Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

09 March 2014

MH 370

Semalam (8 Mac 2014), pagi-pagi lagi, saya sudah menerima berita berkaitan kehilangan pesawat milik MAS yang lebih dikenali dengan nama MH370 yang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.

Banyak spekulasi berkaitan kehilangan tersebut. Berita paling awal, dikatakan mendarat cemas di Nanning. Kemudian tersebarnya gambar kononnya bangkai pesawat tersebut dijumpai.

Tidak kurang juga yang menjadi pengulas tidak bertauliah, memberikan pelbagai respon dan ulasan yang mungkin boleh dikatakan mengarut dan mengguris hati kaum keluarga mangsa MH370.

Hari ni, saya dimaklumkan, salah seorang penumpang pesawat MH370 adalah saudara bau-bau bacang saya sebelah sepupu mak. Bila dimaklumkan macam tu, lagi la rasa ingin tahu nasib MH370 dan warganya membuak-buak. Kaca televisyen sentiasa memaparkan laporan Astro Awani yang membuat liputan terus-menerus berkaitan MH370, hanya sesekali sahaja beralih siaran sebab wartawan Astro Awani asyik ulang berita yang sama.


Sehingga entry ini ditaip, kedudukan pesawat MH370 masih kekal misteri.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Ta`ala memberikan keselamatan buat mereka dan memudahkan usaha pasukan mencari dan menyelamat agar segera dipertemukan dengan MH370.

Tinta mencoret: Pray For MH 370.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. Hanya Allah mengetahuai segala2nya. Sama2lah kita doakn agar Allah permudahkn urusan semua. Amat2 sedih n sebak rasa hati.

    ReplyDelete