Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 March 2020

Catatan PKP Siri 1: Hari Ke-13

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Gambar diambil di sini.
Hari ini, sudah masuk hari ke-13 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP. Kenapa kerajaan melaksanakan PKP? Kerana kerajaan nak mengekang tersebarnya virus yang kini sudahpun diisytiharkan sebagai pandemik, virus korona yang mana juga dikenali sebagai Covid-19.

Pada awalnya, PKP ini hanya selama empat belas hari sehingga 31 Mac 2020, esok. Namun, mungkin sebab ramai sangat yang degil, tak mau ikut arahan, maka PKP ini ditambah lagi dua minggu, sehingga 14 April 2020.

Ketika catatan ini ditulis, secara rasminya, terdapat 2,470 individu didapati positif Covid-19, 35 daripadanya telah meninggal dunia, manakala 388 telah sembuh.

Saya tak mahu mengulas apa itu Covid-19 sebab rasanya banyak dah kot laman sesawang dan media sosial yang menceritakan berkenaan wabak virus ini. Cuba tanya Lebai Google  atau Haji Wiki.

Krisis pandemik yang melanda Malaysia (malah seluruh dunia) sebenarnya merupakan krisis terburuk yang pernah negara kita alami sejak mencapai kemerdekaan. Kita tidak pernah berhadapan dengan satu perintah 'berkurung' di rumah, yang mana menjadi satu kesalahan tatkala kita keluar dari rumah tanpa sebab yang dibenarkan kerajaan. Malah sehingga saat ini, terdapat dua perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) telah dikuatkuasakan. Yang pertama di Simpang Renggam, manakala yang kedua di Hulu Langat.

Kalau PKPD ni, memang kita tak dibenarkan keluar sama sekali. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah mereka dan orang luar tidak dibenarkan untuk masuk ke kawasan tersebut. Kawasan yang terlibat dengan PKPD ini akan dikawal rapi oleh pihak polis dan ATM. Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan makanan kepada keluarga yang terjejas di kawasan yang telah diisytiharkan PKPD.

Walau apapun yang berlaku, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sama-sama berganding bahu membantu kerajaan untuk berhadapan dengan krisis terburuk negara ini. Semua orang ada peranannya yang tersendiri. Kalau pihak berkuasa, mereka akan memastikan semua orang mematuhi arahan PKP. Kalau kakitangan kesihatanm mereka akan sedaya upaya membantu pesakit yang terlibat dengan wabak. Kalau agensi kebajikan, mereka akan menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan kepada golongan yang terjejas. Yang lain-lain seperti pihak peruncit, pekerja penghantaran bekalan, penghantar makanan, dan sebagainya, mereka juga ada tugas masing-masing dalam memastikan PKP ini berjaya.

Kita yang tidak terlibat turut ada peranannya. Apa peranan kita? Peranan kita adalah DUDUK DI RUMAH, jangan keluar jika tiada keperluan yang mendesak. Buatlah apa-apa yang patut di rumah. Luangkanlah masa bersama keluarga, mencuba resepi baru, solat berjemaah bersama,tengok HBO, apa-apalah. Yang penting, duduk rumah. Kalau keluar pun, hanya untuk membeli barang keperluan untuk makan.

Tapi itu pun masih ada yang berdegil.

Kita ikut ajelah apa yang diarahkan kerajaan. Sebab kerajaan nak putuskan rantaian virus tersebut agar ia tidak terus-terusan merebak dan menular di kalangan kita.

Jangan sebab kita tidak satu kepada dengan kerajaan, maka kita nak membangkang segala perkara yang diputus dan diarahkan, bantah guna tenteralah, nak bahas pakej ransangan ekonomi di Parlimenlah, degil tak patuh PKP-lah. Ayoo...! Sekarang bukan masa nak main politiklah. Sekarang ni masa kita bersatu, bersama-sama mengharungi krisis supaya kita dapat keluar, bebas dari ancaman Covid-19. Lepas tu, nak sambung main wayang politik, dipersilakan.

Dan jangan lupa, lepas dah usaha, kita sama-sama memanjatkan doa supaya Allah Subhanahu Wa Ta`ala mengangkat semua virus ini daripada terus menular di negara kita dan diberikan kesembuhan kepada mereka yang didapati positif virus Covid-19 ini. Amin Ya Rabbal `Alamin.

Tinta mencoret: #StayAtHome

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP.

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete