Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

31 May 2015

Bermulalah CPT '15

Alhamdulillah, cuti pertengahan tahun (CPT) datang lagi. Bagi kami biasanya cuti sebegini akan dilambakkan dengan kertas-kertas peperiksaan yang perlu ditanda dan diselesaikan.

Cuti ni barulah saya dapat 'bernafas' sedikit selepas dua bulan dikusutkan dengan tugasan-tugasan, bermula KAMIL diikuti KLIBF '15, Kem Pengawas, Kursus Pembangunan Staf, PPT dan lain-lain sehinggalah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang berlangsung pada hari terakhir sebelum cuti.

Habis ke sekolah, saya terus cabut ke utara semenanjung, ikut Abang Cilan Mazlan dan keluarga.

Saya akan cuba untuk kemaskini program dan aktiviti saya bila berkelapangan nanti.

Untuk para guru, gunakanlah cuti ini sebaiknya. Bukan senang nak dapat cuti.


Untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar; UPSR, PSRA, PT3, SMA, SPM, STAM, STPM, dan sebagainya, jadikan cuti ini masa terbaik untuk mengulangkaji pelajaran.

Rehat jap lepas beraktiviti ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SRABBP. Dari kiri: Afzal, Hafiz, saya, Adam, dan Izzat Iskandar.
Selamat bercuti semua. Saya nak sambung jalan-jalan. Hehehe...

Tinta mencoret: Cuti-cuti Malaysia.

Terminal Sultan Abdul Halim, Seberang Perai PP
Via Asus ZenFon 4


1 comment:

  1. Walaupun cuti penggal tapi ada guru yang tak bercuti, buat kelas tambahan demi masa depan anak-anak muridnya... Guru oh guru jasamu besar tak terhitung....

    ReplyDelete