Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

25 September 2010

UP3 2010

UPSR sudah pun bermula sejak Selasa lepas. Peperiksaan PSRA yang menyusul sesudah itu, bermula Khamis minggu depan (30 September). Saya pula sibuk menyiapkan kertas soalan untuk Ujian Prestasi 3 (UP3) untuk mata pelajaran Imlak, Khat, dan Tajwid untuk murid-murid tahun 5 sekolah tempat saya mengajar, SRA Desa Putra.

Mana tidaknya, saya diberitahu akan adanya UP3 pada Isnin lepas (20 September) sedangkan kertas pertama yang akan dijalankan ialah kertas Imlak dan Khat pada semalam (24 September). Lintang-pungkang jugalah nak sediakan soalan.

UP3 dirancang pada awalnya untuk mengelak daripada pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran. Dan sememangnya UP3 telahpun tercatat dalam rancangan pengajaran.

Alhamdulillah, walau bagaimanapun, saya berjaya menyiapkan kedua-dua set soalan tersebut pada masanya. UP3 Imlak dan Khat selesai dijalankan petang semalam dan saya juga sudah selesai menanda bahagian Imlak. Khat mungkin selepas saya mendapat pembahagian pemarkahannya daripada Ustazah Jasmi, insya-Allah, Isnin ini.


Sedih jugalah masa menanda bahagian Imlak. Kebanyakkan daripada murid kelas saya, 5 Umar merundum berbanding daripada ujian yang terdahulu. Mungkin soalan yang saya sediakan itu terlalu tough buat mereka sehinggakan mereka tidak mampu menguasai apa yang diminta dalam soalan tersebut.

Mungkin mereka sepatutnya diberikan lebih banyak latihan daripada nota-nota. Mungkin juga mereka lebih 'berminat' dengan soalan-soalan daripada ayat-ayat yang ditulis 'saja-saja' daripada papan hitam.

Ujian adalah cara mengukur prestasi
walaupun ia tidaklah menggambarkan
keadaan yang sebenarnya.
Mahukah mereka dilambakkan dengan latihan seperti yang pernah saya beri sebelum ini? [klik] Entahlah. Sekiranya itu yang mereka 'mahukan', apakan daya. Ikut sahajalah...

Walaupun kita berhadapan dengan ujian buatan manusia, ingatlah, sesungguhnya ia hanyalah nilaian luaran sahaja. Mereka yang bijaksana sebenarnya adalah mereka yang mampu menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk lebih hampir kepada Allah dan memberi kebaikan kepada masyarakat. [klik] [klik]


Tinta mencoret: Man jadda wajada. Siapa yang berusaha, dia akan berjaya, insya-Allah.

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL


Artikel terdahulu sebagai tambahan: 
1. Ujian Buat Ilmu [klik] 
2. CGPA 4.00 Hanya Atas Kertas [klik]

No comments:

Post a Comment