Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 February 2016

Aku Nak Jadi MB...!

قال الرسول صلى الله عليه وسلّم
إذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
قال كيف إضاعتها يا رسول الله؟
قال إذا أسند الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة
Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam bersabda: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu sahajalah kedatangan Hari Kiamat. (Seorang sahabat) bertanya "Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya (bukan bidangnya), maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat.
HR Bukhari, Ahmad, Baihaqi, dan Ad-Dailami

Ketika kemelut politik di Selangor berlaku dua tahun lepas, sungguh saya begitu meluat apabila kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI), Menteri Besar (MB) Selangor ketika itu ingin digantikan dengan Datuk Seri Wan Azizah, bermula dengan Langkah Kajang, sehinggalah kepada campur tangan Sultan Selangor yang akhirnya Datuk Seri Azmin Ali dilantik menjadi MB yang baru.

Pada masa itu, saya tidak bersetuju TSKI digantikan dengan sesiapa pun sehinggalah mandat yang diperoleh berakhir dengan diadakan Pilihanraya Umum.

Mengapa perlu diganti? Track record beliau selaku MB amat membanggakan. Tuduhan demi tuduhan direka untuk memburukkan kredibiliti beliau selaku MB tercalar. Namun sehingga kini tiada satu pun tuduhan liar tersebut berjaya dibuktikan. Malah, TSKI berjaya dalam saman beliau ke atas Setiausaha Agung PKR.

Walaupun saya tidak bersetuju TSKI digantikan dengan orang lain, namun, pengganti beliau, Datuk Seri Azmin Ali (DSAA) berjaya memimpin Selangor ke tahap yang lebih baik (pada saya) berbanding TSKI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada DSAA.

Dan...
Sejak daripada kemelut MB Selangor itu, saya sudah tidak lagi berminat dengan politik yang bersifat kepartian. Rasa tidak berminat itu bertambah selepas Muktamar PAS 2015 yang menyaksikan beberapa orang pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan bertindak menubuhkan parti baru, Parti Amanah Negara, PAN.

Itu cerita lama. Cerita berkaitan Pakatan Harapan Rakyat-lah sangat.

۞   ۞   ۞   KEMELUT KEDAH   ۞   ۞   ۞

Kini, kemelut yang hampir sama berlaku di Kedah. Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (DSMM), MB Kedah cuba digulingkan oleh beberapa orang Ketua Bahagian UMNO, kononnya DSMM hilang kepercayaan di kalangan rakyat di negeri itu.

Pelbagai tohmahan dibuat kepada DSMM bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau. Kemelut tersebut berlarutan sehinggalah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah terpaksa masuk campur dengan memanggil kesemua ADUN untuk menghadap seorang demi seorang untuk menyatakan pendirian.

Dan kemelut ini menyebabkan Sultan Kedah menzahirkan kemurkaan baginda akibat ketidakhadiran Exco yang dilantik ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Yang menariknya, DSMM bertindak meletakkan jawatan bagi menghentikan polemik yang mungkin akan berlarutan, berbeza dengan TSKI yang bertegas mempertahankan jawatannya.

Malangnya, pengganti DSMM, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (DSAB) pula dituduh hanya memiliki SRP sahaja (sebenarnya tidak benar) dan tidak memiliki pendidikan sebaik DSMM. Juga berbeza dengan TSKI yang mana pada asalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dirancang menggantikan beliau, sebelum mahkamah mengisytiharkan DSAI bersalah dalam kes liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan. Tempat beliau digantikan dengan isteri beliau, yang menang dalam Pilihanraya Kecil Kajang. Namun, keengganan pihak Istana Selangor dalam memilih wanita sebagai Menteri Besar menyebabkan DSAA dilantik selepas dinamakan oleh PAS ketika PKR dan DAP berkeras mahukan isteri DSAI.

Iktibar dari kedua-dua polemik dan kemelut politik yang pernah berlaku di Selangor dan kini di Kedah membuatkan saya secara peribadi hilang kepercayaan terhadap politik kepartian yang mana kebanyakkan daripada ahli politik kotor ini hanya melihat kepada kepentingan individu, kebendaan, dan jawatan sehingga sanggup mengetepikan kepentingan awam.

Jika di Selangor, DSAA berjaya memacu Selangor lebih baik berbanding TSKI (yang juga cemerlang dalam pentadbiran beliau), mudah-mudahan DSAB berjaya juga mentadbir Kedah lebih cemerlang berbanding DSMM (yang juga bagus berdasarkan kata-kata sahabat saya orang Kedah). Buktikan anda lebih cemerlang berbanding tokoh yang anda 'gulingkan'.

Kita bantah macam mana sekalipun, kalau orang politik nak buat, tetap mereka akan buat. Bantahan kita hanya terpakai ketika Pilihanraya sahaja.

Tapi, nak ngundi siapa? Barisan atau Pakatan? Perangai lebih kurang je.
Undilah PARTI SYAHMI...!
Haish...

Tinta mencoret: Orang politik ramai yang begitu.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

6 comments:

  1. Haha perlu ke undi PARTI SYAHMI? hehe

    ReplyDelete
  2. hahahha tak minat politik
    tapi bila nampak cite2 ni kuar, teramik tau gak
    ntah la tak tau nak komen
    moga yang dipilih, jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik

    ReplyDelete
  3. Ustaz....sra bsp ada kekosongan tak utk darjah 3. Kalau ada, email ke saya...jebateja@gmail.com


    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...minta maaf. Sebab saya dah lama berpindah sekolah.

      Delete
  4. Ustaz....sra bsp ada kekosongan tak utk darjah 3. Kalau ada, email ke saya...jebateja@gmail.com


    Terima kasih

    ReplyDelete