Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Ampun dan maaf kupohonkan andainya;
Terkasar bahasa;
Tersilap bicara;
Termarah tiada tempat kenanya;
Tertanya tiada tentu hala;
Tersasul tanpa sengaja;
Terpukul di mana-mana;
Terpekik menyakitkan telinga;
Terhantuk bengkak di kepala;
Terpinjam segala harta-benda;
Termoody tiada semena-mena;
Terumpat setiap masa;
Terpegang tanpa diminta;
Ter... segala macam TER yang tiada diterima;
Semoga susunan jari-jemari ini diterima.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H. Maaf zahir dan batin. Daripada saya selaku admin, penulis, dan empunya blog Coretan Tinta Berdakwat. Tidak terlintas untuk saya menyinggung mana-mana pihak melalui penulisan saya melainkan hanya untuk menjadikan kehidupan saya secara khususnya dan persekitaran secara menyeluruh kepada yang lebih baik.

Taman Permata, Hulu Kelang WPKL

No comments:

Post a Comment