Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

13 November 2014

Terbaik Dalam PSRA '14

"Ustaz pergi ke
Majlis Pengisytiharan Keputusan PSRA Daerah Sepang tadi ke?"
"(Saya) tak pergi, sebab (saya) kena uruskan perkara berkaitan
Hari Kecemerlangan sekolah saya.
Pagi tadi pula saya ada urusan di Jalan Duta."
"Oh, ye ke. Ustaz, saya ada benda nak bagitau ustaz, tapi takutlah pula."
"Kenapa ya?"
"Ustaz, alhamdulillah, saya dapat jadi (diumumkan sebagai)
PELAJAR PEREMPUAN TERBAIK PSRA (Daerah Sepang)."

Walaupun saya sudah mengetahuinya, saya tetap terkedu apabila menerima mesej peribadi (private messege) daripada salah seorang bekas murid saya di SRA Bandar Seri Putra, mesej kegembiraannya apabila diumumkan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik PSRA bagi Daerah Sepang.

Allah... Allah...


"Terima kasih ustaz. (Saya) tak tahu macam mana nak balas jasa ustaz."
"Jadilah anak yang solehah, itulah (antara) cara untuk membalas jasa guru-guru,
terutamanya guru-guru yang banyak berkorban untuk kamu semua, calon PSRA 2014. Saya dah pindah, huhuhu..."
"Insya-Allah, ustaz. (Walaupun) ustaz dah pindah pun, kami tetap akan ingat ustaz."

Allah... Allah... Saya masih lagi terpaku dengan kejayaan mereka. Air mata sentiasa mengalir bila masing-masing dengan gembira menyatakan kejayaan mereka kepada saya melalui mesej dan panggilan telefon. Allah... Engkau benar-benar mengabulkan doaku. Allah... Sungguh besar pemberian-Mu ini.

Saya, hanya dapat mengucapkan tahniah dari jauh. Kegembiraan yang saya zahirkan melalui ruangan terbuka pula disalah anggap oleh dua tiga individu...

Kalian adalah murid-murid saya. Kalian akan sentiasa saya doakan. Pergilah merata di atas bumi Allah ini untuk menabur bakti. Jadikan apa yang sudah dipelajari selama ini sebagai amalan, bukan hanya mengejar keputusan yang cemerlang.

Allah... Allah...

"Terima kasih buat ustaz juga."
"Jangan lupa buat sujud syukur dan solat sunat sebagai tanda syukur."
"Insya-Allah. Terima kasih atas pesanan ustaz. Semoga Allah merahmati ustaz selalu. Amin."
"Amin. Terima kasih atas doa itu."


Tahniah buat bekas murid saya, INSYIRAH BINTI AHMAD ZAMRI atas penganugerahan sebagai PELAJAR PEREMPUAN TERBAIK PSRA 2014 DAERAH SEPANG. Juga buat semua murid-murid saya di SRA Bandar Seri Putra khususnya yang berjaya mendapat Mumtaz. Doa saya untuk kalian, semoga ilmu yang diperolehi ini mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta`ala.

Juga tahniah buat semua murid SRA Bandar Bukit Puchong kerana berjaya mendapatkan 100 peratus lulus.

Sesungguhnya, kejayaan kalian membawa makna yang besar buat kami, guru-guru.

Allah... Allah... Hati masih lagi menangis...

Insyirah bergambar dengan plak anugerah diiringi Guru Besar, GPK1, dan Ustaz Zulraime.
Tinta mencoret: Hati masih lagi menangis, menangis kegembiraan.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

5 comments:

  1. bangga puas dan mcm2 perasaan kan ustaz
    tahniah anak didik berjaya sampai ke tahap ini
    saya tumpang bangga dengan pencapaian anak2 SRA
    semoga mereka berjaya dengan lebih cemerlang di masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga mereka akan lebih berjaya dan cemerlang pada masa mendatang... Amin.

      Delete
  2. TAHNIAH3x....tiada hadiah yg plg membahagiakan selain dari melihat kecemerlangan ank2 didik...

    ReplyDelete