Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

19 August 2019

Idola Untuk Diikuti

Gambar dari kiri: Daniel, Aiman Haikal, Wajdi Al Khair, Kamarol Ikhwan, dan Hilman.
Gambar diambil sebelum balik tadi. Semoga jadi anak-anak yang soleh.
"Saya nak tanya, siapa idola kamu," saya menyoal murid Tahun 5 sebelum menerangkan perihal hikmah mengetahui sifat-sifat wajib, mustahil, dan harus bagi Rasul.

"Nabi Muhammad," jawab seorang di kalangan mereka.

"Ala, clishé lah jawapan tu," ada yang macam tak puas hati, mungkin sebab tak dapat jawab jawapan itu.

"Eh, saya tak mau jawapan tu. Selain Nabi dan Rasul," saya minta mereka memberikan jawapan lain.

Wajdi kemudian mengangkat tangan untuk menjawab. "Ya, Wajdi," saya kemudiannya memberi izin untuknya menjawab.

"Ustaz Syahmi."

"Tak mau. Saya tak mau jawapan tu juga," saya tersenyum mendengar jawapannya.

Aiman Haikal kemudiannya mengangkat tangan untuk menjawab.

"Jawapan dia pun sama ustaz!" pantas Wajdi menjawab, ditujukan kepada Aiman.

Selepas beberapa orang mengangkat tangan, Aiman mengangkat semula tangannya.

"(Arwah) Ayah dan mak saya," jawabnya. Saya kemudiannya meminta dia memberikan satu sahaja jawapan.

"Mak saya."

"Kenapa?"

"Sebab mak saya melahirkan saya."

"Jadi, kamu nak tiru mak kamu ke, nak melahirkan anak?" saya mempersoalkan jawapannya. Satu kelas ketawa.

Saya kemudian menerangkan maksud idola itu, iaitu seseorang yang kita suka dan kita berusaha untuk meniru dan jadi sepertinya.

"Kalau kita mencintai Rasulullah s.a.w, pastinya kita menjadikan baginda sebagai 'idola'. Setiap sifat baginda akan cuba ditiru dan diamalkan. Dan pastinya juga sifat yang mustahil pada baginda akan cuba dibuang dari diri kita.

"Bagaimana kita nak kata kita mencintai baginda kalau sifat-sifat, sunnah-sunnah baginda tidak cuba kita ikuti?

"Bagaimana kita nak kata kita mencintai baginda kalau sifat mustahil yang ada pada diri baginda dan perkara yang baginda tegah atau tinggalkan, perkara itulah yang kita buat, bahkan jadi tabiat seharian kita?"

Mereka mendengar, harapnya melekat dalam diri mereka.

"Okey, Tasbih Kaffarah (kaffaratul majlis) dan suratul-'Asr," saya tetiba menyuruh mereka baca, menandakan sudah pukul 6.05 petang, tamatnya kelas Aqidah dan tamatnya waktu persekolahan.

Sebelum balik, Wajdi datang, untuk bersalaman, diikuti Aiman, Danish, dan yang lain-lain.

Saya terfikir, macam mana mereka boleh terfikir untuk jawab nama saya?

Catatan:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين

"Tidak beriman seseorang sehinggalah aku (Nabi Muhammad s.a.w) lebih dicintainya melebihi ayah (dan ibu)nya, anaknya, dan seluruh manusia."

Jom pakat kita amalkan sunnah Rasul.

Jom pakat kita 'idola'kan guru kita...eh... Hahaha.

Tinta mencoret: Jom ikut Rasul.

Coretan di Facebook
Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete