Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

21 May 2015

Mereka Yang Kurindui: Tahun 5 2014

Murid-murid Tahun 5 2014 di SRA Bandar Seri Putra (SRABSP) adalah batch murid yang begitu lama 'berhadapan' dan 'bertemu' dengan saya secara di dalam bilik darjah. Ini bermula daripada saya menggantikan Ustaz Ashraf pada tahun 2012 sehinggalah saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru Tauhid bagi lima daripada 10 buah kelas darjah 5, tahun lepas.

Pada tahun 2012, mereka berumur 9 tahun, dan ketika itu mereka berada di Tahun 3. Tahun lepas pula merupakan tahun terakhir mereka bersama saya sebelum mereka melangkah kaki menaiki Tahun 6 dan mengambil peperiksaan penting bagi sekolah agama kerajaan negeri Selangor; Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun ini.

Mereka ini paling banyak menerima teguran daripada saya bermula daripada mereka dalam tahun 3 (2012) sehinggalah kini.

Mereka ini merupakan kumpulan murid pertama yang mendapat pendidikan bermula Tahun 1 di SRABSP. Untuk makluman, SRABSP mula menerima kemasukan murid-murid Tahun 1 pada 2010.

Tidak disangka, kumpulan murid pertama yang menjadi penanda aras kepada kejayaan sekolah mendidik bermula daripada Tahun 1 ini menjadi kumpulan murid terakhir yang saya ketemu di SRABSP.

Banyak yang saya pelajari daripada mereka, bermula daripada perangai, kegemaran, dan sebagainya.

Ada di kalangan mereka yang begitu bersungguh-sungguh dalam belajar.

Sungguh, saya begitu rindu bila berhubung dengan beberapa orang daripada kalangan mereka. Mereka tidak putus-putus meminta doa agar mereka mendapat keberkatan terhadap apa yang mereka pelajari.

Putera Shah Naqiuddin, Harith Ismeth, Irfan Rosdin, Aqil Amreen, Aqil Ilham, Nabil Husayni, Fahrur Raqib, Hafiz Sazali, Atiqah Aisyah, Haidhar, Izran, Hariz Jamal, Danish Irfan, Daniel, Danial, Irfan Hakimi, Ahmad Syafiq, Amar, Megat Izz Sengthavee, Harith Shamsul Bahri, Amir Shah, dan yang lain-lain yang tidak dinyatakan di sini (yang mana sebahagiannya saya dah terlupa nama, maaf), kalian akan sentiasa saya doakan, untuk keberkatan dan kejayaan.

Semoga Mumtaz dalam genggaman.
Semoga 5A menjadi kenyataan.
Semoga ilmu mendapat keberkatan.


Guru yang terbaik adalah guru yang banyak belajar daripada muridnya.
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Mei 2015,  9.15 malam
Makarimul Akhlak Ikim.fm

Tinta mencoret: Terima kasih semua kerana sudi menjadi muridku.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP
Via Asus ZenPhone 4

1 comment: