Malam ini merupakan malam ke-28 kita berada dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Pejam celik, kita telahpun hampir meninggalkan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan. Saya sendiri terasa sedih mahu melepaskan Ramadan dan bagai bersalah kerana tidak menggunakan sehabis mungkin kesempatan yang Dia kurniakan untuk merebut sebanyak-banyaknya rahmat yang bersepah-sepah. Adakah diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang bakal bertamu lagi 11 bulan lagi? Itu semua tertakluk kepada iradat Allah al-Qadir (Yang Maha Berkehendak). Masa yang berlalu tidak boleh berpatah balik, sama ada kita menggunakan kesempatan yang diberikan ataupun kita tidak mempedulikannya, ia akan terus berlalu pergi jauh meninggalkan kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah tetapkan hati dalam terus melaksanakan ibadat dan jangan jadikan diri kita hamba kepada Ramadan tetapi jadilah hamba kepada Allah, itu yang sebenarnya.
Bercerita tentang persiapan menghadapi Aidilfitri, nampaknya tahun ini saya terlebih budget dalam membeli sepasang baju Melayu dan ia jauh melebihi daripada jumlah yang saya belanjakan berbanding dua tahun sebelum ini (2008: RM 101.00, 2009 RM 113.50).
Baju Melayu cotton berwarna coklat: RM 95.00 (selepas diskaun RM 3.00, berbanding RM 70.00 pada tahun lepas)
Samping: RM 35.00 (2009: RM 25.00)
Butang baju: RM 15.00 (harga asal RM 28.00, 2009: RM 10.00)
Jam tangan: RM 10.00
Songkok: dah beli sebelum ni, rasanya tak perlu lagi beli yang baru...
Jumlah perbelanjaan: RM 155.00 (budget asal hanyalah sebanyak RM 120.00)
Sememangnya dijangka perbelanjaan melangkaui daripada had yang dicadangkan disebabkan oleh pembelian dilakukan seminggu sebelum Aidilfitri berbanding 2009 dan 2008 kerana sebelum itu, baju raya dibeli sehari dua sebelum Hari Raya yang mana harga-harga diturunkan secara mendadak oleh peniaga kerana mahu menghabiskan stok [klik].
Niat asal sememangnya mahu menunggu hingga ke saat akhir untuk membeli-belah, tetapi perancangan ini dibatalkan kerana saya bergerak seminggu lebih awal ke Bazar Jalan TAR (Jalan Tuanku Abdul Rahman) kerana seiringan dengan Ustaz Bustanul [klik], Ustaz Qamarul [klik], dan Ustaz Fadhli [klik].
Maafkan saya kerana tidak dapat berkongsi suasana ketika bersaie' di bazar kerana W660i yang selalu saya gunakan untuk snap gambar-gambar telah hilang [klik], hilang tanpa dapat ditrace ke mana dan bagaimana ia menghilangkan diri.
Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan adanya adik-adik yang saya didik, merekalah yang menjadi penghibur kepada hati, merekalah yang membawa warna-warni menceriakan kehidupan yang selama ini suram. Walaupun kenakalan mereka kekadang melebihi had, tetapi itulah yang mencoretkan hati yang selama ini terdiam sepi.
Seperti biasa, Pak Cik Adnan bersama isteri, Mak Cik Ati, serta anak-menantu-cucu bertandang ke rumah orang tua berbuka puasa bersama [klik]. Memang tidak dilepaskan, setiap penghujung Ramadan, pastinya Pak Cik Adnan sekeluarga datang dan ia sudah pun menjadi kebiasaan buat mereka. Mak dengan Mak Cik Ati sememangnya rapat berbanding dengan adik-beradik yang lain sejak dulu lagi (berdasarkan apa yang saya perhatikan).
Juga, tidak terlupa buat negara yang menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Ke-53 pada 31 Ogos (Selasa) yang lalu [klik].
Cumanya, kemeriahan Aidilfitri masih belum terasa. Kenapa ya?
Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri 1431H.
SRA Desa Putra, Bangi SDE
No comments:
Post a Comment