Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

02 September 2010

Buluh Runcing Part 4: Konflik Sipadan-Ligitan dan Perairan Ambalat II

Kita ada persefahaman antara dua negara, jadi kalau ada kekeliruan berhubung isu ini lebih baik gunakan jawatankuasa yang ada dan bukan melalui media.
Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal [klik]
(Mantan) Panglima Angkatan Tentera Malaysia

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang terdahulu. [klik]


Ambalat yang adalah perairan di kawasan Laut Sulawesi yang terletak di timur Borneo. Malaysia merujuk kawasan Ambalat sebagai blok ND6 (sebelum ini dikenali sebagai blok Y) dan Ambalat Timur sebagai blok ND7 (sebelum ini dikenali sebagai blok Z).

Pertikaian yang sepatutnya dibawa ke ICJ untuk diselesaikan ini akhirnya bertambah rumit. Pihak Indonesia enggan untuk bekerjasama membawa konflik ini ke ICJ kerana bimbang keputusan ICJ akan memihak kepada Malaysia seperti kes Sipadan-Ligitan pada 2002 [klik].

Keputusan kes Sipadan-Ligitan sebelum ini hanya memutuskan hakmilik dan kedaulatan terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan semata-mata tanpa sebarang justifikasi terhadap persempadanan sempadan maritim.

Kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah sempadan maritim ini melalui berbincangan dua hala dan mengukur untuk menentukan hak perairan masing-masing berdasarkan undang-undang perairan antarabangsa.

Walaupun kedua-dua negara bersetuju untuk membawa perkara ini ke meja rundingan, namun daripada segi penjagaannya, Indonesia lebih aggresif menempatkan kapal-kapal perang mereka ke kawasan perairan Ambalat yang bertindih. Tindakan yang mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia kononnya bertujuan menjaga kedaulatan negara tersebut sebenarnya lebih banyak buruk daripada baik. Dengan adanya kapal-kapal perang yang mengawasi kawasan-kawasan pertindihan tersebut, ketegangan akan bertambah apabila kedua-duanya bertembung dan mengacukan senjata sesama sendiri.

Pihak berautoriti daripada Indonesia tidak mengawasi perairan mereka menggunakan sistem GPS tetapi hanya berdasarkan kepada kompas. Penangkapan 7 nelayan Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia selain daripada pencerobohan pegawai perikanan mereka ke dalam perairan Malaysia tempoh hari yang menimbulkan ketegangan membuktikan. Selain daripada itu, Buletin Pagi TV3 semalam (Rabu, 1 September 2010) melaporkan seorang nelayan Malaysia di dakwa di Indonesia kerana menceroboh perairan mereka sedangkan anaknya yang turut ditangkap tetapi dibebaskan kemudiannya menyatakan mereka masih berada di perairan Malaysia berdasarkan kepada alat GPS.

Sebenarnya pihak Indonesia lebih bertindak melampaui batas apabila boleh menerobos ke dalam perairan Malaysia, bukan sahaja di perairan Ambalat yang bertindih antara kedua-dua negara, bahkan mereka juga mendakwa mereka mengawasi kawasan perairan mereka dan menangkap nelayan Malaysia dengan berpandukan kepada KOMPAS. ??? Hanya berpandukan kepada KOMPAS? Mereka mendakwa berada di dalam perairan mereka hanya berpandukan kepada kompas sedangkan pihak maritim Malaysia bertindak berdasarkan kepada petunjuk GPS. Mana antara dua alat tersebut lebih tepat? Setentunya alat yang lebih canggih dan terbaharu, GPS.

The possible loss of isolated, peripheral islands has provoked serious concern in Indonesia, given that the Indonesian archipelago is made up of an estimated 17,000-plus islands of which only about 3,000 are inhabited. Although most Indonesian islands are safely located within the country’s archipelagic baselines, this situation has led to worries over potential loss of territory due to neglect and the Indonesian Navy’s inability to mount a real presence, let alone provide effective enforcement throughout such a vast archipelago. One response prompted by the Sipadan and Ligitan case has been a lighthouse-building campaign. Indeed, Indonesia has announced its intent to construct 20 lighthouses in the Ambalat area alone. But it is worth noting that construction of a light beacon on Takat Unarang on the fringes of the disputed zone was interrupted by Malaysian forces at the outset of the dispute on 20 February 2005, when Indonesian construction workers were arrested and later released.
Dipetik daripada artikel bertajuk "Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and Territorial Disputes" [klik]

Bertitik tolak daripada kekalahan Indonesia berhubung status kedaulatan Sipadan-Ligitan berpunca daripada  kegagalan pihak mereka dalam menjaga Sipadan-Ligitan secara de jure berbanding Malaysia yang menguasai kedua-dua pulau tersebut secara effectivitès iaitu dengan mengoperasikan dua rumah api yang dibina oleh pihak British sebelum itu, Kerajaan Indonesia mengarahkan 20 buah rumah di bina di Takat Unarang di dalam kawasan perairan Ambalat [klik]. Hal ini dibantah oleh Malaysia kerana kawasan tersebut terletak di dalam kawasan tuntutan dua negara yang bertindih. Kedegilan Indonesia meneruskan pembinaan rumah-rumah api tersebut berakhir dengan penangkapan pekerja-pekerja pembinaan rumah api tersebut pada 20 Februari 2005 yang mana akhirnya mereka dibebaskan.

Konflik di Ambalat berterusan antara pihak Malaysia-Indonesia khususnya melalui provokasi yang dilakukan oleh angkatan tentera kedua-dua negara. Provokasi yang berlaku terutamanya daripada pihak Indonesia hendaklah diselesaikan melalui Jawatankuasa Teknikal yang telah ditubuhkan oleh kedua-dua negara, bukannya melalui media massa.




Bersambung.


 SRA Desa Putra, Bangi SDE 
Ruangan komen tidak diaktifkan. Sila baca sambungan artikel terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen pada artikel terakhir kepada sambungan artikel ini.