Seiring dengan pertambahan jemaah haji ke tanah suci Makkah, Kerajaan Arab Saudi sudah merangka untuk membangunkan bandaraya suci umat Islam agar ia lebih terurus.
Sebuah menara jam yang tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina bersebelahan dengan Masjidil Haram yang diberi nama Menara Jam Diraja Makkah atau Kompleks Abraj al-Bait. Menara ini dibina di atas tapak kubu pertahanan Ajyad pada zaman Khalifah Uthmaniyyah yang telah diruntuhkan.
Menara jam setinggi 601 meter. |
Kompleks Abraj al-Bait yang menempatkan menara jam ini memiliki keluasan lantai yang terluas di dunia; seluas 1,500,000 meter persegi (16,150,000 kaki persegi). Kompleks yang menempatkan hotel bertaraf 7 bintang ini berketinggian 601 meter, mengatasi ketinggian hotel tertinggi di dunia; Emirates Park Tower di Dubai sekaligus meletakkan Abraj al-Bait sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia, kurang 227 meter di belakang Burj Khalifa di Dubai.
Kompleks Abraj al-Bait yang menempatkan Menara Jam Diraja Makkah sedang dalam proses pembinaan. |
Spesifikasi bangunan. |
Dengan terbinanya menara jam ini, simbol Kaabah dan Masjidil Haram akan tenggelam dengan kemegahan bangunan yang tinggi ini. Mungkin akan lebih ramai orang yang bertandang ke Makkah bukan kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat, tetapi mereka boleh dipesongkan niat suci itu hanya kerana mahu melihat ketakjuban menara jam yang tertinggi ini. Jika sebelum ini, masa jemaah haji banyak dihabiskan dengan umrah, solat-solat sunat, i'tikaf, mendengar tazkirah, berqiyam, tetapi selepas ini jangan terperanjat jika rumah Allah itu menjadi lengang daripada kunjungan jumaah, kemungkinan mereka beri'tikaf di dalam Abraj al-Bait!
Dahulu, jika disebut Makkah, pasti terbayang lambaian Kaabah. Sekarang mungkin mereka terbayangkan jam gergasi, bagai menyebut Kuala Lumpur, pastinya terbayang Menara Berkembar Petronas, na'uzubillahi min zalik!
Daripada Abu Hurairah ra, dia berkata:
Suatu ketika Rasulullah saw nampak di tengah-tengah orang ramai, lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah saw, bilakah terjadinya kiamat?" Nabi saw menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah swt." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim"
HR Ibnu Majah
Mungkin semua ini ada hikmahnya yang kita semua tidak ketahui, wallahu a'lam bissowab.
Tinta mencoret: Ya Allah, peliharalah kami daripada godaan yang makin kuat, terutamanya godaan yang datang daripada manusia itu sendiri...
Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota, Bangi SDE
Link tambahan [klik]
No comments:
Post a Comment