Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

22 March 2014

Android Ganti Laptop

Hari ini, saya ke Kota Tinggi atas urusan keluarga. Alhamdulillah, kini banyak masa saya terisi. Selain melaksanakan tugas saya sebagai seorang guru agama di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang, saya juga melibatkan diri dalam gerakan Skuad Tamak Pahala, sebuah gerakan sukarelawan underground.

Mungkin ini antara sebab masa saya menjadi terhad dan membataskan saya daripada mengemaskini blog CTB ni.

Bercerita tentang keterbatasan waktu untuk menaip entry,  saya belum berhasrat untuk bersara daripada menaip sepertimana kebanyakkan daripada rakan-rakan saya yang sudah 'pancit'.

Mungkin, dengan cara ini, saya mampu memperbaiki skil penulisan saya (melalui teguran pembaca yang suka membaca).

Saya masih 'mengharapkan' masa dan ilmu untuk menaip entry yang lebih berilmiah berbanding hanya berkongsi setiap 'kisah' hidup saya semata-mata.
Ke Pasar Karat di Dataran Kota Tinggi, cari selipar baru.
Saya masih tidak berpeluang untuk berkongsi berkaitan Skuad Tamak Pahala. Insya-Allah, suatu masa nanti, saya akan berkongsi setiap aktiviti yang kami usahakan di sini.

Sebelum saya bergerak ke Kota Tinggi pagi tadi, saya dapati laptop yang saya tinggalkan bercaj pada jam 4.00 pagi tidak bertambah baterinya sebaliknya makin berkurang. Aiseh... Rupanya adapter charger tu rosak.

Nampaknya banyaklah tugasan saya yang tergendala, termasuklah 'tugas' menghapdet blog CTB ni. Banyak gambar aktiviti saya tersimpan kemas dalam laptop. Ini pun saya hapdet guna android.

Tinta mencoret: Jangan jadikan kesibukan sebagai satu alasan!

Kota Tinggi JDT

8 comments:

  1. teruskan menulis...moga ianya memberi kepuasan dan maanfaat pd orang lain....InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Hmm , susah tak nak update blog guna android . Guna Tab ? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah. Cuma caranya tak macam kita update blog guna web...

      Delete
  3. Jangan pancit lagi, teruskan menulis dengan nawaitu berkongsi ilmu, semoga bermanfaat...

    ReplyDelete
  4. Skuad Tamak Haloba ada tak? klo ada nk join...

    ReplyDelete