Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 February 2017

Datang Sekolah Kena Senyum

"Senyum. Jangan bawa masalah ke sekolah."

Pesanan pendek Tuan Guru Besar Isnin lepas sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya. Benar kata-katanya. Masalah di rumah tidak perlu dibawa ke tempat kerja. Juga, masalah di tempat kerja tidak perlu terbawa-bawa ketika berkumpul bersama keluarga.

Masa kualiti diperlukan, baik di rumah mahupun di tempat kerja.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia secara umumnya berjaya mengetepikan masalah di tempat kerja ketika bersama keluarga atau berjaya meletakkan urusan keluarga ke tepi ketika bertugas?

https://www.youtube.com/watch?v=Vg9aQzteDpQ
Kami budak sekolah, belum kerja lagi. Yeay...!

Coretan kali ini menumpukan kepada tanggungjawab kita kepada tugasan yang mana kita dibayar gaji untuk melaksanakannya.

Pernahkah anda melihat rakan sepejabat atau rakan sekerja anda mengambil masa bekerja untuk melaksanakan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pekerjaannya?

Tipulah kalau tak pernah.

Contohnya seperti kerap keluar mengambil atau menghantar anak ketika bertugas, berbual-bual di telefon dengan perbualan yang tidak penting yang tiada kaitan langsung dengan tugas, berborak-borak kosong sedangkan kerja masih bertimbun, keluar bersarapan selepas mengetik kad perakam waktu dan kembali selepas berejam-jam di luar, lewat hadir kerja, mengambil masa ketika bertugas untuk membuat jualan produk yang tiada kena-mengena dengan tugas dan organisasi, menunggu lima ke sepuluh minit lebih awal di depan jam perakam waktu untuk menjadi orang terawal mengetik kad,  dan sebagainya.

Entah-entah, kita sendiri yang melakukannya. Mengaku je lah...

Walaupun kita melakukan setiap perkara yang tiada kaitan ini dengan 'kebenaran' ketua, namun sekiranya menjadi kerap, adakah ia seimbang dengan gaji yang dibayar majikan?

Okey, kita gerak ke situasi seterusnya.

Bagaimana pula sekiranya terdapat rakan sepejabat atau rakan sekerja yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam melaksanakan tugas yang dilaksanakan secara kolektif atau berpasukan?

Cukup dua perkara ini; buat kerja yang bukan berkaitan ketika kerja, dan tidak mahu terlibat dalam tugas yang dilaksanakan secara berkumpulan.

Adakah kita termasuk dalam dua golongan yang dinyatakan ini? Sekiranya ya, marilah kita sama-sama bermuhasabah, beristighfar, dan berdoa agar diberikan kekuatau untuk keluar daripada dua golongan ini.

http://www.tv14.my/2016/02/13/lelaki-tak-sedar-dia-tikam-dan-kelar-guru-sekolah-agama/
Tak puas hati? Jangan balas dendam.
Sekiranya kita berhadapan dengan dua golongan ini, sebagai seorang rakan kerja dan bukannya boss atau ketua, bersangka baik sahajalah dengan golongan-golongan ini. Laksanakanlah tugas sehabis baik mengikut kemampuan kita. Yakinlah, dengan cara begini akan memberikan kebahagian kepada kita berbanding kita bersangka buruk walaupun kita mengetahui apa yang berlaku.

Mungkin kita merasa lelahnya bekerja,
namun yakinlah, hasilnya lebih manis daripada madu.
Jeng je jeng.

Dan peringatan ini untuk diri saya: keberkatan rezeki itu terletak pada komitmen kita terhadap tugas yang dilaksanakan. Sekiranya ia tidak dilaksanakan sehabis baik, kemungkinan keberkatan dalam hasil yang diperoleh akan hilang. Dan ini akan menjejaskan bukan sahaja dalam keberkatan rezeki yang diperoleh, tetapi turut menjejaskan kualiti kehidupan.

http://pusrapi.blogspot.my/2013/11/pusrapi-info-senyumlah-kerana.htmlBekerjalah kerana Allah, kita akan merasai Allah sentiasa memerhatikan kita.

Oleh kerana saya ni seorang pekerja yang 'baaaaaeeeeeek sangat', saya dilantik ke beberapa tugas yang agak kritikal sekolah seperti Disiplin dan Pengurusan Aset. Doakan saya agar mampu melaksanakan tugas sehabis baik. Dan juga doakan buat kami agar dapat bersama-sama membantu mendidik anak bangsa mengenal Allah yang Maha Esa.

Nawaytu lillahi Ta`ala. 

Tinta mencoret: Datang sekolah, SENYUM.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Bacaan terdahulu:
  1. Enam Jam Itu Tidak Cukup

No comments:

Post a Comment