Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

12 November 2014

Projek Mumtaz '14: Akhirnya...

Semalam diumumkan keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Negeri Selangor 2014. Alhamdulillah, apa yang saya harapkan tercapai walaupun tidak seperti yang diinginkan.

Tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata apabila 6 daripada 7 orang yang sering, ada juga yang kadang-kadang membuat ulangkaji bersama saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan pangkat Mumtaz.

Allah... Allah... Saya hanya mampu mengucapkan tahniah melalui panggilan telefon sahaja. Segala-galanya terbatas.

Allah... Saya cukup gembira walaupun kejayaan mereka itu datangnya daripada usaha mereka dan guru-guru 'sepenuh masa' mereka. Saya hanyalah 'mengganggu' sahaja pada pandangan sebahagian.

Tahniah Wafir, Najmuddin, Shakur, Haikal, Fikree, dan Firdaus. Tahniah juga buat Faizuddin kerana pernah mencuba.. Dan apa yang paling penting, ilmu yang dipelajari itu mendapat keberkatan, insya-Allah.

Allah. Terima kasih Ya Allah. Engkau telah berikan apa yang aku hajatkan, walaupun Engkau tunda permohonan aku itu setahun lamanya. Allah.

۞   ۞   ۞   ۞   ۞

Ya Allah, aku sememangnya tidak layak menerima penghargaan, apatah lagi pujian manusia.

Namun, aku sentiasa mahukan mereka cemerlang walaupun dikelilingi dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Tidak mampu untuk mencoret lebih banyak, terasa sebak...

Allah... Terima kasih Ya Allah.

Tahniah buat mereka. Tahniah. Kegembiraan ini tidak mampu lagi diucap. Hanya air mata kegembiraan sahaja yang mampu menjadi pengantara.
Tinta mencoret: Cukup... Jangan menangis lagi...

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

Coretan lama berkaitan Projek Mumtaz '14: PPT Team A

2 comments: