Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 October 2010

Bukti Kesyukuran Dengan Undi?

Semalam adalah hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil (PRK) di DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah. Pertembungan tiga penjuru di Batu Sapi nampaknya kurang menjadi tarikan berbanding satu lawan satu di Galas. Saya lebih tertarik dengan PRK di DUN Galas berbanding PRK Parlimen Batu Sapi kerana terdapat satu jurang perbezaan dari segi mentaliti pengundi di Semenanjung berbanding negeri di utara Borneo. Oleh sebab itu, mungkin kita dapat menyaksikan perbezaan yang besar dalam pelbagai sudut antara dua kawasan Malaysia yang dipisahkan Laut China Selatan; Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Kematangan politik rakyat Kelantan nampaknya lebih jauh kehadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Rakyat Kelantan berani memilih parti yang berlawanan dengan penguasa Persekutuan dan berani berhadapan dengan segala macam tindakan dan sekatan sekiranya memilih pemimpin yang tidak sehaluan (baca: berlainan politik) dengan Kerajaan Pusat.

14 October 2010

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu


BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. BACALAH dan Tuhanmu yang amat mulia. Dia yang mengajarkan manusia melalui al-Qalam (melalui pena dan pembacaan). Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
AQ 97:1-5

Surah al-Alaq bermula daripada ayat yang pertama sehinggalah ayat yang kelima merupakan wahyu yang pertama diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as. Dengan terturunnya lima ayat ini, secara rasminya Nabi Muhammad saw dilantik menjadi rasul untuk umat manusia akhir zaman.

Kehidupan masyarakat Arab ketika itu terlalu mundur sehinggakan zaman tersebut digelar Zaman Jahiliyyah (bermaksud zaman masyarakat yang bodoh, tidak berilmu). Ketamadunan masyarakat Arab Jahiliyyah bermula selepas empangan Saba' pecah, sekitar 300 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw.

10 October 2010

Makkah 2020: Abraj al-Bait





Seiring dengan pertambahan jemaah haji ke tanah suci Makkah, Kerajaan Arab Saudi sudah merangka untuk membangunkan bandaraya suci umat Islam agar ia lebih terurus.


Sebuah menara jam yang tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina bersebelahan dengan Masjidil Haram yang diberi nama Menara Jam Diraja Makkah atau Kompleks Abraj al-Bait. Menara ini dibina di atas tapak kubu pertahanan Ajyad pada zaman Khalifah Uthmaniyyah yang telah diruntuhkan. 

Menara jam setinggi 601 meter.

Kompleks Abraj al-Bait yang menempatkan menara jam ini memiliki keluasan lantai yang terluas di dunia; seluas 1,500,000 meter persegi (16,150,000 kaki persegi). Kompleks yang menempatkan hotel bertaraf 7 bintang ini berketinggian 601 meter, mengatasi ketinggian hotel tertinggi di dunia; Emirates Park Tower di Dubai sekaligus meletakkan Abraj al-Bait sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia, kurang 227 meter di belakang Burj Khalifa di Dubai.