dihempap bumi, atau dah berhadapan dengan hukuman mahkamah, baru nak menyesal. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.

۞   ۞   ۞   REMPUHAN   ۞   ۞   ۞

Kedua, berkaitan sebaran fitnah di laman Facebook seorang bekas timbalan menteri.

Ketika YB Menteri menegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu bagi tujuan menimbulkan rasa tidak senang dan huru-hara, tanpa mengira kedudukan seseorang itu, saya beranggapan secara umum. Mungkin kerajaan akan lebih tegas dalam berhadapan dengan berita-berita palsu ini.

Rupanya saya yang tak ikut aliran semasa.

Berita yang dimaksudkan itu adalah berkaitan sebaran status Facebook milik bekas timbalan menteri, juga Ahli Parlimen di Pantai Timur yang menunjukkan satu video orang berpusu-pusu bergerak. Bekas timbalan menteri itu mendakwa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura cuba balik beramai-ramai yang mana kita tahu, Kerajaan Singapura juga sudah menguatkuasakan undang-undang seperti PKP selama sebulan.

Gambar diambil dari sini.
Kalau bekas timbalan menteri, atau lebih tepat lagi, AHLI POLITIK berkata, tentu ramailah yang akan percaya. Mana mungkin apa yang disampaikannya itu satu penipuan, kan? Lainlah kalau makcik bawang yang tularkan.

Dalam keadaan ketidaktentuan krisis ini, kita ketepikan segala pegangan politik dan fahaman kita. Bersatulah demi memastikan kita menang dalam melawan pandemik yang makin buruk ini.



Dalam sistem demokrasi, sebarang perbezaan pendapat itu dirai. Tapi, yang ni bukan perbezaan pendapat. Ini dinamakan jaja cerita bohong. Kerana dah terlalu banyak berita palsu dijaja selama ini, seharusnya pihak berkuasa dah tak boleh ambil mudah. Siasatlah. Kalau ada bukti untuk didakwa, maka dakwalah. Ia tidak lagi cukup dengan permohonan maaf!

Jom duduk rumah.
Jom kita tamatkan perang ini.
Kita mesti menang!

Tinta mencoret: Ini semua penyakit golongan atasan.

Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete